Bab 6

191 1 1
                                    

Cahaya bulan yang terang malam ini mengasyikkan Aimi yang berehat di halaman sebaik sahaja selesai makan malam. Keriuhan anak ii saudaranya,Afiq dan Afrina, yang berkejar kejaran di halaman langsung tidak menggangunya berehat di situ. Sekurang kurangnya kedatangan anak anak Juhana petang tadi tidak menjadikan rumah itu sepi

Kebetulan malam ini Juhana dan Nazri terpaksa kerja lebih masa memasang pelamin di rumah pengantin. Mereka berdua terpaksa kerja lebih masa kerana siang tadi mereka mereka turut memasang pelamin di tempat lain sehinggalah malam ini. Tambahan lagi, sekarang sekarang ini adalah musim cuti sekolah penggal pertama. Jadi banyaklah tempahan pelamin yang diterima Juhana

Aimi termenung sendirian disitu sambil melihat anak saudaranya bermain.

"jauh termenung "sapa Puan Kamariah kepada Aimi yang sedang duduk termenung

"mana ada "jawab Aimi acuh tak acuh. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya

"Afiq, Afrina! Jangan lari, nanti jatuh "tegur Encik Khalid yang baru sahaja melangkah ke halaman

Lantas dia menuju ke arah cucu-cucunya yang berusia lapan dan enam tahun itu, turut bermain bersama mereka. Aimi tersenyum melihat gelagat abahnya melayan Afiq dan Afrina

"macam mana dengan kerja Aimi kat Permai Holding tu? Okay? Soal Puan Kamariah lagi

Wajah uminya dipandang dengan hairan. Tidak pernah uminya bertanyakan soalan ini kepadanya

"setakat ni okay lagi "jawab Aimi perlahan

"ermm, tak ada tersangkut dengan siapa-siapa kat pejabat tu?"

Pertanyaan uminya kali ini semakin pelik. Namun, dia mengagak. Pasti uminya mahu berbicara soal jodohnya

"Ada? "Puan Kamariah mengulangi soalanya lagi

"isy,mana ada umi. Semua kat pejabat tu suami orang. Kalau ada pun, dah jadi tunang atau boyfriend orang dah "tukas Aimi

"betul ke? Baguslah kalau macam tu, senang Hati umi"

Kata-kata Puan Kamariah membuatkan Aimi tersentak. Dia hairan mengapa uminya senang hati mendengar dia belum mempunyai teman lelaki. Kalau tidak, ada sahaja yang disuruh Juhana bertanyakanya hal itu

Puan Kamariah tersenyum senang. Dia berharap Kali ini rancanganya bersama suaminya akan berjaya. Dan dia berharap kali ini Aimi akan mengikut cakap mereka berdua. Namun, mereka sudah sedia maklum dengan perangai Aimi yang keras kepala ini

"pukul berapa kak ju balik umi? Kakju dengan abang Naz tidur sini ke? "tanya Aimi sekadar berbasa basi sedangkan dia sendiri maklum Kakak dan abang iparnya itu tidak tentu masa pulang

Dia sendiri tiada topik untuk berbicara. Lagi pula, dia tidak mahu uminya bertanyakan soal jodoh denganya

"mungkin lewat sikit kut. Lepas pasang pelamin kat Cheras, katanya nak pergi Salak Selatan pula. Mereka nak tidur kat sini. Entah pukul berapa siap pasang pelamin pun tak tahulah "beritahu Puan Kamariah

"hmm.... "Aimi megiayakanya, sekadar bersuara dalam tekak

Selepas itu masing-masing sepi. Hanya kedengaran keriuhan Encik Khalid sahaja yang sedang melayan cucu-cucunya

"sudahlah,atuk dah penat. Marilah kita duduk"

Jelas kedengaran suara abahnya ditelinga Aimi. Tercuit hatinya apabila melihat abahnya seperti kebudak -budakkan bekrkejaran dengan Afiq dan Afrina.

Encik Khalid melabuhkan pungggung di sebelah isterinya. Peluh di dahinya dikesat dengan hujung lengan bajunya .

Puan Kamriah hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah suaminya itu

"Afiq, Afrina, berhenti main. Tak elok main malam ii ni. Mari sini"panggil Puan Kamariah kepada cucu cucunya

Segera Afiq dan Afrina berhenti bermain lalu mendapatkan nenek mereka

"Eeeee... Busuknya bau cucu cucu nenek ni. Nanti kalau mama tahu, mesti kena marah ni. Masuk dalam, pergi mandi "

"alah nek. Kami nak main lagi "rungut Afiq, abang kepada Afrina

"tak boleh, nanti kalau mama dan papa tahu,mesti mereka marah nenek. Afiq dan Afrina tak kesiankan nenek ke? "tanya Puan Kamariah sambil menunjukkan wajah sedih

Afiq yang kesiankan neneknya itu terpaksa menurut

"yalah nek. Kami pergi mandi dulu "ujar Afrina pula

Terkedek ii mereka berjalan masuk ke dalam rumah setelah mendengar arahan dari Puan Kamariah

"hujung minggu ni kita pergi jogging nak tak?"tanya Encik Khalid sambil merenung wajah isterinya dan Aimi

"ermm... Boleh jer Abah lagipun Aimi bosanlah duduk kat rumah hujung ii minggu ni"Aimi bersetuju

Puan Kamariah hanya menganggukkan kepala sahaja

Mereka menghabiskan masa dengan berbual ii di halaman luar rumah ditemani dengan cahaya bulan yang cerah pada malam itu

Done 661 word
Vote and comment
Don't forget to follow me
@nurul128450

Dia PengantinkuWhere stories live. Discover now