Nama diberi Nur Aisya Irmina Binti Mohd Raiz.Dia berumur 19 tahun dan masih belajar di IPTa..
Aisya ni baru je kehilangan ibu pada 2 bulan lepas akibat penyakit kanser paru paru...
Korang pernah tak rasa macam mana perasaan bila ibu korang dah x de kat dunia ni?...
Tapi korang pergi jenguk x diorang kat kubur?..
Aku x pernah...sebabb..."Aisya,walid sunyi sangat.Ye la,umi dah takde.Sya pulak tak lama lagi mesti nak kahwin.Tinggal la walid sorang²" Kata seorang lelaki tua yang berumur lingkungan 40 tahun ketika sarapan sambil mencedokkan nasi goreng yang dimasak oleh anak dara tunggalnya.
"Ala walid ni,walid nak cari pengganti umi ke?Sebenarnya kalau nak cakap,memang Aisya tak nak ada pengganti umi tapi betul juga cakap walid tu,ye lah..nanti kalau Aisya dah ada kerja..dah busy...sape yang nak tengok-tengokkan satu-satunya walid Aisya ni kan?" Kata Aisya dengan penuh kemanjaan..Al maklumlah selama ni pun dia manja dengan walid dia je.
"Hah..walid lepas habis kelas nanti,Sya ingat sya nak singgah kubur umi jap..tu pun kalau walid izinkan lah..boleh tak?" Tanya Aisya kepada walidnya.
"Aisya tak ingat ke buat² lupa ni..tak ingat ke wasiat apa yang arwah umi dah tanda untuk Aisya..Sorry sayang,walid tak boleh izinkan..sebab ni amanah arwah umi pada walid" Kata Mohd Raiz kepada anaknya.
Aisya hanya akur dengan kata² walidnya itu..Kemudian dia berlalu pergi ke tempat belajarnya selepas menyalami tangan walidnya.
****
Di tempat belajarnya,dialah perempuan yang selalu digelarkan sebagai 'akak skema' oleh kerana perangainya yang terlalu disiplin tahap gaban...Mungkin kerana dia dari kecil lagi sudah diajar untuk berdisiplin..Tiba di IPTa... Dia melihat ada 3 orang gadis kaca mata yang berjalan lemah longlai sambil rancak berbual,tiba-tiba dia berjalan menuju ke arah 3 gadis itu lalu berkata"Awak semua ni..tolong jalan cepat sikit boleh tak?Behave with your time..masa tak mengejar kita..sebaliknya kita yang mengejar masa..jalan tu macam mengalahkan pondan berjalan..jalan macam wanita normal je lah,kita kan dilahirkan normal...Ataupun ada sebab lain korang jalan macam tu..cacat ke?"Amboi mulut...bila dah berkata tu..straight to the point je si Aisya ni..
Selepas sahaja penat membebel..dia beredar ke kelasnya..3 orang gadis itu memandang tajam ke arah susuk tubuh Aisya..lalu salah seorang daripada 3 itu berkata
"Aku dah lama dah tak puas hati dengan si skema ni..dah lah lembap..hak privasi orang pun dia nak skemakan..suka hati aku la,aku nak jalan macam mana pun..kalau aku nak jalan kaki senget sekalipun..aku tak guna kaki kau la" Jerit salah seorang dari 3 orang itu atau lebih dikenali sebagai Rafia Audira yang lebih dikenali sebagai Fia..
Orangnya cantik,putih,kurus,kaya yang penting anak dato'..so tak heranlah kalau ramai lelaki pun yang tunggu dia..Kelas tamat....
"Dian,saya dah nak balik dah ni..Kalau tak keberatan jom lah saya tumpangkan awak.."Kata Aisya kepada satu-satunya kawan baik yang dia ada...Sis pun tak faham macam mana kawan dia yang sorang ni boleh tahan dengan sifat skema dia ni..
" Tak pe lah..kau balik lah dulu,aku nak pergi pustaka jap ni..lepas tu aku call lah daddy aku datang ambik"Balas Dian keatas pertanyaan Aisya..
Lalu Aisya berjalan ke atas keretanya setelah mendapat maklum balas dari Dian.Sewaktu dia memandu..dilihat jamnya waktu itu pukul 4:15,dia bercadang untuk drive ikut jalan kampung akibat jalan di bandar agak sesak..
Tiba tiba,dia ternampak sebuah tanah perkuburan yang berhampiran dengannya..dengan sengaja dia memberhentikan keretanya tanpa melihat pada jam waktunya.Niatnya untuk melawat kubur arwah uminya dan pesanan Mohd Raiz yang dipesan padanya itu sudah melayang je udara..Sewaktu itu Aisya seorang sahaja yang ada di tanah perkuburan itu...dia tidak berani untuk mendekati kubur2 yang berhampirannya...perasaannya bercampur baur..takut,sedih,rindu dan macam macam lagi..
Sedang dia menangis akibat rindu yang amat kepada arwah uminya,dia terkejut ada satu suara garau yang menegurnya
"Cantikkan tempat ni,sampai ramai orang sanggup bazirkan air mata diorang kan?" Kata'nya' dengan lagak selamba.
Tanpa Aisya sedar..dia menjawab kata kata tadi..
"Ha'ah,tapi air mata itu mengalir sendiri mungkin kita teringat akan moment yang special bersama orang 'disana'."Aisya terkejut dengan tingkah lakunya,dia bermonolog sendiri sambil matanya ditutup dengan kedua telapak tangannya.
'Ya Allah,aku cakap dengan sape tadi..dah lah kat kubur ni..Kau selamatkanlah aku Ya Allah'
Aisya memberanikan diri untuk berdepan dengan makhluk itu..Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki itu sedang bersandar di pintu keretanya sambil menayangkan wajah yang begitu selamba..
" Ish..awak ni sape hah?Tiba tiba datang sini..Dah lah buat macam kereta sendiri...suka hati dia je nak bersandar kat kereta orang.."Bidas Aisya dengan reaksi yang berani.Lelaki itu melihat Aisya dengan senyuman nakal lalu berkata
"Nama aku Tengku Rizzudin Raykarl Bin Tengku Zarisham dan aku lebih dikenali sebagai Izzu.Aku perfectman..yes because..aku bijak,hansome and the something important is aku ni kaya.." Jelas lelaki tersebut.Aisya memuncungkan mulutnya tanda faham apa yang cuba lelaki itu sampaikan.
"Saya akui awak ada semua sifat tu...tapi satu sifat ni tak semua orang ada iaitu disiplin..Saya nampak perwatakan awak pun saya dah boleh tahu awak ni jenis yang berdisiplin ke tak.Cuba awak tengok awak punya tie tu..dah la tak kemas..Hello,pakaian kita pun menunjukkan disiplin kita tau terhadap penampilan.Ingat tu.." Ceramah Aisya panjang lebar sambil itu dia membetulkan tie lelaki itu yang kelihatan senget..bagi Aisya semuanya mesti perfect..Izzu terkaku seketika dengan tindakan Aisya yang mengejutkan itu..tapi dia tetap tak puas hati apabila Aisya membidasnya dengan menyekolahkannya tentang dia itu tidak terlalu perfect..
"Hei!Straight sangat la kau ni.Aku sengaja je pakai senget macam tu sebab tu adalah fesyen terkini..susahlah cakap dengan orang yang bawah tempurung macam kau ni.." Balas Izzu tanda protes dan marah terhadap Aisya.
"Suka hati awak la Tengku Rizin Rayzal..saya malas nak layan awak..saya cakap A awak balas B..Haih" Kekuhan Aisya itu dijeling oleh Izzu.
"Sape Tengku Rizin Rayzal..Pakwe kau ke..Aku Tengku Rizzudin Raykarl..Kalau susah sangat nak panggil nama panjang aku..panggil je lah Izzu,Tak de lah kau sesatkan nama aku" Marah Izzu.
Aisya tersipu malu kambing apabila demarah oleh Izzu.
"Okay,sorry la..Lagipun saya bukan ingat nama panjang awak tu..nama pulak sama dengan tuan,sama² panjang" Bidas Aisya lagi.."Wish!kau ni,dah minta maaf pun,sempat lagi kutuk orang..Dengki ke,aku tau la kau tu pendek" Balas Izzu pula.
Aisya mencebik lalu berkata
"Ehh dah lah..malas lah saya nak gaduh dengan orang macam awak ni.Dah saya nak balikkk!!.Tapi sebelum saya balik,saya nak tanya awak satu soalan,awak datang sini melawat sape?..sorry la kalau buat awak tersentuh.Saya just tanya je..Its up to you samaada nak jawab ataupun tak nak" Tanya Aisya sambil mengerutkan dahinya."Aku datang sini mesti la nak melawat kubur yang dah arwah..Ape la kau ni..Minggu lepas kucing aku mati sebab lemas dalam longkang..Tu yang aku datang melawat ni..Ingatkan nak baca yasiin untuk dia,dah tu kau kat sini.. Sibuk je.." Kata Izzu sambil melambaikan tangannya ke arah Aisya..Tapi Aisya tak percaya yang dia datang sebab kucing dia mati..
Kelakar jugak mamat ni..Satu kepala dengan Aisya.
YOU ARE READING
Aku Bukan Perfect
RandomPerfect itu bukan aku si pendosa.... Yang penuh dengan tipu daya... Pelbagai muslihat yang kunanti... Demi kebaikan diri sendiri... Cantik itu mudah dicari... Perfect itu susah didiami... Cantik itu senang dinanti... Perfect itu payah diikuti... Ke...