Izzu melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya iaitu di ZaRay Holding.ZaRay itu diambil dari nama Tengku Zarisham yang ambil potongan Za manakala Ray itu diambil sempena nama anak lelaki sulungnya Tengku Rizzudin Raykarl yang diambil potongan Ray.
Izzu menandatangani fail-fail kerja staff-staffnya.Dia dianugerahkan 2 job oleh papanya iaitu CEO syarikat dan bos.Jawatan sebagai bos itu jarang diambilnya tetapi dia akan mengambil alih tempat Tengku Zarisham sebagai bos syarikat ketika Tengku Zarisham ada hal lain yang berkaitan.
Sedang dia sedang membuat kerjanya,tiba-tiba ada seorang lelaki dengan pakaian yang begitu kemas dengan mengenakan kemeja putih bersama tie yang berwarna hitam serta mengenakan satu perhiasan lengkap di wajahnya iaitu kaca mata yang berwarna hitam.
"Hai bro ke beruk,selamat pagi"
Sapanya kepada Izzu dengan teguran yang kasar."Yang beruk tu kau.Ada pulak cakap orang beruk..diri sendiri tak kenal rupa" Bidas Izzu kepada satu-satunya kawan yang jatuh bangun sama-sama dengannya iaitu Zidan Asyraf Bin Ahmad Faris.Kacak orangnya,berkulit putih dan yang paling penting macho.Mana tak nampak machonya kalau setiap hari dengan kaca mata hitam tu.
"Alah,rilex ahh..Takkan tu pun kau nak marah.Be gentle man!!"
Kata Zidan pula bagi menambahkan kemarahan Izzu.Tapi sebaliknya Izzu tidak membatalkan hasratnya untuk marah.
"Ni Zidan,aku..aku nak kau ikut aku balik hari ni" Kata Izzu"Memang aku ikut kau balik pun kan hari ni?Ke tak jadi?Kau jangan cakap macam tu..Aku dah cakap dah dengan mummy aku,aku balik lambat harini..Mummy aku pun nak balik lambat la.Aku tak nak duk sorang-sorang kat rumah.Takut wei"Kata Zidan lagi lalu diperlahankan suaranya apabila menyebut perasaanya yang takut apabila berada di rumah keseorangan.
" Wuishh,kau ni tak lari ehh dari sifat penakut kau tu dari kecik lagi..Kalau kau masih lagi dalam ketakutan macam ni,macam mana la kau nak lindung anak bini kau esok lusa"Ceramah Izzu kepada kawan kesayangannya itu.
Tiba-tiba Zidan menepuk tangannya sebanyak 3 kali lalu menyentuh pipi dan dahi Izzu.Izzu yang terkejut dengan kelakuan kawannya itu hanya terdiam sahaja.
"Wow..Kau demam ke Zu?Selama aku hidup ngn kau ni,aku tak pernah dengar kau sebut pasal anak bini depan aku ni.Ke..kawan aku ni dah nak buat nasi minyak?" Usik Zidan lagi.Dia ni tak habis habis nak usik si Izzu.
"Aku bukan apa lah weii!!Tapi kita ni kena sedar yang anak bini kita bukan sorang la bhai" Mereka tertawa kuat sehinggakan staff di luar dapat mendengar suara mereka.
"Weih kau ni masuk air la..Kalau aku,biar ada wife 1 anak sedozen pun asalkan girlfriend keliling pinggang wei.Baru hebat!!" Balas Zidan pula.Zidan yang ketawa begitu kuat bangkit dari duduknya dan ingin ke bilik kerjanya tetapi apabila melihat keadaannya yang masih belum berhenti ketawa itu seperti orang gila pun ada..hahaha.
****
Aisya gigih melaksanakan tugasan dendanya.Hasratnya memang mahu lari,tapi disebabkan dia ni skema,dia terlalu pentingkan amanah,maka dia pun buat lah semua tu.Kalau diikutkan tugasnya tidaklah berat sangat kerana tandas yang digunakan oleh students IPTa tu bersih² belaka cuma dia terpaksa bersihkan juga..Barulah nama buat kerja.Lea menerima mesej daripada abang 'kesayangannya'
Abang : Ingat tu
Saya : Hish abang! Lea malas lah nak hadap kak Skema tu.Benci Lea dekat dia dah naik membuak-buak tau.
Abang : Kau tak dengar cakap aku,nahas kau aku kerjakan.
Lalu ditutupkan telefonnya.Suka la main ugut-ugut macam tu.
Lea ternampak Aisya sedang memegang mop dan baldi dengan wajah yang lesu.Agaknya keletihan kot.
Lalu Lea memberanikan dirinya dan cuba buang rasa marahnya dengan Aisya akibat hanya teguran Aisya kepadanya 1 bulan yang lepas."Hai,kak Skema! Akak ingat tak saya?Alah yang akak marah saya sebab saya terdatang lewat haritu" Kata Lea sambil melihat wajah mulus Aisya.Sengaja ditekankan perkataan terdatang itu kerana dia tahu kalau masa tu kereta yang dinaikinya itu buat hal.
"Ouh,ok..akak dah ingat dah.Satu lagi akak tak suka awak panggil akak,Kak Skema sebab..tu bukan nama yang parents akak bagi.Nama akak..Nur Aisya Irmina Binti Mohd Raiz.So,awak boleh panggil akak...Kak Aisya" Hah hambik kau,nama penuh sekali dia bagi.Sambil Lea bercakap dengan Aisya,sambil itu tangannya tak lekang dari mengetik keyboard di screen phonenya.
Aisya mengatur langkahnya drngan perlahan berjalan melepasi Lea,lantas Lea teringat akan satu lagi benda yang abangnya minta.
"Ahh,Kak Aisya!Kalau kita ambik gambar boleh,umm...lepastu akak bagi la akak punya nombor phone,senang nanti kalau Lea nak call ke whatsapp akak ke..Akak tak kisah kan?"
Kata Lea dengan nada tersekat sekat."Nak ambik gambar?Tak segan ke duk tepi akak ni..Akak dengan baju kotornya."
"E'eh takpe..Lea okey je.Tapi sebelum tu akak bagi la dulu nombor phone akak.Nanti senang kalau ada apa²."
Kata Lea lalu menyerahkan iphone 9 kepada Aisya.Setelah selesai,Aisya dan Lea bergambar dengan gaya yang begitu mencuit hati.
Tiba-tiba ada perasaan lain dalam hati Lea yang mengatakan bahawa...
'Kak Aisya ni baik sebenarnya kalau kenal betul-betul'****
Puan Sara dan Bik Safa sedang enak memasak di dapur kerana hari ini ada tetamu istimewa yang bakal menjejaki rumah banglo 3 tingkat itu.Izzu dan Lea juga sedang menyiapkan diri mereka sebelum menanti ketibaan keluarga Dato' Sufian ke rumah mereka.
Izzu turun ke laman tamu untuk berbual bersama dengan Tengku Zarisham dan Zidan yang sedang berbual tentang syarikat.Lea pula tidak mengendahkan abangnya mahupun Zidan yang berada di laman tamu lalu bergerak pantas ke dapur untuk kerja menolong mamanya dan Bik Safa menghidangkan makanan ke meja.Tingtong!!!
Loceng rumah sudah berbunyi menunjukkan keluarga Dato' Sufian selamat tiba di rumah mereka.
"Masuklah,sila duduk." Pelawa Puan Sara dan Tengku Zarisham kepada tetamu yang baru sahaja sampai.
Terpampan wajah Rafia Audira yang mengenakan blouse merah dan seluar palazzo hitam.Wajahnya yang berdarah kacukan arab dan melayu ditatap ayu oleh Izzu.
Izzu bermonolog sendiri
'Dia ni ke yang mama nak jodohkan tu..but she's not bad'Mereka membuka topik yang hangat dibicarakan.
"Izzu kenalkan,ni Aunty Mirza,ni pula Uncle Sufian dan yang comel molek ni pula ialah anak kepada Aunty dan Uncle ni..namanya Rafia Audira." Kata Puan Sara sambil memperkenalkan keluarga pihak perempuan kepada Izzu sambil menunjukkan kepada setiap tuan punya badan.
Tengku Zarisham pula menyuarakan haknya..
"Jadi tanpa kita melengahkan masa,marilah kita sama-sama emm menetapkan tarikh perkahwinan mereka berdua ni"
Cadang Tengku Zarisham."Kahwin?" Soalan itu ditanya serentak oleh Lea dan juga Izzu.
Normal lah kalau Izzu yang terkejut tapi kenapa Lea yang melebih pulak.."Lea?Are you okay?Why nampak macam tak happy jer?" Tanya Tengku Zarisham kepada satu satu anak perempuannya.Dia seperti ada yang tidak kena dengan pandangannya terhadap Fia.
"Takde apalah.Cuma Lea terkejut sikit je.Abang,Lea ingatkan...nak cari calon isteri,biar abang tahu dulu sifat luar dan dalamnya barulah boleh jadikan peneman seumur hidup.Dah lah,Lea masuk dulu"
Lea mengatur langkah untuk bergerak ke biliknya dengan langkah yang sedikit laju.Izzu seperti seakan-akan faham dengan apa yang dipesan oleh adiknya itu.
Fia memandang tajam kearah susuk tubuh Lea yang sedang menaiki tangga lalu bermonolog sendiri..
'Suka hati kau lah nak cakap apa pun pasal aku...yang penting,aku dapat apa yang aku nak..memang tu pun tujuan manusia hidup kat dunia ni..hahaha'

YOU ARE READING
Aku Bukan Perfect
AcakPerfect itu bukan aku si pendosa.... Yang penuh dengan tipu daya... Pelbagai muslihat yang kunanti... Demi kebaikan diri sendiri... Cantik itu mudah dicari... Perfect itu susah didiami... Cantik itu senang dinanti... Perfect itu payah diikuti... Ke...