Bab 3 : Denda

3 2 0
                                    

Aisya turun ke bawah untuk sarapan sebelum ke tempat belajarnya tetapi apabila dilihatnya ada satu susuk tubuh seorang lelaki yang sedang bersarapan di meja tersebut,dia batalkan hasratnya untuk bersarapan dahulu.

"Aisya,tak nak makan dulu ke?Makan roti dengan jem pun takpe..Asalkan ada makanan dalam perut tu baru bertenaga nak pergi belajar."
Kata lelaki itu.

"Hah?Takpelah walid,Aisya dah lambat ni..nanti Aisya lapar,Aisya singgah la mana² kedai makan." Balas Aisya tanpa menoleh ke arah walidnya.Benci sangat agaknya.Walidnya hanya mampu mengelengkan kepala dengan sifat anaknya yang semakin berubah,lagipun dia faham kenapa Aisya sanggup buatnya sebegitu.

*****
Ringgggggggg!!!!!!!!

Izzu yang terdengar bunyi loceng jam itu bangun dengan segera kerana dia takut jika dia terlelap sekejap lagi.Lalu dicapai tualanya untuk mandi.
Dia menyiapkan dirinya dengan penampilan yang agak menarik minat wanita di luar sana dengan perfumenya yang memukau.

Semua anggota keluarganya termasuklah Bik Safa iaitu pembantu rumah mereka,sedang menunggu kehadiran Izzu sebelum bersarapan bersama-sama.Memang inilah rutin mereka setiap pagi..

Selepas usai membaca doa makan,mereka menjamu selera pada waktu pagi yang dingin itu.
Sedang mereka rancak berbual tentang syarikat milik Tengku Zarisham, Puan Sara iaitu mama Izzu memulakan topik hangatnya.

"Hah Izzu,hari ni balik awal ya.Jangan nak melencong ke lain pula dengan kawan yang kamu nak buat balik tu.Siapa lagi kawan kamu yang rapat dengan kamu kalau bukan Zidan tu kan."
Seloroh Puan Sara.

"Ouh,pasal tu..Nasib baik mama tolong ingatkan sebab Izzu dah hampir lupa dah tadi..Memang la Zidan yang Izzu nak buat balik tu tapi bukan untuk duduk sebilik pun, ada hal sikit nak bincang dengan dia lepas kawan mama datang tu."Kata Izzu kepada mamanya.

Tiba-tiba mulut Izzu didekatkan ke telinga Lea yang khusyuk makan akibat kelazatan mee goreng yang dimasak oleh Bik Safa,lalu dia membicarakan sesuatu..

" Cari nombor dia tau...ataupun gambar skema tu ke...Aku nak tengok..please..kau dah janji kan dengan aku semalam.Kalau tak nahas kau aku kerjakan."

"Hish,yelah.Makan lah cepat." Kata Lea kepada abangnya.

Seusai makan,mereka mengambil pergerakan masing-masing untuk ke tempat kerja.Maka tinggallah Bik Safa sorang² dekat rumah.Kadang-kadang Bik Safa ada juga pergi menolong Puan Sara di butiknya jika dia kebosanan.Puan Sara menganggap Bik Safa ni bukan sebagai pembantu rumah sahaja malah sebahagian daripada keluarganya.

****

Dian berlari mendapatkan Aisya yang terburu-buru masuk ke kelasnya.
"Aisya!!!" Jerit Dian dengan suara yang agak kuat supaya Aisya dapat mendengarnya.
Aisya yang mendengar jeritan itu lantas berpaling ke arah pemilik suara.

"Aisya,kau kenapa?Macam kena kejar hantu je..Kau ada nampak apa-apa kelibat ke sampai jalan lintang-punkang macam ni.." Tanya Dian yang sedang menggosok lengannya sambil memandang kira dan kanan.Manalah tahu sedang mereka bercakap tu ada keluar ke jembalang kat situ..Sapa tahu,hihi.

"Hish,Dian.Mana ada lah,saya sengaja je jalan cepat sikit..lagi 5 minit kan sebelum kelas bermula.Dah lah jom." Kata Aisya dengan laju tanpa Dian sempat berkata apa-apa.Mereka berjalan menuju ke kelas mereka.

Tiba di kelas,Aisya dengan keadaan pelik dan penuh tanda tanya dalam dirinya lalu dia mengerling wajahnya ke arah Dian.Lalu bertanya
"Mana semua orang.Kenapa kelas ni kosong.Kita yang awal ke,diorang yang tak datang?"

"Kau tak ingat ke Sya,hari ni kan semua students kena present di dewan besar.Kan lec dah ingatkan semalam.Aku rasa kau yang beria sekali jawab kau dah ready semalam."Balas Dian atas peesoalan Aisya dengan kehairanan.

" What?Present?Wehh,kenapa saya tak alert benda ni.Ya Allah saya tak de props sekarang ni.Macam mana ni?Ya Allah,saya tak ingat langsung pasal ni."
Kata Aisya dengan nada yang sebak dan sudah tentu dalam hati tu penuh dengan kerisauan.

Tiba-tiba ada seorang wanita yang tingginya dalam 160 cm menegur mereka.
"Haih,kamu berdua ni tak pergi kat dewan lagi ke?Rasanya dah nak start tu..Dah pergi cepat." Katanya,mereka berdua akur sahaja dengan kata wanita tersebut.

Langkah mereka diatur melalui pintu utama dewan tersebut dan jeritan demi jeritan dikeluarkan seperti

"Akak skema dah masuk lah guys"

"Wow,jalan pun tak bunyi..Disiplin lah kan kononya"

Semua students di dewan itu mentertawakan Aisya yang baru sahaja masuk.Sebaik sahaja Aisya mendengar perlian mereka,Aisya tunduk ke bawah tanda malu.Lalu mereka mengambil laluan untuk duduk.Memang tak asing lah sebab Aisya memang popular di IPTa tu kalau bab disiplin tapi ada yang suka dan ada yang benci dengan sikapnya.

"Sya,kau okey kan?Jangan la gelabah macam ni.Kau buat rilex je,okey?" Kata Dian untuk mencuba tenangkan Aisya.

"Awak nak suruh saya rilex?Dian..Assignment yang lec suruh buat semalam tu bukan benda yang main-main tau.Markah dia terlalu high untuk kita.And maybe kat situ kita boleh dapat markah bonus.Ahhh!!Ruginya tak buat" Kata Aisya sambil mengalirkan airmata.Sekarang ini macam macam perasaan yang bercampur baur dalam diri dia.

Puan Zarina sedang berucap di pentas sebelum menyampaikan kepada students yang dipilih untuk present.Di sinilah kita nak tahu macam mana beraninya students di IPTa ni.

Suara Puan Zarina bergema menyebabkan alat pembesar suara yang digunakannya.

"Baiklah,hari ini kita mulakan sesi kita dengan pelajar yang pertama,kalau boleh saya nak pelajar pertama ni volunteer lah.Cepat!!Siapa nak volunteer"
Kata Puan Zarina kepada students di dalam dewan besar itu.

Ada yang saling tunjuk menunjuk orang lain, ada juga yang acah berani.Tiba-tiba ada satu suara yang berkata

"Kak skema kita lah.Dia kan good dalam bab ni..Ye dok?"

Aisya yang terdengar kata kata itu terkejut malah lebih terkejut apabila ramai sorokan suara yang mahu Aisya yang memulakan hasil assignmentnya dahulu.Aisya seperti akur dengan kata-kata mereka lalu Aisya bangkit dari duduknya berjalan untuk naik ke pentas.

Semua yang ada di dewan itu terkejut apabila melihat Aisya yang hanya membawa dirinya sahaja ke pentas tersebut tanpa apa² props.

"Aisya,mana awak punya bahan?Cakap guna mikrofon tu"Tanya Puan Zarina sambil menunjukkan ke arah mikrofon yang sedia ada atas pentas.

" Sorry,sssaya tak dapat siapkan assignment yang diberi."
Semua di situ memandang tajam ke arah Aisya yang sedang mengalirkan air mata.

"Kamu dah tahu kan,apa tugas kamu kalau tak siapkan assignment?So get out from this hall now!!" Tengking Puan Zarina,dia memang pantang kalau mana² students yang tak siapkan assignment ataupun kerja rumah yang diberikan kerana baginya,mereka itu adalah pembazir masa jika dilayan secara baik.

Aisya keluar dari dewan tersebut dan dia faham kenapa Puan Zarina memperlakukannya sebegitu.So,seperti biasa..jika ada yang kena denda mestilah perlu cuci semua tandas sekolah tu dalam 1 hari.
Makk aii,dah lah pusat pengajian tu luas,lepastu mestilah banyak tandas..memang patut la sekolah ni dapat ranking first sekali tandas paling bersih setiap tahun.Kena try buat ni..Hihi

Hai..macam mana..Best tak?Comment banyak-banyak tau kalau tak puas hati ke puas hati ke..
And jangan lupa vote banyak²
Bye..

"

Aku Bukan PerfectWhere stories live. Discover now