3

122 18 9
                                    

" 𝐈'𝐥𝐥 𝐭𝐫𝐲 𝐭𝐨 𝐥𝐢𝐯𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡𝐨𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮, 𝐈'𝐥𝐥 𝐭𝐫𝐲 𝐭𝐨 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐢𝐭 𝐭𝐡𝐫𝐨𝐮𝐠𝐡
𝐄𝐯𝐞𝐧 𝐢𝐟 𝐢𝐭'𝐬 𝐡𝐚𝐫𝐝, 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐭𝐡𝐨𝐮𝐠𝐡 𝐚 𝐝𝐚𝐲 𝐰𝐢𝐭𝐡𝐨𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐞𝐞𝐦𝐬 𝐬𝐨 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞
𝐈 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐰𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐫𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫
𝐓𝐡𝐞 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐭𝐢𝐦𝐞𝐬 𝐰𝐞 𝐬𝐩𝐞𝐧𝐭 𝐭𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫
𝐈 𝐡𝐨𝐩𝐞 𝐰𝐞 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧, 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐢𝐟 𝐛𝐲 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐜𝐞, 𝐥𝐞𝐭'𝐬 𝐛𝐫𝐞𝐚𝐤 𝐮𝐩 "

*⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*❀⑅*

Selepas peristiwa Sehun datang ke kediaman Park, sekali lagi Sehun tidak dapat dijejaki.

"Seulrin, kenapa aku dah lama tak jumpa Sehun?" soal Haneul, adik kepada Seulrin.

Seulrin hanya menggelengkan kepala tanda dia tidak tahu. Dia sudah buntu dengan sikap Sehun yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.

Sehun merenung syiling bilik miliknya. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan kata maaf walaupun dia sedang keseorangan pada ketika itu.

Telefon yang berdering tidak dihiraukan. Dia leka memandang syiling dan mengenangkan setiap kenangan dia bersama Seulrin.

Selepas telefonnya berdering hampir 30 kali mungkin, dia mencapai telefon bimbitnya. Dengan pantas dia menjawab panggilan tersebut.

"Chanyeol.."

"Sehun. Kau kenapa sebenarnya? Call tak angkat, aku pergi rumah kau tak bukak pintu rumah sunyi sepi. Kau ok tak ni?" soal Chanyeol.

Sehun meraup wajahnya. Posisinya yang tadi berbaring kini menjadi duduk bersila.

"Aku nak lupakan Seulrin. Tolong jangan bagitau Seulrin yang aku... jawab panggilan kau. Tolong aku. Aku merayu sangat sangat. Kau kawan baik aku. Nanti aku jumpa Seulrin, buat masa sekarang kau anggap je aku tak ada kat dalam negara ni." kata Sehun.

Chanyeol hanya mengumam kecil. "Ok. Tapi kalau apa-apa jadi, bagitau aku. Aku risau dengan kau ni."

[AAAF#3] Sorry Not SorryWhere stories live. Discover now