"Woi El! Tadi kau pergi mana anjink" sapa Ash kepada El yang baru memasuki kelas mereka.
"Eh kau! Aku yang cari korang bertiga macam hape! Kau kata kat block C enn, tapi asal aku nampak si Zareef kat blok pengetua?"
"......." Semua hanya mendiamkan diri.
"Cakap lah bodoh! Kau kata projek tadu jadi. Ni pahal ni? Memasing bisu ke apa siak? " Ujar El lagi.
"Cem ni ah doh. Kau cakap Zareef kat block pengetua kan? " Sid mengeluarkan bait-bait kata-katanya dengan teratur.
"Haah. So? "
"Tadi.. Aku sendiri nampak dia nak gi tandas block kita... tapi kita dajal dia tulis tandas tu rosak. Then, aku ikut lah ke mana dia nak pergi dan aku anggarkan memang dia akan pergi tandas block C je lah sebab tandas tu yang terdekat. Tapi, bila dia dah masuk dan kitorang dah dajal dia... "
"Hmm? Apa? Apa jadi? " El menanti sambungan cerita Sid dengan penuh kesabaran.
"Tu bukan DIA!!! Tu Hantu!!! " Sam yang kalut nakharom menyambung cerita Sid.
"Anjink lah kau! Aku nak sambung lahenat! "Ash yang berada di sebelah El menyampuk.
"Alah nak share story pon tak boleh. " Sam membuat muka acah merajuk sambil menarik kerusinya kebelakang tanda protes.
"Ish korang ni! Bebetul lah! El memarahi mereka kerana bersikap tidak serius.
"Memang kitorang nampak hantu. " Ujar Sid
"Lepastu? Korang buat apa? Lari? Ke tangkap? "
"Tak. Aku cakap dengan dia,kau ni dari mana? "
"Lepastu!! Dia cakap aku penghuni sekolah ni!!! Wei seram gila doh! "Sam sekali lagi menyampuk kata-kata Sid.
"Diamlah bodoh! Aku nak dengar cerita daripada Sid bukan kau jink! "
"Dah dah.. Biar aku sambung balik! Lepas dia cakap dia penghuni sekolah tu, aku tanya lah lagi... Kenapa kau cakap kau penghuni sekolah ni? "
"Pastu? "
"Dia cakap... Sebab dia pernah sekolah kat sini"
"Pfftt.. Tu hantu ke apa seh! Pastu? Apa jadi"
"Aku cakap ah kat dia. Pahal kau masih kat sini? ..then dia cakap... Ada benda yang belum selesai"
"Benda belum selesai? " El mengulangi kata-kata Sid tadi.
"Ye!!! Lepastu dia ketawa tercekik cekik wei!!! Seram gila!! Kitorang terus blah"Sam buat kali keberapa entah menyampuk cerita Sid.
"Bodoh apa siak! Terkekek bongok! Tercekik tu kalau makan ye lah boleh jadi! " Ash sempat menegur kesalahan tatabahasa Sam sebelum kekuar dari kelas.
"Tah kau! Nampak sangat BM fail! Tu lah, kecik-kecik taknak jadi warga Bangladesh kan dah susah nak skor BM" perlian El membuat Sam merajuk dan keluar dari kelas mengikuti Ash.
"Ha.. Dah tu korang lari lah ae? "Soal El.
"Haah lah.. Baik kitorang lari daripada kena kacau en. "
"Tapi... Kau tak pelik ke fasal Zareef tu? "
"Pelik,memang pelik lah. Tapi benda ni boleh je jadi. Hantu tu jadi Zareef. Pastu kitorang hilang jejak Zareef sebenar then terikut hantu tu"
"Kau je yang ikut dia. Sedar sikit. "
"Halah sama je lah!"
"Aku rasa.... "
"Woi El! Cikgu Hamzah panggil kau. Sekarang! "
Sid dan El terus mematikan perbualan mereka dan mahu isu ini dibincangkan bersama gang Asshole yang lain.
----------------------------------------------------------
Latihan bola keranjang akan diadakan tepat pukul 3 petang nanti.
Aku bersiap-siap untuk ke court bola keranjang memandangkan jam telah menunjukkan pukul 2:30 petang.
Aku akan menjadi budak baru bola keranjang di sekolah ini. Memang tak disangkalkan lagi dengan kebolehan aku bermain bola keranjang. Bukan nak riak, tapi memang aku jadi best player kat sekolah lama dulu. *hidung kembang jap*Setibanya aku di court bola keranjang, aku mendapati ada sesusuk tubuh lelaki yang macam aku kenal. Macam eh macam.
Hmm.. Aku sampai awal sangat ke? Asal ada mamat ni je? Nak sapa ke tak aeh?Lelaki yang macam aku kenal tu sedang mengelap bola-bola keranjang yang ada di court ini. Rajinnya lahai. Tegur ke tak? Tegur jelah...
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumusalam"lelaki itu menjawab lalu kepalanya menoleh ke arah aku yang sedang berdiri statik di tepi tiang gol.
"Kau! " Sumpah aku terkejut!! Tak sangka dia pon ada main bola keranjang! Tengok kat kelas macam kaki bangku je.
"Kau? Kenapa? Eh jap! Asal kau kat sini? Siap pakai baju sukan lagi" El yang kini sudah berdiri mula berjalan menghampiri aku.
"Yelah.. Terkejut je. Aku jadi pemain baskrtball lah. Ahli baru" ujar aku jujur.
"Oh.. Yeke? Welcome to our family! "El mengukir senyuman manis lalu mengambil sebiji bola dan menyerahkannya kepada aku.
Aku hanya memberi reaksi blur.
Seriously aku tak tau apa yang dia suruh aku buat sebenarnya dengan bola tu.
Nak suruh aku bakar ke? Atau baling kuat-kuat kat kepala dia sampai pecah?"Haih...sebelum nak masuk sini, tunjukkan kebolehan kau dulu kat aku. Then kau boleh lepas kalau kau dapat impressive kan aku. " El memberikan senyuman sinis pula.
"Oo.. Okay! "Aku hanya bersetuju walaupun aku tak tahu kenapa perlu tunjukkan kebolehan aku kat dia dulu baru boleh masuk team ni. Maybe dia senior kat sini kot.
Aku mula mengambil posisi dan memulakan pergerakan aku untuk menjaringkan bola selepas kiraan 3 saat dalam hati.
And yeah! This is Zareen or lebih dikenali sebagai Zareef. Bakal penolong ketua pengawas... Hmm.. Nak wat macam mana Harry tu lagi berdedikasi daripada aku.
"Wow! Tak sangka pengawas baru kita ni boleh main bola keranjang dengan baik" tah bila masa ahli bola keranjang yang lain menyaksikan aku membuat shoot dengan gayanya. Haih.. Malu pulak.
"Amacam captain? Leh masuk tak? "Kawan baru aku, Dania menyoal El yang memandang aku dengan tajam. Peh seram mat.. Eh! Jap! Captain? El? El? Captain?!!
"..........." El tidak menjawab malah terus terusan memandang aku. Haih mamat ni.. Kalau nak tangkap cintan dengan aku pon tak yah la masa genting macam ni.
"Okay! " El terus mengukir senyuman manis dan bergerak ke tempat lain untuk memanaskan badan.
"Good job Aef" Dania menjerit kepada aku sambil menunjukkan thumbs up.
-----------------------------------------------------------
YOU ARE READING
ASSHOLE
Fantasy'ASSHOLE' Duh! stupid person. Why? because they deserve it. Seorang perempuan menyamar menjadi lelaki? normal duds! mata boleh nampak hantu? cliche story. uhuks! problem at school? Mestilah ada. Wajib rasanya. Takkan sebab result SPM kau tak boleh...