Bab 6

25 1 0
                                    

Harini hari sabtu. Kebanyakan student akan keluar dari asrama dan melepak di luar. Ada juga yang balik rumah. Paling rajin dan luar biasa ialah student ulat buku yang 24 hours study je. Oh ye! Tulah aku!  Entah kenapa mood study aku berleluasa pulak hari ni.

Aku berjalan menyusuri library yang tidak dipenuhi oleh pelajar sekolah ini. Sunyi lah jugak. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang study di sini. Ada juga yang membuat kerja sekolah sambik berborak atau mendengar lagu. Library boleh dengar lagu? Ha!! Ni lah yang best kat sekolah ni!

Library sekolah ni terbahagi kepada tiga bahagian.  Pertama, tempat ni memang dikhaskan hanya untuk pelajar yang betul-betul gila gila nak study sampai tak nak satu bunyi pon ada. Kedua,  tempat ni pelajar boleh berborak, membuka lagu, menyanyi dan bermain permainan seperti catur semasa study atau membuat homework. Tapi lebihnya kepada buat homework lah. Cuma kalau siapa yang bising sangat akan dikenakan denda.
Ketiga, tempat ni dikhaskan untuk pelajar yang suka overnight kat library, tido, makan, study semua kat library. Ni selalunya budak-budak SPM je yang buat.
Yang mana nak siapkan kerja kumpulan pon selalu datang sini. Kat sini tak delah bising sangat macam bilik kedua tu. Ruangnya pon besar. Boleh bawak khemah lagi. Cuma... Bilik ni hanya untuk pelajar form 4&5 je. Alangkah bahagia..

Dalam banyak-banyak ruangan ni, aku lebih suka ruangan ketiga!! Dah la boleh tido, makan, study kat sini! Aircond dia pon paling sejuk tau! Bilangan pelajar yang masuk pon tak ramai.

Sedang aku khusyuk melakukan kerja sekolah, aku didatangi oleh seorang perempuan yang agak gedik. Kenapa aku rasa dia gedik? Firasat aku mengatakannya bahawa dia gedik.  Tengok skirt je pon dah tau. Pendek nakharom!

"Hai abang Zareef! Em.. Abang.. Saya Ryna. Saya budak form 3. Emm.. Abang.. Sebenarnyakan, saya susahlah nak faham matematik! Saya kan dah nak dekat Pt3..tapi saya masih tak mahir lagi tajuk-tajuk tu"

Aku memandang dia ,lalu membalas kata katanya.

"Oh.. Dah tu? Apa kaitan dengan aku? "

"Em.. Saya nak abang ajarkan saya boleh? Pleasee!!! Saya sanggup tido dengan abang! "

What?? Tido?

"Ape kau merepek ni? Okay kids.. Macam nilah, aku tak kenal kau pon. Dan tak kan pernah kenal. Lagi satu, awak tu perempuan, jagalah maruah, jaga diri, jaga mahkota awak. Kalaupun awak nak belajar matematik, awak boleh je kan cari kakak senior untuk ajarkan awak. Kenapa awak nak juga abang senior awak yang ajar? Dan lagi satu.. Awak rasa saya akan tergoda dengan awak ke kalau awak buat suara miangsat macam tu? Saya rasa bertambah geli dengan perempuan macam awak. Saya tahu awak selalu gadaikan diri awak untuk dapatkan apa yang awak nak. Tapi jangan ingat selamanya mahkota awak akan selamat kalau awak buat kerja macam ni. Risiko dia sangat tinggi untuk awak hilang dara awak. Thank you and go away! "

Huh! Puas hati aku. Kan dah kena! Kesah apa aku kalau kat public pon. Nasib lah aku tak terjerit-jerit masa nasihatkan dia. Kalau tak satu library ni kecoh pengawas baru marah budak form 3 yang acah hot ni.

"Sampai hati abang! Tak pe! Abang tunggu lah nasib abang! Huh!" Budak gedik tu terus keluar daripada library. Adalah juga mata-mata yang menyaksikan adegan tadi. Mesti jadi gosip nanti. Haih..

"Wow! Taksangka kau macam tu eh Zareef!" Aku menoleh ke arah gerangan suara itu. Harry rupanya!

"Eh! Kau nape kat sini? "Ujar aku terkejut.

"Aku kat sini? Tempat ni fav place aku nak study tau! Aku dah bertahun study kat sini"

"Ceh.. Baru dua tahun takyah kecoh la"

"Excuse me! Aku dah lima tahun tau study sini" Harry mengangkat keningnya gaya Ziana Zain.

"Kau biar betul! Tempat ni kan just untuk form 4&5 je. "

"Only best student can do that"Harry tersenyum gembira menampakkan barisan giginya yang teratur sangat. Jeles lah dapat member gigi lawa gila nih.

"Huntunglah pandai!!"Aku terus menyambung kerja aku.

Beberapa saat, aku terfikir tentang sesuatu perkara. Aku kerling Harry di sebelah yang khusyuk membaca buku sains fiksyennya.

"Harry! Aku.. Aku nak tanya kau something leh? "

"Hmm.. Tanya lah"

"Jangan marah hee kalau aku tanya"

"Tanya jelah.. "

"Kau.. Best student, baik, ramai orang suka, pengawas, berdisiplin.. " tak sempat aku menghabiskan ayat, Harry memotong.

"Agaklah kalau desperate sangat nak jawatan penolong ketua pengawas sekalipun. Bodek aku ke? " Harry mengecilkan matanya sambil memandang tepat ke arah mata aku.

"Eh kau! Memfitnah je lebih. Aku tak habis cakaplah! " ha.. Kan dah kena.

"Oh.. Yeke? Hahaha.. Jangan marah"

"Ha kau kan macam malaikat kat sekolah ni, tapi.. Asal kau kawan dengan orang yang macam.. Emm.. Kawan kau yang nakal? And.. Kenapa kau tak ubah diorang? "

"Ohh.. Tak sangka pulak kau nak lemparkan soalan macam ni. Macam ni lah aku cerita kat kau.. Disebabkan kau ni anak sedara pengetua, so tak risiko sangat share kat kau"

"Ish kau ni.. Macam berat semacam je hal ni"

"Sebenarnya...... "

ASSHOLEWhere stories live. Discover now