Bab 15

23 0 0
                                    

8:05 A. M.

Dah lambat lima minit nak masuk kelas. Harap lambat lagi lah!  Aku malas nak belajar addmath.

Yes!  Cikgu Zawana merangkap guru disiplin memberikan tazkirah kat depan. Macam-macam lah dia cakap. Soh potong rambut la apa lah.
Aku toleh belakang nak tengok budak cina kelas aku dah masuk ke belum sebab si Sid ni tanya semua cukup ke tak. Tiber tanya. Aku tengok semua ada.

Selang beberapa minit,  suara cikgu Zawana macam garau sikit. Aku pandang sekeliling manatahu diorang perasan jugak. Aku tanya Lei. Dia positif sangat kata tekak cikgu sakit kot. Tak pelah aku pon biarkan je walaupun aku rasa macam tak kena.

Sampailah suara cikgu bertukar betul-betul lain macam. Garau dia bukan garau sebab sakit tekak. Bukan garau macam suara lelaki. Tapi, garau macam suara hantu marah.Macam orang kena rasuk tu. Emm aku tak tahu nak describe macam mana tapi suara tu agak creepy.

Aku tengok muka cikgu tak de pape pon. Ekspresi muka sama je. Aku tanya Lei lagi. Baru dia kata dia rasa sesuatu. Tapi dia tak nampak apa-apa. Begitu juga aku.

Aku pandang sekeliling. Masing-masing macam tahu ada sesuatu yang tak kena. Aku tak tahu lah cikgu Zawana dengar atau tak suara dia yang garau dan lain daripada yang lain tu. Dan ye. Aku baru perasan yang hanya cikgu Zawana ada kat sini. Oh gosh!  Seriously cikgu mesyuarat? Yes!!!  Tapi, kenapa kena ada kat dewan ni? Tak tau ke dewan ni creepy semacam. Kenapa tak pergi kelas je. Hish!

Lamunan aku terhenti bila Harry ajak aku kebelakang dewan.  Asal?

"Kenapa? "
"Kau tak dengar ke cikgu soh pergi belakang. Ada meeting singkat. Nak suruh jaga budak kot. Dah jom" laju betul dia cakap. Kalah angin.

Bla. Bla. Bla.

Jaga tu jaga sini.
Nasib aku tak baik sebab aku kena jaga kelas form 5. Ergh. Hate it. Mesti jumpa abang. Aduhmak.

Semua pengawas fokus menghadap cikgu Zawana. Siapa je berani tak pandang dia bila dia bercakap. Oh aku tadi. Tapi dia ni garang jugak tau. Macam singa kacuk ayam. Emm.

Tiba tiba..

'Huarghhh! ' siapa lah yang jerit tu.

"Mak kau! " terkejut aku.

What de?

Kenapa dia?  Terbang?

Aku pandang Harry tapi dia lebih laju bergerak. Aku ikut dia. Pengawas yang lain juga. Sempat aku memanggil beberapa pengawas perempuan sebab yang kena rasuk tu perempuan. Takkan nak pegang-pegang dia tu lelaki? Tapi kalau darurat boleh kan? Ah apa-apa je lah!

Harry sedia melaungkan azan.
Manakala cikgu Zawana cuba call ustaz Hamid. Tapi aku syak memang takkan dapat. Sebab cikgukan mesyuarat.

Jadi aku suruh Lei dan El lari pergi bilik mesyuarat. Cari ustaz Hamid.
Kalau takde bawak lah siapa-siapa teman suruh cari kat tempat lain.
Asal jumpa!

Semua pelajar dah kebelakang. Nampak sangat gap antara kawasan perempuan yang dirasuk dengan jarak diorang tu jauh beza.

Aku dapat nampak hantu yang merasuk perempuan tu. Creepy siut muka. Dia pandang tepat kearah aku. Aku cepat-cepat tutup mata dan baca surah yang aku tahu. You know.. Aku bukanlah islamik sangat macam Harry. Aku harap hantu tu tak tahu aku nampak dia. Please. Aku lupa.
Aku lupa yang aku tak boleh sembarangan tengok hantu-hantu ni. Takut terjumpa dengan Aun!  Aku bukan tahu pon Aun tu muka dia macam mana. Manatahu hanti buruk ni dia. Kan?

Harry masih melaungkan azan.

Aku buka mata dan nampak badan perempuan yang dirasuk tu dihempap ke dinding dengan kuat. Peh sakit tu!  Dah lah kau terbangkan dia. Pastu baling dia kat dinding. Baling? Ke hempas?  Ah pape lah!  Bodoh juga hantu ni.

Dan.. Dia..

Dia keluar daripada badan perempuan tu.

Dia..

"Kau nampak aku kan? "

Matilah nak.



ASSHOLEWhere stories live. Discover now