🌺BAB 1 -Perkenalan?💖

10.6K 299 36
                                    

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen ceramah bersama Dato Masyitah.

Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.

Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.

"Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya." Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.

Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.

Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni.

Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

"Abang dengar tak?" Macam cakap dengan laptop tu je.

"Hmm,saya sembahyang dekat surau."

Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

"Saya ikut. Jap saya siap."

Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Rafael tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan.

Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?

"Abang, dah siap." Rafael memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!

"Abang?" Rafael tersedar.

"Jom." Kunci kereta di atas meja di capai.

"Saya bawa kereta awak, tak kisah?" tanya Rafael ragu-ragu. Syahirah senyum.

"Harta saya harta abang juga." Rafael hanya mengangguk. Di dalam kereta hanya dengar radio - hot fm refleksi.

Rafael dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.

"Abang,surau belok kiri tu." Rafael hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin.

Rafael masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Rafael melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.

Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? "Err, Ira..." Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.

"Ya?"

"Okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?" Syahirah senyum.

"Jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerananya, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni."

Rafael terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. "Jom." Ajak Syahirah. "Hmm." Enjin kereta di matikan.

Bersambung

~nantikan bab seterusnya 😉

Takdir Yang Menentukan✔️Where stories live. Discover now