🌺Bab 6- Dugaan💖

3.2K 219 5
                                    

Rafael!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Rafael hanya tunduk.

Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.

“Kamu dengar tak ni? Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Rafael.

“Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil...” Dato Rahimi memandang sinis anaknya.

“Bukan kamu joli kan semua duit tu?”

“Abah...”

“Dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Rafael mana dia ada duit banyak tu.

“Abah, saya tak ada duit banyak tu.”

“Abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Rafael. Ya Allah…

Tiba-tiba telefon Rafael berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.

“Assalammualaikum.” Lemah Rafael menjawab.

“Waalaikumsalam, weh Rafael. Kau balik rumah kau sekarang!!”

“Err, kenapa along?”

“Kau balik je!” Tersentap Rafael tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Rafael mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Rafael memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.

Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.

Bersambung

~nantikan bab seterusnya 😉

Note* 🌝sorry sikit je part ni

Takdir Yang Menentukan✔️Where stories live. Discover now