🌺Bab 5- Terharu💖

3.3K 234 0
                                    

Abang, saya nak cari buku masak...” Rafael hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.

“Nanti jumpa abang dekat kaunter lah,” kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Rafael hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata.

Rafael berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Rafael pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“Ada boleh saya bantu encik?”

“Hmm, ada tafsir tak? Hmm... tafsir Al-Quran?”

“Maaf encik tiada stok.” Rafael senyum paksa.

“Okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang.

“Abang tak beli apa-apa?”

“Tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Rafael.

“Tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”

“Okay.”

Rafael membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.

“Wah, romantiknya mereka!”

“Tahu tak apa. Untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”

“Mana kau tahu baik?”

“Tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”

“Oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”

Sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”

Superb! Romantic!”

Kan Allah S.W.T telah berfirman, Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

“Betul-betul.”

***

Rafael sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.

“Abang...” sapa Syahirah manja. Rafael senyum.

“Kenapa?”

“Nah...” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Rafael. Rafael mengambil dan berfikir.

Birthday saya rasanya belum lagi...”

“Abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”

Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Rafael membuka balutan itu.

“Subhana-ALLAH, tafsir Al-Quran...” Terharu hatinya melihat tafsiran Al-Quran itu.

Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Rafael turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.

Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Rafael mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar.

Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Rafael senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Rafael menuju ke tandas.

Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.

Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah.

Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.

Bersambung

~nantikan bab seterusnya 😉

Takdir Yang Menentukan✔️Where stories live. Discover now