"Rowdy kenape ni?" Tanya Jihan dengan perasaan terkejut, Rowdy tidak menghiraukan pertanyaan Jihan dan terus menarik Jihan lari ke arah suara pergaduan tersebut."Tolong lah bukan Jia,selamatkan lah Jia" Bisik hati Rowdy sambil berlari.
(Tiga hari yang lalu, "Lepas! sakit! Awi sakit!" Jia memohon kepada Awi teman lelakinya, yang sedang menggenggam tangannya, "Kalau kau tak boleh buat biar aku yang cari dia hari jumaat ni kat sekolah!" Teriak Awi pada Jia lalu melepaskan tangan Jia dan pergi).
Rowdy teringat kejadian Jia dan Awie pada tiga hari yang lalu, dan menyangkakan pergaduhan tersebut berkait dengan kejadian Jia dan Awie pada tiga hari yang lalu.
Ketika di tempat kejadian
Ketika di tempat kejadian Rowdy tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku kerana tempat pergaduhan itu dikerumun oleh ramai pelajar."Jia!" Teriak Rowdy memanggil Jia, Jihan hanya mengikut Rowdy dan menolong Rowdy untuk mencari Jia. Tiba-tiba, "Hoi ada apa tu!" teriak cikgu Sawal sambil memegang rotan, murid-murid yang tidak ada kena mengena dengan pergaduhan tersebut berlari ke arah lain.
Ketika tempat itu tidak dikerumun lagi Jihan ternampak Jia," Jia! Sini Jia! Sini!" Teriak Jihan,ketika Jihan hendak memanggil Rowdy, Jihan terkejut, tanpa dia perasan Rowdy telah meninggalkannya sendiri dan pergi ke tempat kejadian untuk mencari Jia,Jia pergi ke arah Jihan. "Apalah Rowdy ni buang masa saja,padahal Jia dah kat sini" Bisik hati Jihan.
Ketika Rowdy melihat tempat kejadian tersebut, dia tidak melihat batang hidung Jia di tempat kejadian,Dia hanya melihat dua murid lelaki yang bergaduh tadi sedang dimarahi oleh cikgu Sawal,"Huff...Nasib bukan dia" Kata Rowdy dengan nada yang pelan sambil mengeluh.
"Bukan dia tu siapa?" Sampuk Jihan secara mengejut kepada Rowdy. "Entah-entah kau ada pakwe..." Jia berpakat dengan Jihan untuk mengenakan Rowdy. "Jia? Kau pergi mana tadi? Kau tak apa-apa kah?" Tanya Rowdy kepada Jia. "Aku ada kerja sikit dengan cikgu Miza tadi, kenapa kau nampak cemas?" Jia menjawab soalan Rowdy dan bertanya kepada Rowdy kembali. "Aku ok saja" Jawab Rowdy. "Dah lah jom balik kelas" Sampuk Jihan sekali lagi. "Jom lah"Jawab Jia. Rowdy mula senang hati kerana tidak ada apa-apa yang terjadi kepada Jia dan tidak merisaukan kejadian tiga hari lalu dan menganggap kata-kata Awi hanya untuk menakutkkan Jia.
Selasai sesi mata pelajaran terakhir, Mereka enam sahabat berada di kantin. "Ok lah bye korang,kitorang pergi dulu" At berkata kepada rakannya dan pergi bersama Rowdy sambil melambaikan tangan. Ketika
di luar gate sekolah,"Razi!" Teriak Awie."Awie?" Rowdy terkejut......
YOU ARE READING
Teen Silent Scream
Teen FictionTujuh remaja sahahat baik hidup gembira selama ini, tetapi beberapa kejadian yang tidak diduga telah menimpa nasib malang mereka... "Arin telah dibuli di sekolah barunya?.....Bagaimana keadaannya? Dengar cerita dia ditolak jatuh dari tangga. "I...