"Jia! Jia!" Teriak seorang wanita, dari gate sekolah berlari ke kantin sambil memanggil nama Jia. "Ya,ada apa?" Tanya Jia kepada wanita itu."Ada budak lelaki bergaduh luar gate, dorang kata kawan kau" Kata wanita itu kepada Jia dengan nafas yang teresak-esak kerana berlari tadi. "Awie!"
Terpendam dalam fikiran Jia lelaki itu adalah Awie,lalu Jia dengan kelam-kabut berlari ke arah luar gate sekolah. Jia ternampak Awie yang sedang memaksa Rowdy untuk berkata.
"Rowdy bagi tahu aku mana budak Razi yang nak bergaduh dengan aku tu!" Teriak Awie kepada Rowdy.
Rowdy hanya terus berjalan sambil bercerita bersama At dan tidak menghiraukan Awie, seolah-olah Awie berkata dengan orang lain. "Rowdy kau pekak ke?" teriak Awie kepada Rowdy, namun Rowdy masih tidak menghiraukan Awie dan terus berjalan, At hanya diam dan terus berjalan dengan Rowdy, Jia hanya melihat situasi itu dengan senang hati, "Awie..Awie.... kenapa kau bodoh sangat nak cari pasal sama Rowdy" Bisik hati Jia
"Hoi!" Teriak seorang lelaki kepada Awie.Jia terkejut lalu melirik ke arah teriakan itu. Ternyata Razi yang teriak kepada Awie.Lalu Awie berjalan ke arah Razi.
Jia berlari ke arah Rowdy. "Nak biarkan orang ke?" Tanya Rowdy kepada Jia dengan selamba. "Dah lama tak tengok show" Jawab Jia sambil senyum jahat kepada Rowdy yang bermaksud untuk membiarkan Awie dan Razi bergaduh dan hanya melihat pergaduhan. "Biar betik?" Sampuk At.
" Jia,Rowdy,At" Teriak Jihan dan Iviy sambil berlari ke arah mereka. "Apa jadi?" Tanya Iviy. "Ada show" Jawab Jia kepada Iviy sambil senyum. "Show!" Teriak Jihan kepada Jia. "Ya Jihan.." Kata At sambil menepuk belakang Jihan.
"Bodoh!"Teriak Awie. "Kau pahal?" Razi bertanya kepada Awie dengan perasaan marah.Jia,Rowdy,Iviy,Jihan dan At hanya menonton pergaduhan Awie dan Razi.Awie ternampak Jia berada di sebelah Rowdy, "Jia kau bagi tahu mana budak Razi tu!" Teriak Awie kapada Jia. "Haih.. kenapa budak ni bodoh sangat" Jia mengeluh dengan nada yang pelan. Rowdy ketawa mendengar kata-kata Jia.
"Bodoh cari sendiri!" Teriak Jia kepada Awie semula."Aku Razi yang kau cari tu" Teriak Razi kepada Awie. "Kau? Siallah,kau nak apa cari gaduh dengan aku?" Teriak Awie kepada Razi. "Aku bukan nak cari gaduh, tapi nak bagi tahu yang girl friend kau nak minta putus" Jawab Razi dengan selamba.
"Kau jangan main-main, tak payah nak masukkan Jia dalam hal ni" Jawab Awie. "Kalau tak percaya tanya Jia" Jawab Razi kepada Awie lagi. "Jia! Bet..." Belum sempat Awie berkata Jia tiba-tiba teriak. "Ya" Teriak Jia
YOU ARE READING
Teen Silent Scream
Teen FictionTujuh remaja sahahat baik hidup gembira selama ini, tetapi beberapa kejadian yang tidak diduga telah menimpa nasib malang mereka... "Arin telah dibuli di sekolah barunya?.....Bagaimana keadaannya? Dengar cerita dia ditolak jatuh dari tangga. "I...