TEGUK

42.9K 135 68
                                    

     Suhana mengoles gincu berwarna Red Wine sebagai sentuhan terakhir pada wajah berkulit kuning langsatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Suhana mengoles gincu berwarna Red Wine sebagai sentuhan terakhir pada wajah berkulit kuning langsatnya. Dikemam-kemam kedua ulas bibir nipis itu, supaya rata gincu yang melata di bibirnya. Wajahnya yang bujur sireh dibelek-belek pada cermin solek.

Biarpun sudah berusia 45 tahun, tetapi dia pandai menjaga tubuhnya supaya kekal ramping. Malam itu dia mesti bersiap cantik-cantik untuk Mr. Ramli. Pelanggan tetapnya.

"Sue... Pinjam eyeshadow.. "Suara lembut Ina mengejutkan Suhana yang leka bersiap untuk ke tempat kerja. Ina tinggal serumah bersama Suhana. Juga merupakan teman sekerjanya di Kelab Dangdut Cinta Sayang.

Bekas pembayang mata berbentuk empat segi dihulur kepada Ina.

"Harinie abang Ramli amek kita tau... "ujar Suhana seraya mencapai tas tangan hitamnya dan menapak ke dapur. Ina hanya mengangguk. Dia pun sama-sama menumpang si Suhana untuk ke tempat kerja mereka setiap malam.

Pintu peti ais dibuka. Dicapai tin hijau tertulis Carlsberg dan diteguk perlahan. Arak itu umpama air putih pada Suhana. Kemestian padanya setiap masa. Biarpun sarapan pagi, mesti disulam dengan air kencing setan itu.

Ina hanya memerhati gelagat Suhana. Perut Suhana yang buncit kesan ketagihannya pada Carlberg hanya dipandang sepi. Skirt pendek yang disarung oleh kedua mereka seolah-olah 'uniform' kerja yang mesti dipakai setiap malam. Tidak terlupa tank top sleeveless yang menayang lurah dendam masing-masing.

Pon!! Pon!! Hon berbunyi kuat di hadapan rumah teres yang disewa oleh Suhana. Terkocoh-kocoh dia mencapai kasut tumit tinggi jenis platform pump 6 inchi berwarna hitam. Kasut kesayangan. Kasut cari makan kerna kasut itu menyerlahkan tubuh rampingnya apabila meliuk lentuk menari di lantai tari.

"Abanggg.... Muahss.. "rengekan manja Suhana bersulam dengan kucupan lembut yang singgah di pipi Ramli. Ina turut melabuhkan punggung ke seat belakang kereta Volvo lama milik Ramli itu.

Ramli merupakan peniaga kedai runcit dan berusia 55 tahun. Bau Carlberg yang masam menerpa hidungnya.

"Mmm.. Berapa kali dah abang pesan kan.. Kurangkan minum tue... Haihh..minum kat kelab sudahlah.. Teman abang.. "Ramli hanya menggelengkan kepala melihat wajah Suhana yang sudah monyok.

Tingkap kereta dibuka Suhana. Malas melayan cakap Ramli. Sebatang rokok Salem Light diselit ke bibir nipisnya. Lighter dinyalakan. Hembusan asap yang keluar dari hidung dan bibirnya mencacatkan pemandangan seraut wajahnya yang cantik.

Setiba di tempat parkir Kelab Dangdut Cinta Sayang, Suhana terus mengepit lengan Ramli. Tak mahu Ramli disambar perempuan lain. Tauke Lim sejak kebelakangan ini tamak menerima pelayan wanita aka GRO yang berusia awal 20-an.

'Bukannya pandai menari pun. Kelab itu bukan tempat diorang. Patut usia semuda itu tengah berjimba di Disko Titan atau tengah bertungkus lumus belajar.. 'Getus hati Suhana sambil mata mengerling tajam pesaingnya yang muda. Setidak-tidaknya dia sendiri tidak mahu anak daranya, Aziah tahu dia bekerja sebagai GRO dan wang perbelanjaan yang dikirim ke kampung untuk pembelajaran anaknya, tidak pernah dipersoalkan.

ADDICTED [18+] Where stories live. Discover now