Sejuk…
Sakit…
Menyakitkan…
Itu adalah antara perasaan yang aku rasakan.
Apabila aku tersedar, aku cuba untuk mengingat memori sebelum aku tidak sedarkan diri, tetapi, tidak jelas. Selepas kerja, aku pulang ke rumah…
Eh sekejap, aku tidak ingat aku telah sampai di rumah.
Aku juga tidak mengingat aku telah mabuk. Mungkin aku perlu mengatakan aku tidak merancang untuk makan di luar. Apakah aku terlibat dalam kemalangan?
Walaupun aku cuba memikirkan pelbagai situasi yang aku alami, tapi aku tidak berdaya kerana keadaan aku sekarang amat menyakitkan.
Aku cuba menggerakkan badanku, tetapi tiada perubahan.
Aku cuba membuka mata, tetapi gagal.
Akhirnya, kerana situasi yang tidak menyenangkan ini, aku cuba untuk bercakap.
“Aa—”
!!
Aku terkejut dengan suara aku sendiri.
Aku cuba untuk bercakap lagi.
“Au, au, a—”
Kerana lidahku tidak boleh digerakkan dengan baik, ianya mustahil untuk bercakap.
Kerana emosi yang tidak boleh dikawal, aku tiba-tiba menangis dengan kuat.
Walaupun ianya kelakuan yang memalukan sebagai seorang dewasa, aku tidak dapat menahankan diri.
Apa ini?
Apabila aku sedang menangis, aku mendengar tapak kaki yang sedang menuju ke arahku.
Seperti yang aku sangkakan, diluar sedang hujan dan sejuk, dan tapak kaki yang aku dengar membuat sedikit bunyi.
‘Aku selamat.’
Aku berfikir begitu untuk seketika, kemudian, aku mendengar satu suara.
“Masih hidup selepas diserang monster, ini adalah keajaiban”
Tetapi aku tidak dapat mendengar dengan jelas.
Jatuh dalam kekeliruan, aku dihiasi dengan cahaya hangat, dibungkus dengan tuala hangat, menghilangkan sakit yang aku rasakan.
Aku, yang berasa lega, tiba-tiba hilang kesedaran.
YOU ARE READING
Magi's Grandson
FantasySeorang lelaki muda yang telah dipastikan mati dalam kemalangan, dihidupkan kembali di dunia lain sebagai bayi! Selepas itu, dia diambil oleh patriot hero "Sage" Merlin Wolford dan diberikan nama Shin. Dia telah dibesarkan sebagai cucu Merlin dan me...