Chapter 2: Magic Tool Creation

2 0 0
                                    

Hari ini aku sekali lagi pergi ke hutan.

Untuk mencari sesuatu untuk di buru.

…ataupun, aku berada di dalam hutan untuk sementara waktu sekarang.

Hello, aku adalah Shin, aku telah berusia 8 tahun and aku telah sedikit membesar.

Selepas latihan dri Michel-san yang mengerikan… semua tahap skill aku telah meningkat. Dalam beberapa kes, ianya kerana aku sekarang boleh menggunakan physical enhancement magic.

Bercakap tentang perkara yang telah berubah dalam tiga tahun lepas, bukan sahaja seni bela diri aku yang meningkat

Aku juga mendapat pengajar tambahan.

Faktanya, magic bukan sahaja terdiri daripada mengawal kuasanya dan mengeluarkannya, tetapi ada juga jenis magic yang dipanggil “Enchantment,” yang mana ianya digunakan untuk menuliskan equipment dengan magic. Kemudian, ianya didapati magic ini bukan kepunyaan datuk.

Jenis magic yang boleh digunakan oleh setiap individu bergantung kepada kebolehan mereka… Ianya bagus untuk belajar enchantment magic dari seseorang yang mahir terhadap magic tersebut. Oleh itu, aku telah diajar enchantment magic oleh salah seorang pelawat yang kerap mengunjungi datuk.

Orang ini adalah perempuan tua yang memakai sepasang cermin mata, jubah hitam dan topi yang tajam, dan memancarkan aura “Witch.”

Dia mempunyai saiz badan yang tinggi, penampilan yang handsome, dan gaya yang sangat baik yang luar biasa.

Aku mengesyaki dia popular ketika masa mudanya.

Namanya ialah “Melinda Bowen.”

Apa yang aku perhatikan sekarang ialah beruang besar yang liar.

Ianya dengan lapar memakan kacang yang aku taburkan di atas tanah.

Sementara mangsa aku terganggu dengan makanan, I sasarkan senapang aku ke tengah dahinya dan menembaknya.

Peluru itu bertembung di pusat kematian di dahinya, merosakkan fungsi otaknya, keluar melalui belakang kepalanya.

Bukan masalah sebesar mana haiwan itu, apabila otaknya dihancurkan, ianya tidak dapat hidup. Tidak terlalu jauh dari aku, badan dengan berat 300kg rebah ke tanah. Aku mengikat kaki beruang liar itu ke pokok berhampiran dengan tali, menggantungnya di udara, menunggu darahnya kering. Semestinya, aku menggali sebuah lubang untuk darah menitik ke dalam supaya tidak mengercik.

Selepas darahnya kering, aku mula membongkarnya.

Pada awal aku menyembelih haiwan aku sering mual, tetapi sekarang aku dah terbiasa. Sekarang, aku melihat semua mangsa aku adalah daging.

Setelah selesai berburu, aku pulang ke rumah. Harini, nenek Melinda dan Michel-san berada di sana.

“Oh, selamat pulang. Apakah kau pergi berburu?”

“Hello, nenek. Yeah, aku baru sahaja pulang dari memburu beruang.”

“Ho~, kamu dah boleh memburu beruang liar sekarang.”

Pujian ini membuatkan aku merasakan sesuatu yang buruk akan terjadi.

“Tak, aku menggunakan senapang, dan masih mustahil dengan sebuah pedang?”

“Haha, jangan sederhana sangat. Walaupun kamu menggunakan senjata api, untuk dapat membunuh mangsa yang besar seperti beruang liar; tak masalah kalau kamu berlatih sedikit keras.”

Yes, ayat ini datang lagi.

Aku memandang datuk mengharapkan bantuan.

“Hohho, tolong mudahkannya.”

Tch, sedangkan datuk menggunakan ayat itu! Ini—

Maksud aku, datuk, apabila berada disini, datuk hanya bercakap tentang ini dan bukan benda lain!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Magi's GrandsonWhere stories live. Discover now