⋆༄ 04

120 16 0
                                    

Harini Hyuna lambat lagi . Tapi, kali ini si ayah pula yang hantar . Taehyung sibuk menguruskan paper project yang berlambak di atas meja, disebabkan itu dia tak dapat nak hantar adiknya seperti biasa.

Hyuna berjalan santai masuk ke dalam pagar sekolah seperti tiada apa-apa sedangkan dia sudah lewat ke sekolah.

Tiba-tiba figura seorang lelaki menahan Hyuna dengan senyuman sinis. Hyuna mula cuak.

"Kim Hyuna , lewat seperti biasa. Tujuh lebih baru sampai sekolah" Hyunjin menulis sesuatu di dalam buku nota pengawas.

Hyuna meletakkan tangannya ke dahi Hyunjin . Terkaku Hyunjin dibuatnya.

"k-kau ni dah kenapa?" Hyunjin memegang tangan Hyuna. Matanya meliar memandang ke tempat lain, malu untuk memandang wajah gadis dihadapannya.

"Hmm,tak panas pun? Nak kata demam,tak pula" Hyuna menarik tangannya dari pegangan Hyunjin.
Hyunjin bercekak pinggang.

"memanglah aku tak demam, kau tu kenapa nak rasa dahi aku bagai?"

"takdelah, terkejut aku bila fake boyfriend tahu waktu aku pergi sekolah" Hyuna membuat senyuman sinis . Sengaja ditekankan perkataan 'FAKE BOYFRIEND'.

Hyunjin membulatkan mata dan menekup mulut Hyuna sambil membuat isyarat senyap. Hyuna hanya ketawa kecil dengan tindakan Hyunjin.

"kau pergi masuk kelas sekarang, kang aku heret kau masuk bilik disiplin" Hyunjin mengugut Hyuna untuk bawa berjumpa dengan Cikgu Hyoyeon, cikgu yang nampak macam garang tapi sebenarnya baik.

Hyuna masih lagi teragak-agak . Separuh hatinya mahu mengacau Hyunjin, separuh lagi nak masuk ke kelas sebab takut dengan Cikgu Hyoyeon.

"Kim Hyuna, kau balik kelas sekarang atau kau nak jumpa Cikgu Hyo?" Hyunjin menandang Hyuna tajam.

"Okay, fine. Aku balik kelas dulu, bye" Hyuna melambaikan tangan ke arah Hyunjin dan terus berlari anak ke bangunan Blok D .

Hyunjin tersenyum kecil dan melambai balik ke arah bayangan Hyuna yang mula menghilang .

ع˖⁺ ☁⋆ ୭ 🕊.⋆。⋆༶⋆˙⊹

Rose memandang Hyuna yang tengah baca buku novel . Minah ni muka je gangster , tapi hati baik macam tisu . Auch !

"Hyuna, malam ni aku nak tidur dekat rumah kau boleh?"

Hyuna mengangguk .

"Boleh je , kita ajak Jaehyun sekali eh ?" Hyuna tak sanggup adakan majlis apa-apa salah seorang dari mereka ketinggalan.

"Okayy" Rose tersenyum pahit. Hyuna dan Jaehyun adalah kawan baiknya . Sampai bila-bila pun mereka tetap akan bersama .

Jaehyun menghampiri Rose dan Hyuna . Di tangannya terdapat tiga bungkusan plastik , makanan yang dibeli di kedai sekolah tadi .

"Nah, korang punya" Jaehyun mengagih-agihkan makanan . Tiba-tiba seorang junior lelaki datang sambil membawa sebuah bekas tuppuware yang berisi nasi goreng .

"Akak , ada abang pengawas bagi" budak tu bagi dan pergi macam tu sahaja. Hyuna boleh agak siapa bagi , tapi takpelah. At least, ada jugak makanan tambahan.

"Uwau, ada peminat rahsia" Rose dan Casper menganjenk Hyuna . Hyuna menggeleng .

"Ada-ada jelah korang ni. Malam ni tidur rumah aku nak ?" Hyuna memandang Casper. Dia mengangguk dan mereka meneruskan sesi makan mereka .

 ❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S¹ 〚✓〛Where stories live. Discover now