⋆༄ 08

140 12 2
                                    

"Harini, aku pilih kau" Hyuna mencapai salah penyangkut baju yang lengkap dengan aksesori.

Hyuna memandang jam dinding di atas tv

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyuna memandang jam dinding di atas tv. Jam menunjukkan pukul 7:30 pm. Dengan pantas Hyuna mencapai kunci kereta di meja dan memandu ke Sungai Han.

ع˖⁺ ☁⋆ ୭ 🕊.⋆。⋆༶⋆˙⊹


Di Sungai Han, Hyuna berjalan dengan perlahan menuju ke jambatan kecil. Kelibat Hyunjin masih lagi tidak kelihatan. Dirinya betul-betul nervous sampaikan setiap 5 saat matanya pasti melihat jam di pergelangan tangan.

"Boo!"

Sergahan Hyunjin di belakang Hyuna membuatkan badan Hyuna seperti terkena serangan elektrik. Sebelah tangannya memegang jantung yang berdegup kencang.

"ish, Hyunjin! Apa ni!" Hyuna memukul dada bidang Hyunjin berkali

Hyuna tersengih .

"hehe, sorry dear" Hyunjin tersenyum dan mendepakan tangan . Hyuna segera memeluk Hyunjin .

"Jalan-jalan sekitar ni, nak?" cadangan Hyunjin mendapat anggukan daripada Hyuna. Mereka berpegangan tangan dengan erat sekali.

"Hyunjin, awak nak kita berdua buat apa? Main tiup buih belon tu ke, makan ke—" belum sempat Hyuna menghabiskan ayatnya, satu suara menyampuk dari belakang.

"kita pergi dating dekat tamanlah"
Mereka berpaling ke belakang. Rupa-rupanya Taehyung dengan Irene . Mereka berdua juga datang dating .

"Irene unnie! Unnie apa khabar?" Hyuna dengan teruja memeluk bakal kakak iparnya. Irene membalas pelukan Hyuna dengan senyuman.

"Unnie sihat. Ni haa, oppa Hyuna ni sibuk betul kacau adik dia dating . Dah kata jangan kacau , dia tak nak dengar" Irene menjeling manja ke arah Taehyung . Taehyung hanya membalas dengan sengihan.

Hyunjin menghulurkan salam perkenalan kepada Taehyung . Taehyung menyambut huluran tu dengan senang hati .

"Hwang Hyunjin"

"Kim Taehyung, abang Hyuna . Ni Bae Joohyun, bakal kakak ipar Hyuna" Irene menunduk hormat.

Hyunjin juga menunduk hormat . Hyuna masih lagi memegang tangan Hyunjin seperti tak nak lepas. Jari jemari mereka terpaut rapat, takut terpisah.

Taehyung mahu berkata sesuatu namun mulutnya ditutup oleh Irene. "Kita orang pergi dululah, Hyuna. Kalau ada apa-apa call kita orang, okay? Bye Hyuna, enjoy your date!" malas nak melanjutkan pergaduhan mulut, Irene segera menarik Taehyung untuk cepat-cepat beredar.

Hyuna memuncungkan bibir. Hyunjin yang perasan lantas menarik muncung yang panjang sedepa .

"Tak payah nak sedih-sedih sangat, jom sambung dating" Hyunjin tersenyum manis. Hyuna mengangguk setuju dan mengikuti Hyunjin yang membawa mereka pergi bermain Arcade.

 ❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S¹ 〚✓〛Where stories live. Discover now