Aku menyelusur laluan batu hitam ditengah kota,
menunggang kuda biruku memecut laju tanpa mengira apa,
fikiranku berkecamuk memikirkan hal yang tadi,
menjadi hamba pada sang raja yang buta hati.Setiap arahan bagaikan ugutan mandatori,
diikut tidak dipuji, disanggah hukumnya mati,
ku turut jua walau mematahkan tulang memutuskan sendi,
adakah aku terpenjara disini?Terasa aku dikelilingi pagar besi,
pagar direka dan ditempa oleh aku sendiri,
yang dibina atas kata kata dan janji,
betapa aku membenci lembutnya hatiku ini.Bertemankan dentuman guntur dan petir dilangit,
disertakan pula tikaman si hujan yang lebat,
sakit dikulit tidak separah di jantungku,
setiap sakit aku menyumpah kebodohanku.Ingin aku menjadi ulat hodoh yang boleh berubah menjadi rerama,
dengan hanya satu metamorphosis aku membuang wajah lama,
meninggalkan kelemahanku dengan seribu kesakitan terulung,
saat berjaya melangkah keluar dari kepompong.Ah semua itu hanya mimpi bersadur keinginan,
mana mungkin aku menjadi seperti itu,
sudah sampainya waktu untuk aku menerima kenyataan,
hanya seorang bodoh yang hidupnya segan, mati tiada pula mahu.