NO DOUBTS

1 1 0
                                    

♡1♡
*****

        PEGANGAN tangannya tadi mungkin sedikit kurang kemas barangkali. Mr. Ronald E.D. Walt Ricardo dia kelihatan sedikit tersasar dari sasarannya. Pemuda lebih terkenal dengan gelaran Walter itu dilihat teman temannya sebagai seorang yang paling layak untuk diketengahkan mereka. Entah kenapa Walter pada hari ini dia bagaikan tidak bermaya pula nampaknya. Jika tak kalau sekalanya semua hidupan ada di sini habis lari bertempiaran mendengar saja bidikannya. Dia mencuba sekali lagi. Kali ini dia membidik sambil berhati hati pula. Garisan palang ditenungnya betul betul. Walter sedikit menarik nafas panjang untuk seketika. Pada kedudukan tempatnya berdiri dan serta pula dengan laras diletakkan pada aras 30º sambil menghala ke barat Walter dia lalu terus melepaskan bidikan. Bergegar bunyi das tembakan sambil kuat pula kedengaran di udara. Walter sejurus seketika dia menghembus ke arah bidik ada di tangannya. Gomez dan Elberto mereka berdua kelihatan sedang menghala ke mari sambil seekor haiwan buruan ada dijinjing di tangan salah seorang darinya. Walter tersenyum seketika dia sambil melihat seekor Kijang sebesar seekor Kambing Jantan sedang terguling ada di hadapan mereka semua. Dia tidak memandang ke lain lagi dan lalu terus mengajak mereka semua bergerak pulang. Walter dan Alberto serta Gomez dan Elberto mereka semua bergerak untuk pulang dengan menaiki sebuah kenderaan 4WD. Kelihatan masing masing semua berwajah kegembiraan setelah berjaya membawa pulang seekor buruan jantan ada kira kira kurang lebih seberat 40Kg.
         Matt tersenyum dia bila melihat teman teman serumahnya begitu beria ia mereka nampaknya. Mereka serumah semua ada belaka di petang ini. Kebetulan hari ini hari minggu. Walter dan Alberto mereka berdua kelihatan sedang sibuk mencuci daging sambil ada bersama duduk di situ. Gomez dia sekali sekala meneliti ke arah di dalam rumah sambil mengintai kelibat Elberto untuk  turun ke mari. Dia sejak semalam lagi sudah jenuh duduk melapah daging buruan yang telah berjaya diperolehi mereka. Sebentar muncul kelibat Elberto sambil keluar dari pintu rumah.

"Hey! Ke mana...engkau haa?" "Sejak dari tadi mengalahkan anak dara pula dia!"

"His! Engkau! Macam Nenek Aku pulak engkau!"
"Atuk Aku pun...tak macam engkau!"

"Hey! Apa plak Atuk Nenek plak!"
"Engkau main kasar...nampak!"

Walter menjeling ke arah mereka berdua sambil tersenyum dia melihatnya. Dia sebentar lalu berkata.

"Heh! Tak baik bergaduh di hadapan rezeki tau!"
"Kalau nak bergaduh pun...biar siap kerja dulu! Apalah...engkau orang ni!"

Sergahnya kepada mereka berdua itu.

"His! Engkau pun sama...macam Mak Nenek pulak!"
"Tengok macam Aku...releks apa!"

Dengan bangga Gomez mencelah sambil tergedit gedit. Walter dia mula naik berbulu pula bila melihat gaya temannya itu. Dia lalu berpaling ke arah lain sambil cuba buat buat sibuk. Elberto yang kenal sangat dengan perangai Walter lalu terus berkata melihat temannya itu bagaikan terasa pula sebentar tadi.

"Kalau kau orang nak tau...Aku lebih terer lagi tau!"
"Malam ni...kalau kau orang tak membuncit kekenyangan! Jangan dipanggil...nama Aku!"

Bunyinya macamlah terer sangat dirinya. Walhal padahal dia lebih kurang sama saja dengan mereka yang lain. Saja Elberto berkata begitu supaya temannya berdua tidak menjadi makin melarat. Melihat gaya mereka semua masing masing terdiam seketika kelihatannya.
        Walter pada mulanya tidak pula menyangka yang kawan kawannya menaruh minat untuk dia turut menyertai rancangan mereka semua. Di pagi ini dia telah pergi ke sebuah rumah kelab yang terletak betul betul ada di tengah tengah Bandaraya Matsonia. Mereka semua duduk berkumpul bagi bertujuan mencadangkan agar kawannya itu turut serta di dalam satu kejohanan temasya sukan yang akan berlangsung untuk tidak berapa lama lagi. Gomez, Alberto, Elberto dan serta juga Walter mereka semua adalah bekas anggota Persatuan Ahli Ahli Menembak Nasional Cawangan Bandaraya Matsonia ini. Walter kelihatan termenung dia untuk seketika. Dia yang pernah bergelar Ahli Menembak Terbaik Negara di satu ketika dahulu dilihat seakan sedikit tertarik pula dengan rancangan kawan kawannya itu. Dia juga tidak menafikan penglibatan dirinya bakal memberi sedikit harapan buat teman teman yang lain nanti. Jika diikutkan hati mahu saja dia bersetuju cadangan mereka semua itu. Namun begitu semua perkara perlu juga dia mengambilkira terlebih dahulu. Jangan pulak nanti untuk buat malu kaum aje. Apa yang perlu dia seharusnya mengotakan segala hasrat teman teman yang sejak selama ini dilihatnya telah benar benar mengharapkan sesuatu daripada hasil usahanya itu. Bagi dirinya tiada yang lebih baik selain semangat kesetiakawanan di antara mereka semua selama sebelum ini. Namun pun begitu tidak tergamak pula dia hendak menghampakan segala harapan mereka semua. Tinggal lagi hanya dirinya sahaja perlu membuat satu kata putus yang kini sedang ditunggu tunggu mereka semua. Akhirnya pertemuan mereka semua diakhiri dengan satu keputusan berpihak kepada Walter setelah mereka yang lain ada merasakan yang teman mereka itu lebih memiliki satu tahap daya keyakinan yang lebih tinggi lagi.
        Sambil Walter melakukan kerja kerja rumah sambil dia memasang angan angan bila dia turut menyertai di kejohanan itu nanti. Hajatnya untuk pergi melancung ke pusat peranginan terkenal di Mesonitapolis terpaksa dilupakannya kini. Wajah muka muka lama terus bermain sambil terbayang di laman fikirannya di ketika ini. Andai diberi pilihan antara emas dan permata pastinya amat sukar baginya untuk membuat satu pilihan di saat saat sebegini. Dia sebentar lalu menyimpan semua teks kerja rumahnya ke dalam sebuah M-case. Seketika dia merenung sejenak ke arah padang ragut yang luas terbentang ada di sebelah hujung padang sana. Kelihatan beberapa ekor kuda putih sedang begitu ralik sambil meragut daun daun kering. Ada sesuatu di benak fikirannya di ketika ini yang sedang bersarang sambil berlegar legar mencari arah direksi untuk dia meluahkannya. Di pandangnya seketika ke sekeliling di dalam rumah kalau kalau jika ada kelibat mereka yang lain sudah pulang ke rumah. Tiada pula berkelihatan nampaknya. Mereka semua sejak awal awal pagi lagi sudah pun keluar. Walter dia pula cuba mengambil kesempatan di waktu ini untuk mencari relevennya kesesuaian hasrat peribadinya dengan rancangan yang telah dicadangkan oleh mereka semua. Apa yang dirisaukannya sekarang ialah jika sekiranya dia pula gagal untuk memenuhi segala harapan mereka itu. Segala galanya seolah olah sedang berteka teki bagi dirinya. Namun demikian pula dia lebih melihat ianya seakan akan satu igauan silam yang seolah olah sedang cuba menguji tahap keyakinan yang ada pada dirinya di saat serta di ketika ini.
       









MY MESSAGEWhere stories live. Discover now