♡2♡
*****PEPERANGAN MATSON.
November 22,
MATSONVILL,
MATSONIA CITY,
ESTANIA.SASARAN bidikannya betul betul tepat mengena di kepala musuhnya. Pertama kali dia merasa begitu yakin setelah tindakan yang diambilnya seakan memberi satu semangat baru bagi dirinya. Bunyi das tembakan bertalu talu ada di mana mana cukup menggerunkan di waktu ini. Dia memperbetulkan pengalas dipakai di kepalanya sambil terus berwaspada. Dia langsung tidak boleh mengangkat kepala dan terpaksa berkubu di dalam zon pertahanan yang telah dibina mereka. Gomez tiba tiba dia memberi isyarat dua jari kepada Walter sambil menyimpan kawat. Walter dapat mengesannya dengan isyarat dua penglihatan. Dia cuba berikhtiar supaya mereka yang lain turut dapat bersamanya di situ. Sekali sekala dia menggenyehkan matanya bila terkena habuk. Gomez sudah tidak dapat mengawal keadaan di situ setelah dia hanya mampu membuat satu kawat hendapan senyap sambil bergerak betul betul di tengah padang yang luas itu. Melihat Gomez cuba merangkap sambil merayap menghala ke mari. Dia terus membuat bedilan bertubi tubi ke arah kubu lawan yang masih kelihatan ada di seberang jalan sana. Jelas dapat dilihat hanya penutup topi sahaja berkelihatan sedang bergerak gerak sambil perlahan lahan ada tidak berapa jauh dari situ. Elberto tiba tiba melepaskan bidikannya pula. Tembakannya tepat mengenai pada sasaran sambil jelas dapat dilihat badan lawan sudah jatuh tersungkur ke Bumi. Melihat teman temannya sedang bertubi tubi melawan musuh dia pun lalu terus berlari sambil membongkok menuju ke arah kubu guni. Musuh kelihatan semakin dekat sedang mereka berempat masih lagi tidak tahu macam mana yang hendak dibuat. Menyedarinya Walter lalu berkata.
"Kau fikir apa yang harus kita lakukan sekarang?"
Soal Walter sambil berkata kepada Elberto kawannya itu. Elberto lalu dia terus berkata sambil menjerit.
"Kita pulang dulu!! Amacam?"
"Lagi pun, keadaan sudah tidak terkawal!!"Walter memandang ke hadapan dan seketika dia berkata.
"Nampaknya...hari semakin gelap! Kita sudah tidak cukup waktu lagi! Kita perlu bergerak sekarang!"
"Kalau begitu...biar Aku panggil mereka yang lain!"
Elberto dengan semangat yang tinggi lalu merangkak sambil menyusup dari kubu guni menuju ke arah mereka berdua yang lain itu.
"Gomez!!"
"Kita berundur!!"Mendengar laungan Elberto itu Gomez pun lalu berhenti di situ. Dia memandang sambil memerhatikan ke hadapan. Dia seketika memandang pula ke arah Alberto yang masih tidak henti henti membidik senjata di tangannya ke arah kubu lawan.
"Kita perlu bergerak keluar sekarang!"
"Nampaknya...kita mengalah!"Alberto hanya mengangguk sahaja mendengar Gomez berkata begitu. Dia terus mengangkat senjata yang dipegangnya itu sambil meletakkan ke atas kedua bahu. Mereka sambil menyusup keluar sambil berhati hati merangkak menuju ke arah Elberto yang sedang menunggu itu. Seketika berkumpul mereka pun berundur saja daripada situ.
Kekacauan tercetus sambil ada di mana mana di dalam Bandararaya ini sekarang. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang harta benda juga yang telah rosak teruk akibat terkena peluru bedilan. Mereka selama ini terpaksa hidup bersembunyi di rumah sementara perang dingin antara dua puak masih lagi belum reda buat masa sekarang. Setelah menyimpan senjata di tempat yang selamat mereka semua lalu duduk berkumpul sambil melepak duduk di atas beranda rumah. Kelihatan masing masing masih kepenatan di ketika ini. Peperangan melanda sejak dua bulan yang lalu itu telah mengheret mereka berempat ke kancah pergelutan dalam perebutan kuasa di tengah tengah Bandaraya Matsonia ini. Matsonia merupakan sebuah Bandaraya kedua terbesar di sini selepas Ibu Kotanya iaitu Bandaraya Maxsumania yang terletak kira kira 500Km dari sini. Sebuah Bandaraya Perindustrian yang cukup terkenal dengan barangan ekspotnya seperti barangan peralatan alat telekomunikasi dan serta juga peralatan elektrik berjenama mahal serta turut terkenal di serata Dunia di masa kini. Negara Estania ini adalah merupakan sebuah Negara berjiran dengan sebuah Negara sahabat karibnya iaitu Negara Lexonisa yang juga terkenal di dalam sektor perusahaan pelancungan dalam Negaranya dewasa ini. Sejak tercetusnya peperangan di dalam Bandaraya itu kini Negara tersebut sudah tidak lagi menghiraukan semua itu lagi. Sebaliknya kebanyakan rakyat di Negaranya itu telah lari dan berpindah ke Negara Negara jiran yang terdekat. Walter dan Gomez serta Alberto dan Elberto mereka semua telah pun melaporkan diri ke sebuah pusat pemerintahan sementara di dalam Bandaraya itu. Walau pun telah ramai yang terkorban tetapi mereka semua masih lagi bernasib baik di ketika ini. Namun begitu tidak mustahil jika di satu hari nanti mereka semua akan mengalami kekalahan di sedikit hari lagi memandangkan keadaan semasa yang langsung tidak perpihak kepada mereka semua. Ini cukup memberi satu tamparan hebat terhadap maruah Bangsa Estani yang terdiri dari golongan penduduk asal tempatan di kalangan Puak Etani itu sendiri. Tiba tiba kelihatan sebuah kenderaan berhenti di hadapan rumah. Mereka semua hanya memandang sambil merasa hairan melihatnya. Seorang gadis tiba tiba keluar dari kenderaan sambil berjalan menuju ke arah mereka. Dia lalu bersuara."Walter! Apakah awak orangnya?"
"Saya...Ieter Corpact! Dari E.H.R!"
"Boleh kita berbincang sebentar?"Tegur gadis itu seraya memperkenalkan diri serta bertanya pula. Walter kelihatan serba tidak kena pula dia nampaknya. Sementara yang lain kelihatan agak teruja pula mereka bila melihat seorang gadis genit bertubuh montok serta memiliki sepasang buah dada yang agak menjolok mata ada sedang berdiri di hadapan mereka. Walter sebentar dia membingkas bangun lalu mengajak gadis itu untuk dudukserta bersama di situ.
"Maaf ya! Hanya biasa biasa sahaja!"
"Rumah orang bujang! Maklum sahajalah, ya! Bukannya tak tau!"
"Sila...duduk!"Pelawa Walter sambil meletakkan alas tempat duduk mereka tadi untuk gadis itu.
"His! Jangan susah susah sama saya! Biasalah...kalau orang bujang!"
Walter tersenyum mendengar kata kata gadis itu. Kelihatan dia membuka fail yang ada dibawanya bersama sambil membelek beleknya seketika. Walter sejurus dia pun bertanya kepada gadis itu sebagai membuka tajuk perbincangan mereka berdua di petang ini. Perbincangan kedua duanya itu turut disertai sama oleh mereka semua yang lain. Walter mula memahami isi kandung perbincangan mereka berdua setelah Ieter Corpact memaklumkan maksud tujuan sebenar kehadirannya pada petang ini. Mereka semua kelihatan tiada sebarang halangan dengan saranan daripada Wakil Pihak E.H.R yang didatangkan khas daripada Pihak Pentagon di Matsonvill itu. Mereka juga turut bersetuju untuk mematuhi segala prasyarat sepertimana yang telah dibacakan oleh Wakil Pihak daripada E.H.R sebentar tadi. Mereka berempat dinasihatkan supaya bersiap sedia dalam tempoh waktu seminggu daripada sekarang bagi tujuan maksud Pihak yang berkenaan itu.
YOU ARE READING
MY MESSAGE
Random@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com mokhtarbdullah@69gmail.com @idsideal.com @metoo.com @same2U.com SAME2U.COM # Deliver My Order. BAGAIMANA Matahari terbit dari Barat dan pula terbenam di waktu senja di sebelah Ti...