HANYA SATU ALASAN

2 2 0
                                        

♡2♡
*****

Januari 15,
GENERAL LEAD CORPORATION BERHAD,
MENARA G.L.C.

        PENGISYTIHARAN tarikh Hari Raya Aidil Fitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja di kaca TV semalam cukup membuat Aku tidak cukup tangan pada hari ni. Customer berbaris di depan kaunter macamlah Semut sedang beratur. Aku kerja sebagai Juruwang aje. Sudah hampir empat bulan sudah Aku bekerja di sini. Walau pun semuanya baru bagi Aku tapi Aku cukup senang bekerja sehari hari. Mereka bayar Aku gaji RM900-00 sebulan untuk tempoh percubaan. Setelah tamat tempoh itu Aku terus disambung kontrak kerja dengan bayaran gaji baru sebanyak RM1800-00 sebulan. Aku seronok bukan main lagi sekarang. Mana taknya. Mana lagi nak cari kerja dengan gaji sebanyak tu. Bila time gaji tiap tiap bulan Aku pergi cocoh MEPS kad di UMBC yang berhampiran. Pernah juga Aku berasa hati melihat Bank Staf di situ semuanya kacak kacak dan lawa belaka. Staf wanitanya pula mak oi jambu pulak tu. Aku bukan mendanya tidak. Cuma berasa terkilan pasal tak dapat kerja macam mereka. Kalaulah Aku kerja macam tu kang best. Angan angan Aku nak dapat awet dah mula sudah datang. Setakat ni Aku ada juga berkawan sorang dua dengan gadis gadis di G.L.C ni. Dekat lain pun adalah juga. Mereka semua baik baik belaka. Aku dilayan mereka macam adik beradik. Yang sorang tu namanya Amilia Nina Amelin. Mukanya macam Anak Mami Pakistan. Cun pulak tu. Yang sorang lagi namanya Sherina Maria Begun. Ada lagi. Ramai jugak pulak tu. Saja Aku tak ingat namanya. Yang paling rapat berkawan dengan Aku sekarang namanya Cik Fatimah Hani Binti Abdul Raof. Tinggalnya di Kampung Belakang Kubur dekat dengan Surau Kampung Ibnu Sinar. Usianya baru nak masuk 18 tahun tahun ni. Aku panggil dia Hani aje. Aku sebenarnya baru saja kenal dengannya. Sementelah hari hari Aku keluar masuk Restoran Yaki Yaki satu hari Aku berkenalan dengannya. Dia yang menegur Aku dulu. Kemudian entah macam mana Aku jadi berkenan pula dengan sikapnya. Apa lagi terus Aku rekemenkan diri untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Tak sangka betul dia pun minat sama Aku. Fikir Aku pada waktu tu. Lagi pun kami bekerja di kawasan yang sama di sini. Hingga hari ni dia kerja apa Aku sendiri tak pernah tanya. Yang pasti Aku sering melihatnya ada di sekitar kawasan berdekatan di sini. Aku kenal rapat dengannya pun pasal kebetulan tempat tinggal kampungnya dekat dengan kampung Aku. Berjalan kaki pun sampai. Nak ke jadi ceritanya Aku satu hari ada ke kampung itu. Hajat Aku hendak berjumpa seorang teman. Aziz namanya. Kebetulan hari tu hari minggu. Aku pada waktu tu kebetulan lalu di hadapan rumahnya di situ. Aku tak tahulah pula dia tinggal dekat situ. Sekali Aku ada ternampak dia sedang menyidai kain di tepi rumah. Aku agak terkejut juga bila terlihat dia. Rasa nak tegur dia datang tiba tiba aje. Aku rasa segan ke diri pula bila Aku fikir fikirkan. Aku tidaklah mentaksubkan diri mana sangat waktu tu memandangkan niat Aku nak ke rumah Aziz. Dalam hati Aku hanya Tuhan aje yang tahu. Maklum ajelah awet cun Aku kenal ada dekat dekat sini. Tiba di situ Aku panggil tapi tiada siapa di rumah. Aku tanoa berlengah terus Aku pulang. Aku kali ni terpaksa lalu di hadapan rumahnya sekali lagi.

"Hei! So!"

Dia menegur Aku sambil duduk di hadapan tangga. Aku apa lagi terus berhenti sambil buat buat terkejut. Tak adalah nampak sangat kata orang.

"Ish! Engkau rupanya!"
"Apa engkau dekat sini plak?"

Tegur Aku kembali sambil bertanya. Padahal Aku dah tau dari tadi lagi. Saja Aku. Alah macam biasalah. Bukan tak tau. Dia sedikit segan Aku lihat bila Aku bertanya begitu. Aku lekas lekas cover up air mukanya dengan berkata kepadanya.

"Alah! Apalah Aku ni! Ada ke tanya plak!"

Latah Aku dah mula datang. Aku kalau terserempak perempuan memang selalu macam tu. Asyik merapu entah apa apa. Aku waktu tu habis hensem Aku kontrol. Sebelum sebelum ni tak pernah lagi Aku hampa. Nasib Aku baik hari tu. Semuanya Ok dan berjalan dengan lancar. Kalau tak ada tergagap gagap juga Aku dibuatnya. Aku tanya lagi dia.

"Apa...Awak tinggal dekat sini err?"

Tanya Aku. Dia Aku lihat semacam pula. Lalu dia pun berkata menjawab pertanyaan Aku.

"Ha! Iya! Kenapa?"
"Awak plak...Mana datang sorang sorang ni?"

Tanyanya pula.

"Alah! Datang rumah kawan. Memang saya solo lagi! Tupasallah sorang sorang!"

Jawab Aku. Dia tergelak bila Aku bilang macam tu. Lalu dia bertanya Aku lagi.

"Apa plak awak ke situ?"
"Orang tanya lain...dia jawab lain plak!"

Tegurnya pula. Aku tersipu juga waktu tu tapi Aku cuba beranikan diri. Nasib tak gelabah Aku dibuatnya. Kalau tak mana nak taruk air muka Aku itu hari. Aku pun berkata.

"Alah! Jawablah jugak!"

Aku entah kenapa semenjak kenal dia Aku asyik suka menyangkatnya aje. Aku memang sukakan dia. Tambah tambah pula Aku memang kaki menyangkat kawan kawan. Aku tanya dia pula.

"Baru selesai jemur kain ke?"

Saja Aku tanya aje.

"Eh! Mana awak tau?"

Tanyanya pula sedikit hairan.

"Ish! Apa plak tak taunya! Rumah dekat aje!"

Balas Aku. Dia sambil hairan sambil memerhatikan Aku. Aku buat det aje. Pasal Aku suka lihat natural beautynya yang memang cun betul kalau Aku cakap. Dia pun tanya Aku lagi.

"Mana plak?"
"Takkanlah!"

Katanya.

"Iya! Betul apa?"
"Dekat aje!"

Tanyanya lagi kepada Aku sambil terasa ingin tahu pula kali ini.

"Mana satu rumah awak err?"

Aku pulak jadi gelabah.

"Tak! Saya bergurau aje. Rumah saya di kampung sanalah! Rumah kawan saya dekat sebelah rumah awak aje!"

Jawab Aku selamba.

"Oo...Sangkakan apa!"
"Awak...Betullah!"

Balasnya pula sambil mencebeh.

"Ha! Ya! Memang betul pun!"
"Tak caya err?"

Tanya Aku pula. Saja aje untuk menambahkan lebat bercakap dengannya. Sambil tu bimbang juga Aku kalau kalau Mak Bapak dia datang. Aku sambil berbual sambil memerhati ke arah di dalam rumahnya.

"Eh! Mak Ayah awak takda rumah ke?"
"Takdalah...Tanya aje!"

Tanya Aku sambil mula merasa risau.

"Eh! Ada eh!"
"Ada di dapur...sedang memasak!"
"Ayah pula...ke Kebun! Pungut Durian!"

Jawabnya. Aku sebelum apa apa baik Aku belah dulu. Kang payah plak nak menjawab. Aku pun lalu minta diri.









NAK CARI KERJAWhere stories live. Discover now