♡3♡
*****AHMAD kawan Aku ada mengajak Aku ke Bandar Pulau Semut pada pagi ni. Aku setelah selesai bersiap lalu Aku meninggalkan pesan pada adik Aku.
"Bilang sama Mak...Abang Ha keluar dengan kawan. Kalau dia tanya...Cakap Abang Ha ada kerja sikit."
Adik adik Aku semua baik belaka. Apa Aku cakap mereka dengar semuanya. Macam Aku zaman kanak kanak dulu. Kebetulan Ayah Aku tak ada di rumah pulak tu. Dia ke Bandar Sewang untuk membeli Anak Kerbau Jantan. Di sana dengar kata harganya murah murah. Anak Kerbau Hutan memang ada banyak dijual di sana. Mereka mereka yang berniaga ke sana kebanyakannya hendak mendapatkan haiwan tersebut untuk dipelihara. Aku tak nafikan satu hari nanti Aku mungkin bakal mengikut jejak langkahnya juga. Itu pun jika ada rezeki lebih lebih untuk Aku. Kalau adalah. Kalau takda pun tak menjadi halnya. Kalau diikutkan perasaan kita ni kadang tu boleh jadi tamak haloba dan tak bertempat langsung. Fikir Aku begitu. Bukan semua pun tapi baik beringat terlebih dahulu. Takdalah sudah terantuk baru nak terngadah. Fikir Aku ada juga benarnya.
Aku petang ni gembira bukan kepalang sekali. Kejayaan pertama dalam hidup Aku setelah Hani ada menyatakan minatnya terhadap Aku seminggu dua sebelum ini. Aku bagai hilang gelap timbul cerah pula di dalam hidup Aku sehari hari. Berjalan pun jejak tak berjejak aje rasanya. Aku telah berjaya mendapat kebenaran dari beberapa orang Pengusaha Restoran dan Mini Market di sekitar kawasan tempat Aku bekerja untuk meletakkan beberapa jenis sayur sayuran di Kedai Kedai mereka. Asalnya Aku merancang hendak berniaga kecil kecilan sahaja di sini. Memandangkan peluang dan kesempatan yang ada lalu Aku terus mencuba untuk membekalkan barang barang sayuran tersebut. Setakat ini sudah lima buah Kedai dan dua Mini Market telah bersetuju untuk mendapatkan bekalan yang ada Aku menyediakan. Malik kawan Aku telah pun bersetuju untuk menambahgiatkan lagi Projek Tanaman Sayur yang ada diusahakannya di sebuah Tapak Kebun miliknya sendiri. Aku selaku rakan niaganya akan memasarkan bekalan sayuran sayuran di mana mana Kedai atau Restoran yang sedia menerima tempahan dari kami. Kata orang adalah juga duit sampingan untuk dibuat belanja seharian nanti. Walau pun tak banyak tapi kurang kurang sudah lepas duit minyak. Aku niay lain takda. Cuma nak simpan Wang buat kahwin nanti. Hidup Aku di sini sehari hari asyik dikelilingi oleh gadis gadis cantik dan cukup menggoda pulak tu. Aku kadang tu hampir hampir terleka juga bila bersama mereka semua. Habis habis Aku buat det dan jalani hidup Aku seperti biasa macam takda apa apa hal langsung. Aku sendiri hanya Tuhan ajelah tahu betapa hati ini bagai meronta ronta hidup sehari hari. Maklum sajalah mereka semua bukan calang calang perempuan. Ada anak Datuk. Ada anak Mami. Ada anak Datin. Ada anak Tauke pun ada. Ada tu anak Pegawai Polis pun ada jugek. Pendek kata Aku ni hidup sehari hari macam tak khabar ingat ke diri langsung. Aku tapi itulah ceritanya.
Setelah selesai mencuci lalu terus Aku mengikat sayur sayuran dengan getah tanding. Malik dia sedang sibuk membersihkan lori untuk dimuat sayur ke Pasar sebentar nanti. Aku selesai saja terus memanggilnya."Lik! Engkau...kalau Aku cakap jangan terkejut."
Malik meleggokkan Kepala mendengar Aku berkata begitu.
"Apa dia?"
Sambil menanti dia memandang ke Aku. Aku tidak terus berkata tetapi Aku perhatikan kepadanya. Malik dia agak serius pula kelihatannya.
"Aku...Kalau jadi nanti. Aku nak minta sebuah Gerai di Pasar sana. Bolehlah kita lambakkan semua sayur ni di sana."
Malik sekali lagi memandang Aku. Dia sambil itu kelihatan memikirkan sesuatu. Aku tahu Malik dia memang bercadang begitu. Sudah lama Aku perhatikannya. Saja dia tidak menunjukkan riaksinya. Belang bercakap Aku merenung kepadanya. Dia kelihatan agak berminat pula nampaknya. Dalam pada itu Malik dia seakan ada sesuatu disembunyikannya daripada Aku. Aku cuba menyelongkar isi hatinya. Lalu Aku pun berbunyi dengan berkata kepadanya.
"Nanti...Kuih muih sama Ikan Daging plak!"
"Apa kata engkau?"Malik makin terbeliak biji mata bila Aku bilang begitu.
YOU ARE READING
NAK CARI KERJA
Aléatoire@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com Mokhtar6981 @mokhtar_en mokhtarabdullah69gmail.com @idsideal.com @metoo.com @same2u.com SAME2U.COM #Betul...Awak Nak Kerja? SETELAH jenuh menanti dan menunggu dia akhirnya merasa...