MALAIKAT MAUT DENGAN RAJA YANG SOMBONG

1 0 0
                                    

   Kata Wahab bin Munabbih: "Ada seorang raja yang hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu raja itu meminta pakaian yang cantik-cantik , walau pun banyak pakaian yang telah dicubanya namun dia tidak juga merasa puas hatinya.Akhirnya dia memakai pakaian yang paling baik sekali."

   Kata Wahab lagi: "Begitu juga dengan kenderaan yang hendak dinaikinya, banyaklh kenderaan yang dicubanya sehingga sesuai dengan kehendaknya.Setelah raja itu berpuas hati dengan keinginanya lalu datanglah iblis menghembuskan dalam lubang lubang hidung raja itu dengan sekali hembus, maka pada masa itu juga raja itu menjadi orang yang cukup sombong."

   Wahab meneruskan ceritanya: "Selepas itu datang seorang lelaki memberi salam, tetapi oleh kerana terlalu sombong raja itu tidak mahu mrnjawab salam lelaki tersebut.Lalu lelaki itu memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja itu."

   Oleh kerana lelaki itu memegang kuat tali kuda raja itu maka marahlh raja itu dengan berkata: "Lepaskan tali kuda ini,engkau telah melampau."

   Lelaki itu berkata: "Aku ada keperluan yang hendakku sampaikan kepadamu sekarang."

   Raja berkata: "Sabar,biar aku turun dulu dari kuda ini dahulu."

   Lelaki itu berkata: "Tidak, aku hendak sampaikan berita itu sekarang juga."

   Lekai itu tetap berkeras sehingga raja itu mengalah dan berkata kepadanya: "Katakan apakah keperluan yang engkau hendak."
Lalu lelaki itu berkata: "Ini adalah rahsia."

   Oleh kerana ada rahsia yang hendak disampaikan maka raja itu pun mendekatkan telinganya kepada lelaki itu dan lelaki itu pun berbisik: "Sebenarnya aku ini ialah malaikat maut."

   Apabila terdengar kata-kata lelaki itu maka gementarlah seluruh anggota raja itu dan dia berkata: "Wahai malaikat maut, tinggalkanlah aku buat seketika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah melihat mereka semua."

   Kata malaikat maut: "Tidak! Demi Allah,engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya."

   Setelah berkata demikian maka malaikat maut pun mengambil nyawa raja itu, dan jatuhlah raja itu dari kudanya bagaikan kayu yang pecah.Malaikat maut pun berlalu meninggalkan tempat itu.

   Perbezaan orang yang beriman dengan yang tidak beriman adalah sangat jauh,kalau orang tidak beriman maka matinya dalam penyesalan dan bagi orang yang beriman apabila datang malaikat maut dia akan menanti dengan ketenangan.

   Kita ikuti kisah selanjutnya tentang malaikat maut ini.Setelah malaikat maut selesaikan tugasnya terhadap raya yang sombong itu maka pergilah dia bertemu dengan seorang mukmin, lalu malaikat maut memberi salam dan orang mukmin itu menjawab salam tersebut.

   Malaikat maut berkata: "Sebenarnya aku ada hajat yang hendak disampaikan, tetapj aku hanya akan beritahumu dekat dengan telingamu."

   Orang mukmin itu berkata: "Silalah sebutkan hajatmu itu." Malaikat mautpun berkata: "Sebenarnya aku ini adalah malaikat maut."

   Orang mukmin itu lantas berkata: "Selamat datang,sudah sekian lama baru kamu datang kepadaku.Demi Allah! tidak ada di bumi ini tempat jauh hendak aku pergi, melainkan aku ingin berjumpa kamu."

   Malaikat maut berkata: "Kalau kamu ada apa-apa hajat silalah tunaikan dahulu."

   Orang mukmin itu berkata lagi: "Wahai malaikat maut, aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cinta aku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya."

   Malaikat maut berkata: "pilihlah bagaimana cara yang engkau kehendaki aku mengambil nyawamu."
  
   Orang mukmin itu berkata: "Sanggupkah kamu melakukan seperti kehendaku?."

   Jawab malaikat maut:"Ya, aku sanggup,katakan sahaja sebab sememangnya aku telah diperintahkan begitu."

   Kata orang mukmin itu: "Wahai malaikat maut,tinggalkanlh aku buat seketika kerana aku hendak mengambil wudhu dan aku hendak mengerjakan solat, setelah itu kamu ambillah nyawaku ini sewaktu aku sujud."

   Akhirnya malaikat maut mencabut roh orang mukmin itu ketika dia sujud menghadap Allah S.W.T.

 
Habis  lah jugak akhirnya...semoga korang dapat menjadikan cerita ini teladan dan memberitahu kawan korang untuk membaca...jika ada salah ejaan sama sekali saya minta maaf..assalammualaikum

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MALAIKAT MAUT DENGAN RAJA YANG SOMBONGWhere stories live. Discover now