Part 75

826 62 5
                                    

TAEHYUNG memandang Ixuna yang tersenyum aneh itu. Keningnya terangkat sebelah, hairan.

"Asal kau senyum macam tu? Omma dan appa dah balik ke?" kata Taehyung datar. Dia membetulkan cermin matanya, buku yang berada di tangannya menjadi santapan mata.

"Saja nak senyum macam tu. Diorang dah balik, kenapa abang tak turun tadi?" soal Ixuna.

Taehyung mengerling Ixuna sekilas.

"Malas?"

Ixuna hanya mengeluh dengan jawapan suaminya itu, dia tersenyum kecil sambil melabuhkan punggungnya disebelah Taehyung yang sedang bersantai sambil membaca buku di atas katil.

"Abang, bila abang nak bahasakan diri abang tu 'abang'? Sejak 'Aku kau', lepastu 'Awak saya' yang mana satu ni? Cuba abang biasakan diri dulu, abang juga yang cadangkan suruh Xuna panggil 'abang' kan?"

Melihat Taehyung seperti tidak mahu melayannya, dia merengus kasar sejurus merampas buku yang dibaca Taehyung itu lalu di simpan kedalam laci meja di tepi katil.

Taehyung hanya mendiamkan diri sambil memandang Ixuna tajam, dia hela nafas panjang. Mencuba untuk bertenang dan lawan rasa barannya yang sempat singgah dihati. Taehyung memeluk tubuh.

"Apa kau nak?" soal Taehyung malas.

"Sayang nak abang."

Taehyung tersedak air liur, tatkala mendengar kata-kata Ixuna barusan. Pipinya samar-samar berona merah. Dia berdeham.

"Ap.. Apa yang kau mengarut ha? Sayang? Sejak bila kau bahasakan diri kau 'sayang'? Gelilah." kata Taehyung sambil membuat muka geli geleman.

Wajah Ixuna berubah cemberut apabila melihat reaksi Taehyung itu. Dia merenung wajah Taehyung yang terhias oleh cermin mata bulat itu.

"Sejak satu saat yang lalu, kenapa tak boleh? Geli sangat ke?" kata Ixuna dengan suara yang berjauh hati. Dia memeluk tubuh sambil menbuang muka ke arah lain.

Senyuman yang hendak terukir dibibir, dia simpan.

"Terasa ke?"

Hanya angin malam yang menyahut pertanyaan Taehyung. Ixuna hanya membisukan diri.

Kepala digaru bingung. Dia merajuk ke? Ni yang aku lemah ni, aku mana pandai pujuk orang. Bisik hati Taehyung gelisah.

"Kau merajuk eh? Aku tak pandai pujuk weh, janganlah merajuk." kata Taehyung bersahaja. Bahu isterinya di cuit-cuit perlahan.

Mata Ixuna terguling ke atas. Dia tidak menyangka yang Taehyung akan berkata begitu. Musnah sudah harapannya, untuk tengok Taehyung memujuk dirinya.

"Wei, janganlah senyap. Tuhan bagi mulut untuk bercakap kan, bukan bisu. Kau nak jadi bisu ke? Orang cakap macam tu, dah nak sentap. Orang mengandung memang macam tu eh? Perasaan berubah-ubah, sensitif betul lah."

Terus pipi Taehyung dicubit oleh Ixuna kerana geram.

"Aduh! Sakitlah." Taehyung mengusap pipinya yang mula menampakkan kemerahan itu, dia memandang Ixuna geram.

"Padan muka. Baru tau ke yang orang mengandung ni sensitif? Ni baru sikit tau, tengoklah beberapa bulan lagi." kata Ixuna dengan senyuman senget.

Perasaan Taehyung mula berasa tidak tenang apabila melihat senyuman Ixuna itu. Namun dia menepis rasa itu, mungkin hanya mainan perasaannya sahaja.

"Asal kau senyum macam tu? Nak makan penumbuk?" kata Taehyung datar sambil menunjukkan buku limanya pada Ixuna.

Gelak Ixuna tercetus, dia tersenyum manis sambil mencubit pipi suaminya geram. Dia tahu yang Taehyung hanya bergurau, namun dia mahu melihat reaksi Taehyung.

"Baran tu, cubalah simpan sikit. Berani ke abang nak tumbuk sayang? Kalau abang tumbuk sayang, tu bermakna abang turut tumbuk anak kita yang ada dalam perut ni." ujar Ixuna bersahaja.

Mulut Taehyung terkemam, dia menjatuhkan pandangan matanya ke arah perut Ixuna. Dia menyentuh perut Ixuna yang sudah membuncit itu, perlahan dia mengusap perut Ixuna.

"Sorry baby, daddy hanya gurau aje. Daddy tak kan buat macam tu kat baby. Mommy kamu tu yang sensitif, cepat sangat sentap sekarang ni." kata Taehyung berbaur perlian, dia berhenti daripada mengusap perut buncit Ixuna.

Ixuna hanya tersenyum sahaja, tidak mengambil peduli dengan perlian Taehyung itu. Dia berasa ingin gelak pula apabila mendengar Taehyung membahasakan dirinya sebagai 'daddy'.

"Daddy sayang baby tau? Baby sayang daddy tak?"

"Auch! Daddy, mommy ke? Oh! Baby pun sayang daddy juga, sayang sangat!"

Ixuna menjawab pertanyaan Taehyung dengan suara di buat macam budak-budak. Namun entah mengapa, di pendengaran Taehyung suara Ixuna itu macam gedik sahaja. Meremang pula bulu romanya.

"Gedik betul lah suara kau tu, geli aku dengar. Baik aku tido, goodnight mak buyung."

Taehyung melepaskan cermin mata bulatnya lalu diletakkan di atas meja. Taehyung merebahkan tubuhnya, lalu mata dilelapkan. Tidak sampai beberapa saat, dia sudah terlena. Dengkuran halus keluar dari mulutnya.

Ixuna tercengang melihat Taehyung yang sudah terlena itu. Dia menggelengkan kepala.

"Cepat betul dia tido, baru aje aku nak balas dendam. Untung sayang."

Ixuna merebahkan tubuhnya disebelah Taehyung, tubuh suaminya dia peluk. Satu kucupan hinggap di pipi Taehyung, dia tersenyum tatkala melihat wajah Taehyung yang damai di ulik mimpi itu.

"Goodnight too my beloved husband."

******
Tbc.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now