Part 88

672 51 2
                                    

TAEHYUNG merenung Ixuna hairan, anak matanya mengedar di segenap ruangan tamu itu.

"Abang cari apa?" soal Ixuna apabila perasan akan gelagat suaminya yang seperti mencari sesuatu.

"Nana mana? Dia dah tido ke?" soalan berbalas soalan. Taehyung melabuhkan duduk di sebelah isterinya.

"Oh! Nana pergi rumah nenek dia, semasa abang keluar dengan Mingyu tadi, omma sayang datang. Katanya dia rindu kat Nana dan dia nak culik Nana untuk dua hari. Abang okey aje kan?" jelas Ixuna jujur.

Kepala Taehyung terangguk perlahan, dia melentokkan kepalanya di bahu Ixuna.

"Abang okey aje. Lagipun bagus juga kalau budak kecil tu tak ada, bolehlah abang nak bermanja dengan sayang. Hehe." kata Taehyung dengan nada suara nakal. Dia tergelak kecil.

"Mengada. Sebelum ni, tak boleh nak bermanja ke?" soal Ixuna bersahaja.

"Tak boleh. Kalau abang nak bermanja dengan sayang, mesti Nana datang ganggu. Tau nak potong line kita aje." rungut Taehyung kesal akan perangai anaknya yang nakal itu.

Ixuna hanya tersenyum sahaja sambil mengusap rambut Taehyung perlahan. Sebut pasal rambut, Taehyung sudah mewarnai rambutnya kembali daripada biru kepada hitam sejak tahun yang lepas.

"Ala, mungkin dia jeles tengok daddy dia bermanja dengan mommy dia. Dia pun nak bermanja juga bukan daddy dia aje kan?" kata Ixuna dengan suara mengejek.

Taehyung mendengus jengkel seraya membetulkan kedudukannya. Wajah Ixuna dipandang datar.

"Whatever. But.."

"But?" kening Ixuna terangkat sebelah tatkala melihat wajah Taehyung yang berubah nakal itu.

Taehyung mendekatkan wajahnya kepada Ixuna sehinggalah hidung mereka bersentuhan. Pipi Ixuna berona merah kerana dirinya ditenung tajam oleh Taehyung sedemikian rupa.

"But, sayang tak rasa nak tambah stok ke?"

Dahi Ixuna bertaut sempurna apabila mendengar kata-kata yang agak kurang di mengerti olehnya.

"You mean?"

"Tak nak tambah stok baby baru ke? Nak?" kata Taehyung dengan muka polosnya. Dia tersengih-sengih.

Wajah Ixuna berbahang hebat dengan spontan dia mendorong tubuh Taehyung kasar.

"Yah! Nakal punya suami!" jerit Ixuna geram berbaur malu.

Taehyung hanya terkekek geli hati melihat wajah kemerahan isterinya. Kepala Ixuna diusap kasar lalu dia mendaratkan sebuah kucupan kudus didahi Ixuna.

"Abang tak akan paksa, kalau sayang tak sedia lagi nak tambah stok baru. Kalau sayang dah sedia baru.."

Belum sempat Taehyung selesaikan kata-katanya, Ixuna sudah mencium bibirnya. Mata Taehyung membulat lebar, secara tiba-tiba dia tersedu.

"Apa yang.."

"Sayang sedia."

•••••

Keesokan harinya..

SEPUCUK surat yang berwarna krim, terdampar diatas meja solek itu menarik perhatian Ixuna.

"Surat apa ni? Ke abang tertinggal kertas kerja dia?" bisik Ixuna hairan, tangannya mencapai surat tersebut. Kerana rasa panasaran, Ixuna bertindak untuk membuka surat tersebut.

Mulut Ixuna terbuka kecil selepas membaca serangkai kata yang terukir indah dipermukaan dada surat tersebut.

Jumpa abang petang ni di pantai yang biasa kita pergi tu okey? Bye luv.

Ixuna tersenyum suka. Surat tersebut dia simpan di dalam laici. Jam dinding bilik, dia kerling.

"Dah masuk pukul 9 pagi. Hmm, nak pakai baju apa eh karang? Taehyung pun satu hal, suka sangat buat kejutan." monolog Ixuna sendirian. Kepalanya yang tidak gatal, digaru perlahan.

"Hmm, daripada aku pening kepala nak fikir pasal baju lebih baik aku kemas rumah dulu ada baiknya juga." 

Sebelum keluar dari bilik, Ixuna mengerling ke arah sesuatu yang berada di atas meja solek lalu bibirnya mengulas senyum kecil.

"Aku harap Taehyung suka dengan berita yang akan aku kasi tau dia nanti. Haraplah." bisik Ixuna perlahan.

Dia keluar dari bilik dengan perasaan yang semangat. Kalau Taehyung ada kejutan untuknya pada petang nanti, dia pun ada kejutan tersendiri juga buat suaminya itu. Ixuna tersenyum suka.

******
Tbc.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now