S A T U

61 2 0
                                    

" Skrrrrtttttttt .... bboommm "

" Wei tolong call ambulance dengan polis . Ada kemalangan ni "

" Tolong ! Tolong ! Ada orang masih hidup kat dalam kereta tu . Tolong keluarkan dia dari kereta tu "

..............

" Kira kira sekitar jam 2 petang tadi kemalangan telah berlaku antara sebuah kereta dan sebuah motorsikal di Kuala Selayang . "

Sedang ralit aku bermain telefon bimbit di hadapan tv tiba tiba terdengar suatu berita kemalangan di sekitar kawasan tempat aku tinggal .

Pada mulanya aku agak terkejut . Lalu aku membuka aplikasi "Whatsapp" di telefon ku untuk mengetahui perkembangan terkini tentang kemalangan tersebut .

-Wei , korang tengok tak berita tadi ?- ika

-Tengok ah . Korang rasa siapa tho yang accident tu- lily

- Tah ah . Tapi yang bawak kereta tu perempuan kalau tak silap aku . Dia bawak anak dia sorang . Kecik lagi - arif

- aku dengar cerita kereta tu bawak laju , lepastu dia brek banyak kali tapi brek dia tak makan . Tu yang terbabas langgar motor tu - azim

- wei kesiannya . Dia dengan anak dia macam mana . Meninggal di tempat kejadian ke apa ? - suraya

- tak silap aku . Orang yang bawak motor tu meninggal time otw pergi hospital . Tapi yang pemandu kereta tu meninggal di tempat kejadian - azim

- anak dia macam mana ? - kirana

- anak dia cedera parah . Sekarang kat icu hospital kuala selayang - razak

- Ya Allah . Innalillahiwainnailaihirojiun - amir

(259 unread messages)

Ya . Group kelas aku memang mengikuti perkembangan terkini . Cuma aku jela mampu jadi " cctv " je dalam group kelas tu .

*********

Sebaik tiba sahaja aku di kelas rakan rakan ku semuanya masih lagi berbahas tentang semalam . Curious betul diorang ni .

Aku masih duduk termangu di tempat duduk ku . Memikirkan tentang "spm" yang lagi dua bulan sahaja . Tiba tiba hati ku terdetik . Bagaimana pula kehidupan aku lepas SPM nanti . Adakah semuanya baik baik sahaja . Adakan aku akan sambung belajar seperti yang aku impikan selama ini . Bagaimana pula dengan result SPM ku ? Bolehkah aku mendapat straight A's setelah apa yang aku usahakan ? Lepas SPM nanti aku nak buat apa? Kerja sambilan ? Ke duduk je kat rumah ? Kalau kerja sambilan , aku nak kerja apa? Kerja tu sesuai ke dengan aku ?

Kadang kadang aku rasa , aku terlalu banyak memikirkan tentang masalah yang belum terjadi atau takkan terjadi . Aku memang overthinking orang nya .

" Bangun semua . Assalamualaikum Cikgu " kata Azim selaku ketua kelas

" Ok semua boleh duduk . Harini saya relief dekat kelas ni . Saya ganti kan cikgu Zain untuk dua minggu ni . Jadi , saya yang akan take over kelas ni untuk mengajar sains selama two weeks " kata cikgu Maryam .

Aku agak terkejut jugak sebenarnya . Tapi , bukan aku sahaja yang terkejut. But the whole class . Aku berpikiran positif . Mungkin cikgu mengerjakan umrah bersama keluarga nya .

" Wei kau rasa cikgu pergi mana ? " tanya sahabat baikku .

" Tah ah . Kot kot dia pergi umrah agaknya dengan family dia " kataku .

" Haah kan . Kenapa la aku tak terfikir " katanya lagi

" Ok semua . Keluarkan buku SPS muka surat 78 " kata cikgu Maryam

Dan sesi pembelajaran pun sudah bermula .

Layakkah AkuWhere stories live. Discover now