" Macam mana dengan pencuri itu, Encik Hwang?" tanya Taehyung kepada detektif yang hanya berbaju peluh berwarna putih itu.
" Kami telah memberkas penjenayah tersebut dan akan disoal siasat oleh saya sendiri pada pagi nanti. Buat masa sekarang, kami akan merekod barang-barang yang dicuri oleh penjenayah tersebut sebagai bukti dan disimpan di bilik simpanan bukti buat sementara waktu sehingga kes ini selesai," kata Detektif Hwang Minhyun itu. Taehyung hanya mengangguk faham.
" Kalau itu sahaja, saya minta diri dulu," kata Taehyung sejurus itu bangun dari kerusi lalu menundukkan sedikit tubuhnya, menunduk hormat detektif tersebut dan detektif itu berbuat demikian juga.
Taehyung melangkah keluar dari Balai Polis Seoul dan menuju ke keretanya. Kelihatan dari cermin hadapan keretanya, Hana sudahpun tertidur di tempat penumpang hadapan. Gadis itu kelihatan penat dan memerlukan rehat. Pagi nanti ada majlis pembukaan kafe pada pukul sepuluh pula. Dia risau Hana akan jatuh pengsan pada hari penting itu kerana gadis itu sangat teruja ketibaan hari tersebut. Banyak idea dan tenaga yang dicurahkannya untuk menunjukkan kelainan kafe tersebut.
Taehyung menyeluk poket kot labuhnya dan mengeluarkan iPhone.
4:46 A.M
Hujung keningnya diurut lembut dengan mata terpejam sekejap. Tinggal beberapa jam sebelum pukul lapan dan dia dan Hana akan ke kafe untuk persiapan akhir untuk majlis pembukaan kafenya. Penatnya jangan ditanya. Dia hanya mahu berbaring di atas katil empuk dengan suasana gelap dan hangat di dalam selimut tebal dan mahu tidur sepuas-puasnya. Esok pagi dia kena uruskan pintu yang dipecahkan oleh pencuri tersebut dengan tukang pintu. Tengahari nanti pula, dia perlu ke kilang pemprosesan biji kopi untuk menguruskan penghantaran biji kopi yang akan dihantar ke kafenya.
Banyaknya kerja!
Taehyung segera memasuki ke dalam perut kereta mewahnya dan memecut laju pulang ke rumah Hana. Dia mahu melelapkan mata seketika sebelum menjelang pagi. Dia benar-benar memerlukan tidur.
***
Hana terjaga apabila telinganya menangkap bunyi penggera yang sudah disetnya sebelum tidur malam tadi. Perlahan-lahan Hana mengesot ke birai katil lalu menekan butang di belakang penggera tersebut. Habis terbalik penggera tersebut akibat terlanggar dengan belakang tangan Hana. Hana mengeluh kecil sebelum membuka perlahan-lahan matanya. Keadaan bilik tidurnya yang agak malap dan sejuk akibat aircond itu membuat Hana ingin menyambung kembali tidurnya. Namun, dia teringat akan majlis pembukaan kafe tempat kerjanya, dia gagahkan untuk membuang rasa kantuk di matanya.
Hana menoleh ke kanan dan kelihatan Taehyung sedang tidur pulas disebelahnya. Perlahan-lahan bibirnya terukir senyuman kecil. Mesti lelaki itu keletihan dengan apa yang berlaku pagi tadi. Rambut hitam Taehyung diusap lembut sebelum dahi luas lelaki itu dicium sekilas. Hana mengerling sekilas jam yang tergantung di dinding.
6.04 pagi.
Hana hanya membiarkan Taehyung tidur di atas katilnya untuk beberapa minit dan Hana bangkit dari katil dan menuju ke bilik mandi. Dia mahu membersihkan diri.
***
" Awak dah bangun?" tegur Hana setelah kelibat Taehyung muncul di ruang tamunya.
Dengan muka mamai dan rambut kusut Taehyung mengangguk kecil sebelum menarik kerusi makan dan melabuhkan duduknya.
" Terima kasih sebab tolong saya," ucap Hana ikhlas lalu meletakkan sepinggan pancake Blueberry kepada Taehyung. Hana duduk berhadapan dengan Taehyung.
Kelakuan Hana menuang jus oren ke dalam gelas lalu meletakkan di hadapan Taehyung hanya ditatap dengan pandangan kosong. Hana yang perasan Taehyung merenungnya segera menegurnya.
YOU ARE READING
[H] D R E A M || KTH
FanfictionMimpi, sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur. Bermimpi, melihat sesuatu dalam mimpi. Bagi Hana Park, mimpi yang sering muncul di lena tidurnya bagai sebuah televisyen yang rosak, berulang kali muncul di dalam lenanya. Dan setiap kali dia...