"Hah, kau ni dari mana Taehyung? Awal-awal pagi lagi kau dah menghilang, " tanya Jimin setelah mendengar pintu utama berkuak dari luar.
"Dah tak ingat jalan balik rumah ke? " perli Jimin pedas. Taehyung mendecit menyampah yang amat dengan budak pendek ni.
Jimin menyuap satu sudu besar ais krim perisa coklat kedalam mulutnya sambil matanya melekat di skrin televisyen. Drama Touch Your Heart ditayangkan. Tak sangka Jimin minat drama korea juga.
Taehyung meletakkan gugusan kunci di atas meja kopi dan menghempaskan tubuhnya di atas sofa di sebelah Jimin. Matanya ditala ke skrin televisyen. Oh, ada pelakon Yoo In Na lah.
"Aku pergi breakfast dekat cafe favourite aku, " kata Taehyung selamba. Tangannya disilangkan di dadanya. Jimin menoleh Taehyung dengan pandangan tidak percaya.
"Ala, kenapa tak ajak aku? Aku pun nak breakfast kat cafe tu juga, " kata Jimin sedih. Jimin mencebik sedih teramat. Terliur Jimin dibuatnya.
Terbayang roti cheese bakon dan kopi bancuh perisa kacang. Memang umph!
"Aku dah ketuk pintu bilik kau. Kau diam je, jadi aku pergi la sendiri, " jelas Taehyung dengan selamba. Jimin mendengus geram."Kau pula, bila nak duduk rumah sendiri? Semak je duduk sini, " balas Taehyung pedas. Jimin mencebik geram dengan Taehyung.
"Releks boleh tak? Minggu depan macam tu aku duduk balik la rumah aku tu. Kau pun tahukan rumah aku tu sedang dalam pengubahsuaian. Kau ni bersabar pun tak boleh ke? " terang Jimin dengan hati yang sakit.
Taehyung merampas semula bekas ais krim coklat daripada Jimin dan menayang wajah bengis.
"Macam mana aku nak bersabar? Kau rembat ais krim aku. Suka hati kau je sedap-sedap balun ais krim aku. Ada nama kau ke kat bekas ni? " soal Taehyung geram sambil menunjuk-nunjuk bekas ais krim tersebut.
Nasib kawan baik, kalau tak aku picit-picit sampai lembik.
"Yela, sorry. Nanti aku ganti baru. Baskin robbins lagi, " janji Jimin dengan menayangkan eyes smilenya.
Jari kelingking ditunjukkan kepada Taehyung dan Taehyung mengaitkan jari kelingkingnya dengan jari halus Jimin.
Mata Taehyung merenung kosong televisyen yang sedang menayangkan drama bersiri Touch Your Heart. Jasadnya berada di situ namun jiwanya melayan entah ke mana.
Sebenarnya, Taehyung berbohong pada Jimin tentang breakfast itu.
Realitinya, dia ke rumah Hana pada awal pagi selepas dia terjaga dari tidurnya kerana mimpi itu muncul lagi di dalam lenanya. Entah kenapa hatinya tergerak untuk pergi ke rumah Hana. Dia sendiri tidak tahu.
Fikirannya mula kusut apabila berfikir tentang budak perempuan yang kerap kali muncul didalam mimpinya. Jujur dia katakan, dia penat dengan mimpi tersebut.
Setiap kali dia cuba ingat kembali mimpi tersebut, ia seakan kabur dan adakalanya gambaran dari mimpi itu hilang dari memorinya setelah dia terbangun dari lenanya.
Imej budak perempuan itu jugak samar-samar dalam mimpi itu. Dia hanya dapat menggambarkan budak perempuan itu mempunyai kulit putih mulus, berambut hitam panjang dan paling merunsingkan Taehyung, satu habuk memori tentang budak perempuan itu langsung tiada di ingatannya.
At least, bagilah petunjuk macam tanda lahir ke, parut ke. Bolehlah dia cari. Kalau kekurangan klu, memang susah la jawabnya.
Jimin menoleh Taehyung disebelahnya. Berkerut-kerut wajah Taehyung dilihatnya.
"Kau kenapa? Sakit kepala? " tanya Jimin risau apabila tangan Taehyung memicit-micit dahinya.
Taehyung menggeleng kepala lalu beredar naik ke bilik tidurnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/183807744-288-k358370.jpg)
YOU ARE READING
[H] D R E A M || KTH
Fiksi PenggemarMimpi, sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur. Bermimpi, melihat sesuatu dalam mimpi. Bagi Hana Park, mimpi yang sering muncul di lena tidurnya bagai sebuah televisyen yang rosak, berulang kali muncul di dalam lenanya. Dan setiap kali dia...