ⓒⓗⓐⓟⓣⓔⓡ ⓢⓔⓥⓔⓝ

1.9K 200 48
                                    



















Chapter 7 - Almost lost Control

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 7 - Almost lost Control.





































Jeon jungkook memisat biji matanya tatkala sinaran matahari memancar tepat pada wajahnya, dia mengerang kesakitan sambil memegang kesan luka pada perutnya.lelaki itu mula duduk di birai katil dan melihat sekelilingnya..

"Ni bukan bilik aku.."bisiknya sendiri.otaknya memutarkan memori semalam, dimana song ji hyo membawa dirinya ke apartmentnya dan merawatnya.

Jungkook mula tergelak sendiri, malam semalam wanita itu sungguh comel..wajahnya serius dan asyik mengomel sambil termuncung sahaja bibirnya ke hadapan semata-mata mahu merawat lukanya yang tidak berapa dalam..aishh kalaulah girlfriendnya sudah lama dia menyambar wanita itu.

Dia mula bangun perlahan lahan bangun dan berjalan keluar daripada bilik, niatnya pada mulanya baru terus berjalan keluar daripada apartment wanita itu tetapi entah mengapa hatinya terdetik mahu melihat sekeliling barangan diruang tamu itu.

Terus dia berjalan mengelilingi ruangan tersebut, matanya seolah olah terpegun dengan keunikan barangan di situ.terdapat pelbagai ukiran kayu dan pelbagai alat muzik..dan akhirnya pandangannya jatuh pada sebuah bingkai gambar yang terletak bersebelahan dengan televisyen.

Bingkai Gambar kecil tersebut dibelakangkan daripada pandangan orang.dia mahu melihat siapa di sebalik bingkai gambar tersebut dan jari jemarinya mencapai bingkai gambar itu.

Di saat dia memalingkan gambar itu, jungkook membulatkan matanya.automatik lidahnya menolak sisi pipi kanannya daripada dalam mulut.

Satu perkataan.

Bengang.

Dia bengang dengan apa yang dia lihat.

Ianya..gambar perkahwinan song ji hyo dengan seorang lelaki berambut perang, berwajah beku tanpa riak.

"Jadi..dia dah berkahwin."bisiknya sendiri sebelum ketawa sinis.

Sudah semestinya dia patut syak, wanita cantik dan lemah lembut begitu sudah berpunya..

Jungkook meletakkan semula gambar tersebut pada tempatnya semula.tiada lagi senyuman arnabnya.wajahnya serius.kakinya kini mula bergerak ke arah lain iaitu menuju terus ke arah bilik song ji hyo.

Tap..tap...tap..

Dengan berhati-hati dia mendekatinya sehingga berada betul-betul di hadapan bilik wanita itu.pintu biliknya yang tidak ditutup rapat dan terdapat ruang kecil di situ, memudahkan jungkook menatap tuan empunya badan.

KILL THIS LOVE! (18+) --[DIS]Where stories live. Discover now