Bab 1

6.9K 110 2
                                    

Prolog 1

Aku telah merasakan pahitnya kau tinggalkan,

Pernahkah di hatimu mencintaiku...

Tak akan pernah habis kasihku padamu,

Selama jiwaku masih untukmu...

Jangan pernah kau biarkan aku,

Untuk kembali pada kekasih aku yang lalu...

Aku hanya ingin mendampingimu,

Hingga nadiku tak dapat engkau rasakan...

(Kredit : Siti Nordiana - Hatiku Milikmu)

Prolog 2

SEJAK tadi, dia hanya mampu memandang wajah lelaki yang mendongak tinggi padanya yang ada di beranda. Dalam persalinan yang begitu indah. Putih. Dia pernah harapkan malah dalam setiap sujudnya, hanya lelaki itu menjadi pendampingnya.

Seketika, telefonnya bergetar. Dian lekatkan telefon ke telinga dengan perasaan yang bercelaru.

"Pernah tak saya puji awak sebelum ni, Cik El?" soal Nel lembut.

Dian tak jawab. Dia hanya menggeleng kerana Nel dapat lihat setiap tingkah dan riak wajahnya.

"Awak terlalu cantik di mana saya, Cik El..." puji Nel tiba-tiba.

Dian tekup mulut. Menahan sebak. Setelah sekian lama, ini pertama kali Nel memujinya.

"Raut awak dan hati awak, kedua-duanya cantik. Jujurnya sejak awal saya tergoda. Banyak ujian yang mampu saya kalahkan, awaklah satu-satunya ujian yang begitu sukar untuk saya hadapi..." akui Nel.

Dian diam lagi. Hanya terus menatap Nel.

"Pernah tak saya cakap, saya cintakan awak?"

Sekali lagi, Dian geleng. Birai matanya mula terasa basah.

"Saya cintakan awak, Cik El. Sejak hari pertama awak melangkah masuk ke dalam kafe tu. Padahal saya dah janji dengan diri sendiri untuk cintakan Tuhan saya, Nabi saya dan orang tua saya saja. Cukuplah itu. Tapi, fitrahnya manusia biasa macam saya... Jatuh cinta pada wanita sehebat awak. Awak cinta saya, kan?"

Dian mengangguk laju. Tak usah Nel tanya, kata-kata dan bahasa tubuhnya begitu lantang berbicara tentang perasaannya pada Nel.

"Tapi, Cik El... Merancang itu hak kita. Tapi..."

Nel sengaja matikan kata.

"Cakap sesuatu. Saya rindu suara awak..."

Ehem. Dian berdeham panjang.

"Ketentuan itu milik Tuhan," sambung Dian dalam suara yang serak.

Mata kuyu Nel mengerdip sekali.

"Awak reda, Cik El?"

Sekali lagi, Dian diam. Bahagia itu ada pada hati-hati yang reda. Itu pesan Nel setiap kali pun. Dan, dia mahu bahagia.

Perlahan, Dian angguk.

"Awak reda, Encik Nel?" soalnya pula.

"Demi bahagia awak. Sejak awal saya reda..."

Saat ini, Dian tersenyum tapi air matanya jatuh ke pipi bila lelaki itu mula berlalu. 

Bab 1

MATANYA tunak merenung asap yang berkepul daripada cawan kopi yang baru saja sampai di depan mata. Suasana Cafe Roma terasa hening.

Hari minggu... Biasalah begini. Dia lebih senang duduk bersendiri. Katalah dia kera sumbang, dia tak kesah. Kerana hidup ini bukan selamanya akan berteman. Sampai masa, dia akan sendiri. Yang menjadi teman untuk teruskan hidup hanyalah kecekalan. Kerana itu dia ada di sini biarpun di sini pernah mencipta segaris luka dalam hatinya.

Sugar?Where stories live. Discover now