بسم الله الرحمن الرحيم...
Zuhud Dalam Kehidupan
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ
Dari Sahl bin Sa'd As Sa'idi dia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW seraya berkata, "Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku." Rasulullah SAW bersabda: "Berlakulah zuhud dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain nescaya kamu akan dicintai oleh manusia." (HR Ibnu Majah No: 4092) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Zuhud bermakna bersederhana dalam kehidupan, tidak memandang dunia melebihi akhirat namun dalam masa yang sama tidak meninggalkan dunia secara keseluruhan.
2. Zuhud tanpa keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa melainkan menjadi riak dan takabur.
3. Sifat zuhud dapat mendidik manusia sentiasa merasa bahawa apa yang dimiliki didunia hanya pinjaman daripada Allah dan tidak akan kekal.
4. Zuhud bukan bererti menolak dunia malah dia akan bekerja bersungguh-sungguh dengan niat semata-mata kerana Allah. Menggunakan segala yang dimiliki dalam usaha memberi khidmat kepada orang ramai dan hanya mengambil sekadar yang perlu.
Jadikan sifat zuhud sebagai pakaian. Moga kita diberkati Allah ❤
YOU ARE READING
Dakwah sang ulat
CasualeTak semestinya kisah silam kita harus dibawa ke masa hadapan. Kalau bawak kereta asyik toleh ke belakang pun akan terbabas kan? Sama jugak macam life. Teruskan perjuangan mu untuk berubah, Allah sangat menyayangi kamu 💚