Makin masa melangkah,
Makin dekat diri dengan harinya.Bila pandang jauh, bila fikir dalam
Hidup ini pendek, singkat.
Siang ini mungkin megah berdiri,
Malam ini lemah terbaring barangkali.Terkadang tiada sangka masa makin tiba.
Dalam perlahan diri cuba bangun gagah, namun kudrat makin menipis.Perlahan lahan harus terima,
Masa pergi tiada tangguh.
Waktu itu hanya harap lisan menyebut kalimah keramat.Dosa lama akan terpancar, hutang tersimpan belum lunas.
Sebelum tinggalkan rumah sementara, ingin segala urusan selesai, dengar kata ampun.
Moga di alam baru dipermudahkan.- atuk, orang rindu banyak. Rasa mcm sekejap je kita bersua. Kadang kadang bila dingin malam, naluri berdetik semuanya bagai coretan cerita, tapi akal laju menegah bahawa ini kenyataan. Makin lama makin akal dapat terima bahawa hidup ini singkat. Terlalu singkat. Rasa macam semalam baru bertemu tapi hari ni kita berpisah. Masa sungguh cemburu kita kan? Moga esok kita dapat jumpa dekat syurga Allah.
YOU ARE READING
Aku tulis.
RandomAku tulis apa aku rasa. Aku luah ini, dalam satu Album. Tapi aku nak simpan sini. . Orang bilang, wattpad banyak pencuri. Semoga mereka dapat balasan yang setimpal. AAMIIN