Keinginan seorang ibu

1 0 0
                                    

Kelihatan dia termenung lama,
Terlalu dalam fikirannya,
Tanpa bergerak seinci dari tempat berehatnya.
Dikelip mata perut menahan rasa.

Dahi dipenuhi kedut tanda usia makin di penghujung
Menanti kepulangan anak, tiada tiba.
Isnin bertemu isnin hanya sebentar munculkan diri,
Hanya bermain difikirannya, masa ku makin hampir tiba.
Sang anak, terleka dek amanah oleh manusia,
Nafkah 1 ribu sebulan menjadi sebagai tanda tanggungjawab,
Barangkali penyedap hati; aku memberi ibu merasa,
Tidak terfikirkah, ibunya itu hanya mahu 1 ribu minit bersama anak?

Aku tulis.Where stories live. Discover now