"Perempuan"
Perempuan dicabangkan dengan pelbagai cabangan, baik, liar dan jahat. Minda perempuan sukar untuk difahami dan mudah untuk dikasari. Perempuan mempunyai 9 nafsu namun malangnya 1 akal. Oleh kerana itu, perempuan mudah membuat keputusan berburu-buru tanpa berfikir kerana mereka hanya mempunyai 1 akal dan mampu bergantung padanya.
Kita ceritakan tentang seorang isteri,
dahulunya isteri ini seorang yang bekerjaya, bijak menguruskan diri sendiri dan kuat berusaha. Setelah berjumpa dengan lelaki pilihan hati, si isteri mula bernikah dan korbankan semua masa silamnya. Korbankan kerjayanya, masanya dan tenaganya hanya untuk seorang lelaki yang dia cinta. Sepenuh hati, si isteri cintakan lelaki itu sehingga dikurniakan rezeki anak. Si isteri tiada masa, perlu berkorban masa untuk lelakinya dan anaknya siang malam bertungkus lumus menjaga hati, menjaga pemakanan dan pemakaian anak dan lelakinya. Namun sayang, isteri sanggup mengorbankan segala apa yang dipinta tetapi lelakinya keluar bekerja sambil mencari peluang untuk bahagia tanpa isteri di sisi, setiap hari, setiap malam. Isteri menangis meratapi kerana seorang lelaki yang dia cinta.Seorang isteri itu adalah seorang ibu, apa perasaanmu lelaki jika ayahmu berbuat sedemikian?
Si lelaki meniduri perempuan-perempuan liar dengan melupakan batasnya pada tuhan, lupa janjinya pada tuhan untuk menjaga isterinya. Setiap hari, isteri menunggu lelakinya pulang, setiap hari anaknya bertanya di mana bapanya? Setiap hari, si isteri perlu menunggu dan menjaga hati lelaki dan anaknya. Pengorbanan menjadi perempuan ini besar, Tuhan itu sayang pada perempuan kerana perempuan hatinya lembut dan mudah memaafkan.
Perempuan itu berkorban kerjaya,
Perempuan itu berkorban masa,
Perempuan itu berkorban tenaga,
Perempuan itu bertarung nyawa,
Perempuan itu berkorban airmata,
Perempuan itu memberi kesabaran dan kemaafan.Tetapi,
Lelaki itu bertanggungjawab memikul dosa,
Lelaki itu perlu bekerja,
Lelaki itu perlu jaga hati isterinya.Kerjanya mudah tapi nafsu di dada tak mampu melawan.
Fahamilah mereka, kerana mereka berhak dilayani seperti manusia dan bukannya benda.
Ibumu itu perempuan,
Kakakmu itu perempuan,
Lelaki itu ayahmu,
Abang itu juga lelaki.Kasihi sesama sendiri, hidup aman tanpa perselisihan faham.