Baik tapi tidak

12 0 0
                                    

Setelah sekian, kali ini kembali dengan episod yang mendustai. Tempat ini sahaja mampu aku luahkan emosi yang selama ini tergantung. Terseksanya dengan perbuatan kejam terhadap mental kami. Andai dia tahu apa kami rasa, mungkin tidak dan mungkin ya dia berhenti. Terkadang terdetik untuk berhentikan perasaan yang kejam itu dengan diri kami tapi mustahil berlaku. Itu satu metafora untuk mereka yang hancur, lemah dan berputus asa mencari bahagia. Di sini, aku menaip dengan seribu satu kata tanpa ada soal tanya tentang apa yang berlaku. Ada yang membaca dan ada yang mengenali aku dengan baik. Lihat dan baca baik-baik. Aku bukan orang baik. Bukan semua manusia itu baik. Mungkin tidak pernah berjumpa dengan seorang pun yang baik tapi mereka cuba untuk jadi baik. Aku berhenti dengan jiwa kacau dan bermula dengan sadis. Betapa sadis dan kejam berlakuan seperti ini. Sekali kau pergi meninggalkan kami dan terbukti. Jangan pernah bantu lagi. Kami berhenti. Berhenti dengan kerja kami yang kami buat setiap hari. Dia pun penat dengan apa yang jadi. Aku pun tak kisah dengan apa yang jadi sekeliling. Aku tak mampu menjaga rahsia dan berdiam. Hanya ini sahaja aku mampu luah walaupun masih ada perkataan yang bersembunyi. Tiada apa lagi nak dikatakan lagi. Aku tak sedih dan tak menangis kerana aku letih.
Penat mendengar dan melayan.
Mungkin aku salah seorang yang berputus asa.
Sampaikan satu tahap, aku putus asa dengan hidup.
Orang yang jadi pendam boleh jadi sakit.
Apatah lagi yang senyum tapi berlagak bodoh sedih dia.

Sekian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

...Where stories live. Discover now