Hanya Tentang Aku

13 0 0
                                    


Lama aku tak menulis di atas buku atau mengeluarkan pena yang memberi aku kehidupan semula dan hari ini, aku menaip semula cerita. Cerita aku tak seindah sesiapa dan aku hanya manusia biasa yang terasa semua ini asing bagi diri sendiri. Aku tak dilahirkan dalam keluarga yang senang, dilahirkan dalam keluarga yang berusaha mendapatkan apa yang ingin dicapai, yang hanya menjual burger demi mencari rezeki untuk  sara hidup sehari-hari. Tiada tempat untuk berteduh dan hanya bergantung pada susahnya kehidupan itu. Setiap detik waktu berjalan akan aku ingat dalam ingatan. Alhamdulillah ada manusia yang baik hati memberi tempat tinggal untuk aku dan mak ayah aku. Kawan mereka. Salah aku kah kerana masih hidup? Setiap hari  aku seakan-akan menyalahkan diri sendiri tapi aku masih memerlukan hidup ini. Walaupun dari kecil aku sememangnya pandai menjaga diri dan hati. Aku bersyukur untuk setiap jalan yang Kau berikan.

Aku tak memilih jalan ini namun, diberi ujian sebegini. Mungkin kerana aku masih degil dan ingkar perintah Tuhan. Aku cukup terkesima dengan segalanya. Kau tahu yang kau hidup itu ada makna. Aku masih hidup untuk ubah nasib ini. Aku emosi. Maaf. Sekali lagi dan setiap hari aku tangis entah kenapa. Aku ada kehidupan yang hebat, keluarga yang hebat dan teman yang hebat tapi aku masih terasa sedih setiap hari. Aku masih mencari jawapan kenapa. Kadang aku terasa putus asa dengan setiap manusia. Aku penat untuk berkompromi dan menyimpan rasa itu lagi. Aku masih ada hati tapi hati ini terasa mati. untuk yang membaca, kau pernah rasa macam ni? aku rasakan kehadiran mati itu setiap hari. Aku tak boleh menerima kepergian seseorang dan takkan pernah menerimanya. Aku cukup menyedihkan untuk dunia yang sudah pun sedih. Andai Dunia ini tidak memilih aku untuk menjadi aku. Apa yang bakal aku jadi kelak? 

Aku bencikan tiada perbualan tapi mahukan perbualan. Terlalu singkat masa. 

Mungkin kerana terlalu lama, kita lupa tujuan untuk bersama.

Sampaikan satu tahap, aku mengalami depresi tapi alhamdulillah masih dalam keadaan terkawal. Aku bukan aku lagi. Aku tagih perhatian. Aku ingin buat apa aku suka tapi yang pasti tak menyenangkan semua manusia. Mengubah perspektif dunia takkan mengubah segalanya. malah, aku akan terus pergi berjalan mencari sesuatu yang aku masih inginkan.

...Where stories live. Discover now