Permulaan

10 1 0
                                    

Hujan lebat beserta kilat seakan memadamkan hasrat Hara untuk berjalan kaki ke stesen LRT. Hara sempat menjengah ke luar tingkap butiknya... Kelihat berpusu-pusu orang berteduh di perhentian bas berhampiran..

Aku kena keluar cepat ni.. tak pasal2 stay back sampai subuh...
Bicara Hara sendiri..

Jam menunjukkan pukul 9.30malam.. Kesesakan di ibu kota raya itu masih tidak reda sejak petang lagi....

Hara mencapai telefonnya lalu memesan teksi di atas talian.. Tiba-tiba masuk panggilan dari atuknya,

Assalamualaikum Hara....

Ya Atuk... balas Hara

Bila nak sampai rumah..., tanya Tok Wan..

Hara singgah kedai makan kejap ni..

Oo.. baiklah hati-hati ya.. kata Tok wan yang amat risaukan cucu manjanya itu.. Tok Wan kini tinggal bersama Hara di ibu kota.. Hara kini telah berjaya menjadi seorang pereka fesyen dan mampu membuka butiknya sendiri..

Dua tahun lalu Hara tekad berhenti dari pekerjaannya sebagai akauntan di sebuah firma terkenal di ibu negara.,

Banyak faktor yang mendorong Hara berbuat sedemikian namun paling utama adalah kesihatan Atuknya yang kian merosot...Oleh kerana itu Hara nekad memulakan Perniaagaan butik kecil kecilan dan kerana minatnya dalam dunia fesyen itu sendiri..

Pasti sesuatu yang kita lepaskan dengan niat yang baik.. Tuhan akan memudahkan urusan kita..

Kata-kata dorongan yang di semat erat dalam hati Hara sehingga sanggup berhenti kerja yang gajinya agak lumayan itu... Hara melangkah longlai ke arah teksinya..

Penatnya... getus Hara di dalam hati.. Semenjak tempahan musim perayaan dibuka, hampir setiap malam Hara terpaksa pulang lambat.. Sehingga kadangkala terpaksa menginap di butiknya...

Setelah tiba di rumah.. Hara membuka pintu perlahan-lahan..

Hara menjenguk atuknya di bilik.. Wajah itu di tatap..

Tanpa disedarinya, air mata jatuh berguguran membasahi pipinya..

Tetaplah bertahan Atuk, Hara belum cukup kuat untuk melepaskan Atuk.. Mungkin sampai bila pun kekuatan tu tak akan ada....getus Hara

Selepas membersihkan diri.. Hara sempat membuka ruangan email syarikatnya.. Sudah menjadi habit buat Hara untuk menyemak email syarikatnya.. workaholic- itu gelaran yang diberikan pembantunya..

Hara menyemak satu email yang tertulis...

quotation for engagement dress

Hara membuka emel tersebut sambil membaca butiran...

Malam-malam pun ada yang hantar emel? tanya Hara sendiri...

Hara tertarik dengan emel tersebut kerana tema yang dipilih adalah Garden tema yang disukai Hara sebagai pereka fesyen..

Pagi yang hening itu Hara sempat menjenguk Atuknya di bilik.. Atuknya berpakaian rapi seakan ingin keluar berjalan..

Hara kehairanan..

Atukkk! Kenapa handsome sangat ni? Ada appoinment hospital ke?

Atuknya sekadar tersenyum..
Hari ni atuk balik ke rumah.. pasal dah rindu sangat nak dengar suara si Jaguh tu...  Usik Tok Wan..

Oo.. Jadi atuk tak suka tinggal dengan Hara... kata Hara dalam nada yang sinis..

Bukan...... Atuk tak boleh la duduk sini terperap dalam rumah.

Hara sempat mencelah.. Kak Yatie kan ada.. Kak Yatie adalah maid yang tinggal bersama Hara.. Kak yatie sudah hampir dua tahun bekerja dengannya.. Dan hampir dua tahun jugalah Kak Yatie terpaksa bertahan dengan angin Hara itu..

Tak apalah. Hujung minggu balikla kampung ye.. Sudah hampir 6 bulan atuk duduk sini.. Ada tenaga sikit ni atuk nak jugak ke kebun, masjid tu..

Air mata Hara mengalir perlahan. Pelukan erat atuknya seakan memberi aura kesedihan dalam dirinya.. Seakan jiwanya separuh hilang setelah atuk kembali ke kampung...

Hati HaraWhere stories live. Discover now