part 4

331 32 6
                                    

"Lambat juga ko balik neri, Kel?" Tanya Clay, sambil dia mengekori Kelly masuk kedalam rumah dan terus menuju ke biliknya.

"Eiii...kenapa bah ni orang ni, ikut-ikut? Nda betul pandai malu..." Bisik Kelly tidak selesa dengan tingkah Clay yang seperti anak anjing, mengekori kemana saja dia pergi.

"Aik Clay, kenapa ko ni?" Soal Kelly kerimasan.

"Anu bah, ada orang mau kenal kau ni." Jawabnya, tanpa diundang, Clay dengan sepontan melabuhkan bontotnya diatas katil Kelly. Sambil duduk mengiring, pinggul diraba-raba.

"Ish, geli betul sa tengok tu perangai." Getus Kelly lagi.

"Apa? Mau kenal? Doi! Siapa lagi ni?" Sambil meletakkan beg sandang, Kelly merenung wajah Clay yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Yang sana bah, yang menyewa sebelah rumah ko ni."

Sememangnya ada 3 orang lelaki yang menyewa ditempat itu, seorang daripada mereka  sudah berkahwin. Yang berdua nampaknya masih bujang.

"Sa sudah bagi no pon ko sama dia." Ujar Clay tanpa rasa bersalah.

"Apa???! Oi! Ko ni kan, jangan ko macam-macam sana bah, Clay. Bikin malu sa ja ko ni!" Jawab Kelly berang dengan tindakan Clay itu.

"Ah sial si Clay ni. Dia mau pasang perangkap kah apaini? Bentak Kelly lagi dalam hati.

"Kenapa juga ko bagi no pon sa?"

"Ala, kenal-kenal ja bah, kawan-kawan."

Kelly menjeling Clay yang masih tersengih diatas katilnya.

"Adeh...sa nda tahu menahu pasal ni... Jangan-jangan dia yang mahu. Muka pun macam teruja sangat bah mau cari jantan lain. Gila!" Pekik Kelly dalam hati.

Entah mengapa Kelly tidak dapat membantah apa saja hal yang dilakukan Clay untuk menjerat dirinya. Kelly seakan -akan dipukau oleh gadis sebayanya itu. Apakah muslihat Clay kali ini? Adakah dia hanya dikambing hitamkan untuk menutup kecurangannya pada suaminya?

Kelly duduk termangu ditepi katil setelah Clay beredar dari rumahnya.

KREKK...

pintu biliknya ditolak dari luar.

"Ah Kelly, si Clay sudah balik kaitu?"
Mama Kelly berdiri bercekak pinggang disebalik pintu biliknya.

"Sudah tu, baru juga dia balik."

"Ini sa mau kasi ko tau, jangan ko pi bekawan sama dia. Jahat itu perempuan tu. Suka kasi guna orang mau kasi siok diri dia ja. Suka kasi gaduh orang lagi. Mama warning ko ah Kelly, jangan rapat sama tu Si Clay. Nanti semua masalah yang dia buat, dikasi babit sama ko. Faham ka?" Ujar Aunty Leaa panjang lebar memberi nasihat pada anak gadisnya itu.

"Ya, sa faham",  jawab Kelly singkat.

"Bukan sa mau rapat sama tu orang, dia sendiri yang datang sama sa. Begini begitu dia suruh. Ish...", bisik Kelly lagi.

THE TROUBLEMAKER (COMPLETED)Where stories live. Discover now