Sebuah grup band yang popular iaitu BTS baru sahaja selesai dari latihan hariannya di studio mereka. Sebaik sahaja mereka menaiki van, salah seorang daripada mereka mengeluarkan candangan untuk pergi ke kedai bagi membeli makanan ringan bagi menghilangkan bosan di dorm.
" Hyung-nim, sebelum kita balik dorm apa kata singgah CU. Kami takut lapar tengah malam nanti." cadang Jimin kepada managernya Sejin sambil membuat muka comel.
" Oh majayo hyung-nim!" sambung Taehyung pula.
" Araseo, hajiman hangaji jogeon-isseo, kamu perlu pakai topi dan mask untuk elak daripada peminat nampak kamu. " kata manager Sejin kepada BTS sebelum mengarah pembantunya untuk gerak mencari kedai serbaneka.
Sementara itu, OneNight Cafe
"Jayeon-ah, unnie balik dulu ya sebab ada hal penting, jadi kamu boleh balik awal harini." kata Unnie Hyunji (manager OneNight Cafe) kepada Jayeon.
"Nae unnie." balas Jayeon sambil mengelap meja.
" Ok, unnie gerak dulu, jangan lupa tutup lampu dan pintu. Annyeong. " ujar Unnie sambil melambai dan berlalu keluar.
Sebaiknya sahaja Jayeon menyelesaikan tugasnya. Jayeon terus menutup pintu cafe dan mengunci.
" Semua kerja dah siap dan memandangkan harini hari sabtu takdelah banyak sangat pelanggan. Sekarang kita balik." bisik hati Jayeon dengan riang.
Jayeon terus berjalan untuk pulang. Semasa dalam perjalanan pulang tiba-tiba dia ternampak seseorang sedang leka bermain handphone dan earphone melintas jalan tanpa melihat lampu isyarat yang sudah bertukar merah. Dan dalam pada waktu yang sama ada sebuah kereta sedang meluncur laju ke arah lelaki tersebut. Sebaik Jayeon menyedari keadaan itu, dia terus menjerit kepada lelaki itu.
"Jogiyo...jogiyo.." jerit Jayeon kepada lelaki itu, namun tiada respon.
Tanpa berfikir panjang Jayeon terus berlari menarik lelaki itu. Dengan kekuatan yang dia ada, Jayeon berjaya mendapatkan lelaki tersebut. Selepas itu, mereka terjatuh di bahu jalan. Kereta yang hampir melanggar mereka telah membunyikan hon dan berlalu pergi. Akibat daripada itu, barulah Jayeon tersedar yang lelaki itu terjatuh di atasnya disebabkan tarikan tadi. Lelaki tadi pun tersedar lalu cepat bangun daripada keadaan tadi.
Suga POV
Setelah jumpa gerai serbaneka, pembantu manager memberhentikan van dan mereka keluar membeli barang serta makanan masing. Ketika semua sudah keluar, Suga dan Jungkook sahaja yang tidak mahu join mereka kerana terlalu penat. Kemudian managernya membiarkan mereka di dalam van sambil ditemankan pembantunya. Selang beberapa minit kemudian, Suga baru teringat akan makanan anjing kesayangan nya dan meminta kebenaran daripada managernya untuk melintas ke seberang jalan kerana kedai haiwan berada di seberang.
" Hyung..saya terlupa ..saya nak melintas ke sana sekejap ..nak beli makanan holly." ujar Suga sebaik sahaja keluar dari van.
"Mari hyung belikan, kamu tunggu disini." kata manager Sejin
"Takpe hyung, sekejap sahaja saya pergi" balas Suga dengan yakin.
Manager terpaksa membenarkan kerana mereka tidak cukup kakitangan ketika itu. Selepas mendapat kebenaran, Suga terus melintas sambil mengeluarkan handphone yang untuk memastikan makanan anjingnya. Pada masa yang sama earphone di telinga masih belum dibuka. Dalam masa nak melintas Suga tidak perasan bahawa lampu isyarat telah bertukar warna. Dia hanya meneruskan perjalanannya sambil melihat handphone. Dalam dia berjalan tiba-tiba dia merasakan seseorang menariknya dari belakang dan menyebabkan dia terjatuh. Apabila dia tersedar, dia mendapatkan bahawa dia terjatuh di atas gadis lalu cepat mengalihkan dirinya dalam keadaan terkejut sambil memadang gadis itu.
End Pov
------------------------------------------------------------------------------------------------------------Annyeonghaseyo fairies sekalian, macam mana setakat ni ok tak?
Mesti nampak macam bosan kan jalan cerita...maafkan Unnie..😣
Unnie cuba buat yang terbaik ya ....FIGHTING 💪
YOU ARE READING
LIMITED LOVE
FanfictionMengisahkan sebuah pertemuan yang bermula daripada sebuah insiden yang hampir meragut nyawa. Sejak daripada itu juga mereka dipertemukan dan menjadi rapat bagaikan keluarga. Namun, kehadiran seseorang telah menyebabkan hubungan mereka semakin rengga...