Mengisahkan sebuah pertemuan yang bermula daripada sebuah insiden yang hampir meragut nyawa. Sejak daripada itu juga mereka dipertemukan dan menjadi rapat bagaikan keluarga. Namun, kehadiran seseorang telah menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. [ MIN YOONGI ] Merupakan seorang rapper yang terkenal dari sebuah kumpulan yang bernama Bangtan boys @ BTS. Dia seorang yang jenis pendiam tetapi mempunyai hati yang lembut. Dia menjadi pendiam akibat pernah putus dengan seorang perempuan ketika di sekolah menengah. Sejak daripada itu tekad untuk tidak menerima mana-mana wanita dan berhajat untuk memperbaiki diri menjadi lelaki yang lebih baik kepada bekas kekasihnya apabila mereka bertemu kembali. Sehingga kini dia masih menanti bekas kekasih untuk dia menebus kesalahannya selama ini. Dalam masa yang sama dia menyibukkan diri dengan karier sebagai seorang idol dan producer. [ KIM JAYEON / READERS ] Seorang gadis yang baru habis menamatkan perlajaran untuk Degree of Multimedia di Korea National University of Art. Sementara dia menunggu panggilan belajar dia mengambil keputusan untuk bekerja sementara di sebuah cafe di Seoul. Dia merupakan anak bongsu dari dua adik-beradik. Dia mempunyai oppa yang bekerja sebagai Doktor Pakar Psikiatrik. Appa dan Omma telah meninggal akibat kemalangan. Dia kini tinggal bersama abangnya. [ HWANG EUNBI as CHOI HEEJUNG ] Seorang gadis yang pernah menjadi kekasih kepada Yoongi ketika di sekolah menengah tetapi putus tidak lama kemudian kerana mereka masih belum lagi bersedia dan tidak bersefahaman. Jadi mereka memutuskan untuk berkawan sahaja. Selepas beberapa tahun dia dan Yoongi dipertemukan di sebuah Fansign BTS. WATAK TAMBAHAN : ● BTS MEMBER ● KANG DANIEL as BFF JAYEON ● LEE DONGWOOK as JAYEON OPPA p/s : Annyeonghasaeyo fairy (readers), Maaf kalau bahasa kurang memuaskan fairy ..harap fanfic mendapat sambutan. Unnie tak tahu nak tulis apa, nantikan ya. Sekian dari Unnie 🙆