HARI pertama aku bekerja. Adeeb jemput aku pagi-pagi lagi. Sebab dia kata nak ajak aku beli barang-barang dapur untuk Nek Ani.
Kebetulan masa dia sampai, bapak balik dari melepak.
“Hei! Hei! Kau nak pergi mana tu?” Bapak menahan langkahku.
Aku hela nafas. Kenapalah orang tua ni balik waktu macam ni?
“Nak pergi kerjalah pak. Mak tak bagitau ke Kak Chik mula kerja hari ni?”
“Aku tahulah kerja. Yang budak tu buat apa datang sini?” Bapak menjuih mulut pada Adeeb yang melangkah mendekati kami.
“Saya datang nak jemput Nadirah pergi kerja, Pak Saad.” Sopan Adeeb menghulur tangan pada bapak. Tapi sikit pun bapak tak angkat tangan kut mahu menyambut huluran tangan Adeeb.
“Siap berjemput. Pak we kau ke dia ni hah? Sejak bila kau dah pandai nak menjalang ni? Nak lahirkan anak luar nikah macam kakak kau juga ke?” Garang bapak menyoal dan menuduh aku.
“Ya Allah, apa benda bapak ni? Adeeb ni majikan Kak Chik. Dia yang upah Kak Chik kerja.” Bengang aku apabila bapak buat tuduhan begitu pada aku. Malu aku pada Adeeb.
“Tak baik Pak Saad cakap Nadirah macam tu. Dia cari rezeki halal untuk keluarga Pak Saad juga.” Adeeb maju ke hadapan membela aku.
“Wahh… kau nak perli aku ke apa ni?” Bapak mula bunga-bunga nak ajak Adeeb bergaduh.
“Jomlah Adeeb… takut ada kereta lain nak lalu nanti.” Cepat aku ajak Adeeb pergi dari situ. Kebetulan Adeeb parkir kereta dia di tepi jalan depan rumah aku.
“Saya tak perli, Pak Saad. Tapi baguslah kalau Pak Saad terasa. Ada juga kesedaran dalam diri, Pak Saad. Jangan risau, saya akan jaga Nadirah dengan baik.” Habis membalas bapak, Adeeb terus menapak menuju ke keretanya. Laju aku ekori langkah dia.
“Tak guna punya budak!” Aku dengar bapak merengus sebelum masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
HATI SETEGUH KARANG ( EBook)
RandomKehidupan Nadirah yang sedia berat bertambah berat apabila kakaknya melarikan diri setelah melahirkan anak luar nikah. Tidak cukup dengan si bapa yang kaki judi dan si abang yang juga penagih dadah tegar. Nadirah terpaksa menanggung satu lagi tangg...