3 minggu kemudian....
Satu jam lagi.
Satu jam saja lagi, Nurul Jannah binti Razak akan menjadi isteri kepada Rayyan Iskandar bin Ismail.
Jantungnya dari tadi berdegup laju. Bibirnya tidak henti-henti berselawat untuk menenangkan diri. Rilek Jannah, bukan kau yang kena lafaz akad nanti.
Wajahnya yang diusik oleh mak andam dibiarkan. Rasa gemuruh menguasai segalanya.
Sebentar saja lagi dia akan berubah status. Sebentar saja lagi dia akan menjadi isteri kepada seorang yang istimewa. Rancang Jannah, selepas ini dia akan berusaha belajar bahasa isyarat bagi memudahkan dia berkomunikasi dengan suaminya.
"Jannah, jom pengantin lelaki dah sampai."
Husna yang dilantik menjadi pengapit kepada pengantin perempuan, memanggil Jannah untuk keluar dari bilik. Majlis akan bermula sebentar saja lagi.
'Ya Allah, permudahkanlah urusan aku hari ini. Kau berkatilah majlis aku hari ini.' Doa Jannah dalam hati.
Di ruang tamu, suasana menjadi senyap sunyi menanti kehadiran tok kadi. Jannah yang duduk di belakang Rayyan, mengintai sedikit bakal suaminya yang kacak berbaju melayu berwarna putih. Sedondon dengan bajunya.
"Tok kadi dah sampai." Husna berbisik kepada Jannah.
Jannah menggenggam erat tangan Puan Jamilah. Dia hanya menunduk mendengar segala apa yang dikata oleh tok kadi. Sesekali dia mendengar suara orang ketawa. Tapi dia tak tahu apa yang diketawakan mereka.
"Baik mari kita memulakan majlis." Suara tok kadi menyentakkan lamunan Jannah. Jannah menelan liur.
"Rayyan Iskandar bin Ismail. Aku nikahkan dikau dengan Nurul Jannah binti Razak dengan berwalikan aku, dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."
Jannah masih lagi tunduk seperti tadi. Dia mahu melihat bagaimana Rayyan melafazkan akad dalam bahasa isyarat tetapi akibat rasa gemuruhnya, dia hanya mampu menunduk sahaja.
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...
"Aku terima nikahnya, Nurul Jannah binti Razak dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai."
Zap!!
Jannah terus memanggung kepalanya melihat Rayyan yang sudah sah menjadi suaminya. Matanya dibesarkan. Betulkah tu Rayyan? Ataupun pengantin lelaki bertukar? Rayyan boleh bercakap?
Dia yang terkejut memandang mamanya di sebelah. "Mama, Rayyan bercakap?"
Puan Jamilah hanya tersenyum. "Nanti Rayyan akan terangkan semuanya." Pendek jawapan daripada Puan Jamilah.
Sepanjang majlis berlangsung, dari akad nikah sampailah ke sesi menyarung cincin. Jannah langsung tidak mengeluarkan suaranya. Dia hanya mampu tersenyum. Jika ada tetamu yang mengucapkan tahniah, Rayyan yang akan menjawab bagi pihak isterinya. Dan ketika itu Jannah terasa bagaikan mimpi. Betul ke Rayyan ni lelaki yang dia jumpa sebelum ni?
"Sayang jom. Dia orang panggil nak ambil gambar tu." Lembut bicara Rayyan kedengaran di telinga Jannah.
Rayyan tersenyum. Melihatkan raut wajah isterinya yang tampak gusar, dia tahu yang Jannah masih lagi terkejut dengan 'suprise' ini. Tapi dia janji sebentar lagi dia akan menerangkan dan menceritkan hal yang sebenar kepada Jannah.
YOU ARE READING
[3]Cinta Jannah ✔
RomanceAndainya mampu kan ku ukir. Namamu dan namaku di bulan. Agar satu dunia melihat, restui cinta kita. Hafiz Suip- Kisah Cinta Kita🎵 Start: 20/5/2019 (16:35) End: 25/5/2019 (01:35)