bab 9

5K 158 2
                                    

"Assalammualaikum..." Pintu bilik dibuka dari luar. Rayyan menjenguk kepalanya ke dalam bilik mencari si isteri.

Tiada..

Rayyan duduk di birai katil. Telinganya mendengar bunyi curahan air dalam bilik air. Tahulah dia kalau Jannah mungkin tengah mandi.

Rayyan mengambil kesempatan ini untuk berbaring sekejap mahu meluruskan belakang badan yang terasa lenguh.

Baru beberapa minit Rayyan menutup mata, dia terdengar bunyi suara orang perempuan menjerit. Rayyan bingkas bangun. Takut dia kalau-kalau yang menjerit tu kak ponti.

Jannah yang berdiri di hadapan pintu air dengan hanya berkemban terus berlari masuk semula ke dalam bilik air. Jannah menampar-nampar mukanya akibat malu. Mukanya membahang. 'Macam manalah aku boleh lupa nak kunci pintu bilik tadi. Kenapa aku tak bawa baju salin tadi? Arghhh'.

Rayyan ketawa kecil melihat gelagat Jannah. Macam nampak hantu. Dia mengetuk pintu bilik air.

"Sayang... Buat apa lama-lama dalam bilik air tu?" Mengekek Rayyan ketawa.

Jannah teragak-agak mahu menjawab. Tambah-tambah lagi bila dia baru mula nak 'bercakap' dengan Rayyan.

"Keluarlah sayang. Abang nak masuk pula. Abang tak solat isya' lagi ni." Rayyan mengetuk lagi sekali pintu bilik air.

Jannah menggaru kepalanya tak tahu nak buat apa. Mama tolong Jannah.

"Sayang.... Ooooo sayang.... Keluarlah....."

Naik geli Jannah dengar suara mengada Rayyan. Lagi seram dia nak buka pintu.

Rayyan dah tak tahu nak buat apa. Nampaknya isterinya betul-betul malu. "Okaylah sayang. Abang tunggu dekat luar. Sayang pakailah baju. Lepastu panggil abang okay?"

Rayyan membuka pintu bilik kemudian tutup.

Rasa-rasa bilik dah sunyi, Jannah keluar bilik air dengan perlahan. Mana tahu kalau Rayyan hanya main-main.

Dia berlari ke almari dan cepat-cepat mengambil baju lalu masuk ke dalam bilik air semula. Bukan apa, langkah keselamatan kalau Rayyan masuk ke dalam bilik dengan sengaja.

Lepas siap memakai baju, Jannah memanggil Rayyan yang duduk di ruang tamu.

"Sayang dah solat isya'?"

Jannah menggeleng.

"Okay bagi abang mandi dulu. Lepastu kita solat sama-sama okay." Rayyan mencubit pipi Jannah dan berlalu masuk ke bilik air. Blushing Jannah dibuatnya.

"Assalammualaikum warahmatullah..." Salam diberi. Selepas memberi salam Rayyan mengangkat tangan untuk membaca doa. Jannah ikut mengamin dari belakang. Selesai membaca doa, Rayyan kalih ke belakang untuk melihat Jannah. Senyuman diberi lantas tangan dihulur. Seakan faham maksud Rayyan, Jannah menyambut huluran itu dan mencium tangan suaminya. Terasa damai di hati apabila kali pertama solat sebagai isteri dan suami sebagai imamnya.

"Sayang.."

Jannah memandang Rayyan.

"Kenapa dari tadi sayang tak bercakap dengan abang? Sayang malu ke?"

Jannah menggeleng. Kepalanya menunduk memandang sejadah.

"Habistu kenapa sayang diam je daripada tadi? Abang rasa sayang bukan jenis yang berat mulut kan. Cuba tengok masa kita beli barang kahwin tu, mulut sayang asyik pot pet tak berhenti."

Jannah bermain ibu jarinya membuang rasa gugup. "Jannah cuma tak biasa tengok abang bercakap."

Pecah ketawa Rayyan. Tak sangka ini jawapan yang diterimanya.

Jannah mencebik. "Kenapa abang buat macam tu?"

Ketawan Rayyan terhenti. "Abang buat apa?"

Dah pula. Main spontan era ke sekarang ni. Soalan dibalas soalan.

"Kenapa abang jadi bisu masa sebelum kahwin tu? Kalau jadi bisu betul macam mana? Padan dengan muka abang."

"Uishh garangnya isteri abang ni. Hahaha abang saja je berlakon jadi bisu."

"Tapi kenapa? Nasib baik mama dengan abah tak marah."

"Mama dengan abah dah tahu."

Jannah terlopong. "Macam mana mama dengan abah boleh tahu?"

"Abang bagi tahu lah." Rayyan mengangkat kening sebelah.

"Eeeee maknanya selama ni Jannah kena tipu dengan semua orang la? Jahatnya!" Jannah mencubit-cubit lengan sado suaminya. Biar lepas semua geramnya. Berani dia orang tipu aku.

Rayyan pecah perut. Cubitan daripada Jannah terasa geli membuatkan dia sakit perut ketawa. Tangan kecil Jannah dia pegang.

"Sayang dah cukup abang dah penat ni."

"Tak nak. Biar abang penat. Penat sampai pengsan." Dengan bertelekung, Jannah masih melepaskan geramnya. Kalau boleh dia nak duduk atas perut Rayyan. Biar Rayyan sesak nafas.

"Sayang okay. Okay abang minta maaf. Haduih. Abang bukan sengaja nak berlakon jadi bisu. Abang buat tu bersebab tau."

Rayyan sudah mengalah. Bukan boleh dibuat main dengan Jannah. Nampak je kecil. Sekali dia mengamuk habis badan dia lebam-lebam.

Jannah menghentikan cubitannya. "Sebab apa? Sebab teringin nak berlakon tapi tak kesampaian? Tak ada orang nak panggil abang jadi pelakon?"

"Bukanlah sayang." Rayyan memegang erat tangan Jannah. Diusapnya lembut.

"Abang berlakon jadi bisu sebab abang nak tengok, bakal isteri abang masa tu sudi tak nak terima abang sebagai suami. Ikhlas ke tak nak hidup dengan abang sampai ke akhir hayat. Bila abang tengok sayang ikhlas nak berkahwin dengan abang, abang rasa pilihan ibu nak jadikan sayang isteri abang adalah pilihan yang tepat." Rayyan mencuit hidung Jannah.

"Dan masa abang dengar jawapan sayang masa ibu tanya sayang terima abang ke tak, masa tu abang dah jatuh cinta dengan sayang." Rayyan mengenyit mata pula kali ini.

Jannah jadi malu-malu mahu memandang Rayyan. Dia hanya menunduk. Tangan yang dari tadi kemas di dalam genggaman Rayyan hanya dibiarkan.

"Sayang, tengoklah abang ni. Abang tak handsome ke?" Rayyan memegang dagu Jannah.

Jannah menggeleng.

"Jadi abang ni handsome?"

Jannah mengangguk.

Rayyan ketawa kecil. "Comel la isteri abang ni."

Jannah juga ketawa kecil. Selepas itu mereka sambung berbual. Macam-macam perkara yang mereka bualkan. Sesekali suara Jannah kedengaran tertawa akibat lawak kurang bijak suaminya.

Dan malam itu berlabuh dengan kenangan manis mereka suami isteri.

[3]Cinta Jannah ✔Where stories live. Discover now