Malam ini Rayyan bercadang mahu membawa Jannah keluar makan di sebuah restoran. Tetapi dia tetap mahu menyamar sebagai seorang yang bisu.
Rambut dirapikan di hadapan cermin. Dia menyembur minyak wangi pada badannya. "Okay handsome!"
"Ibu Rayyan pergi dulu." Rayyan menyalami tangan Puan Rozana.
"Ni keluar ni sebagai Rayyan yang bisu ke?"
Rayyan sengih kemudian mengangguk. Puan Rozana menggeleng. Ada-ada sajalah akal anak dia ni.
Sampai saja di hadapan rumah Jannah, Rayyan nampak Jannah sudah terpacak di hadapan pintu rumah. Rayyan menilik Jannah dari dalam kereta. Jannah mengenakan jubah berwarna biru dan shawl berwarna hitam bersinar. Cantik!
Sebaik saja kereta berhenti, Jannah meluru masuk ke dalam kereta. Tali pinggang dipasang kemudian dia memandang Rayyan yang masih lagi merenungnya.
"Awak. Geraklah cepat." Jannah melambai tangan di hadapan muka Rayyan.
Rayyan yang terkejut berdehem perlahan. Kantoi dia tenung anak dara orang.
Jannah bosan sepanjang perjalanan. Mahu ajak Rayyan bersembang, dia pula tak tahu nak guna bahasa isyarat. Tak kan nak tidur pula? Tak senonoh nanti Rayyan tengok. Tak tahu nak buat apa, Jannah merenung ke arah Rayyan.
'Kacak juga bakal suami aku ni.' Bisik hati Jannah.
Kening tebal. Bulu mata lentik. Hidung mancung. Kadang-kadang bila Rayyan senyum, dia nampak barisan gigi Rayyan yang putih bersinar. Dan yang paling menampakkan ke'macho'an Rayyan adalah warna kulitnya yang sawo matang. Kena dengan selera dia. Bagi Jannah lelaki berkulit cerah ni tak macho. Nampak macam budak-budak. Jambu pula tu.
(Ni Jannah yang cakap tau. Jangan marah daa😉)
Rayyan menjeling sedikit. Dia tahu yang Jannah dari tadi asyik perhatikan wajahnya. 'Handsome sangat ke aku ni?'
Rayyan memetik jari di hadapan muka Jannah. Terkejut beruk Jannah. Sedang dia leka menilik wajah tampan bakal suaminya tiba-tiba dikejutkan dengan petika jari Rayyan.
'Alamak! Aku terkantoi ke duk tenung anak bujang orang.'
Masuk saja ke dalam restoran mewah itu, mulut Jannah sudah terlopong. Umangai dah macam dalam hotel. Dengan ukiran kayu yang nampak klasik dan mewah. Lampu chandelier yang tergantung dan yang paling penting, makanan yang sedap-sedap!
Setelah duduk di sebuah meja yang kosong, seorang pelayan datang kepada mereka dengan menghulurkan buku menu. Rayyan memilih makanan dia dengan tenang manakala Jannah pula sudah telan air liur.
'Mak bapak mahalnya makanan kat sini.' Jannnah menjeling Rayyan di hadapannya.
"Awak order apa Rayyan?"
Rayyan kalih pandang. Dia menunjuk makanan yang dipesannya kepada pelayan tadi.
"Ermm saya sama macam dia." Cepat-cepat Jannah memberitahu kepada pelayan walaupun dia tak tahu apa yang Rayyan pesan.
Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, mereka menghabiskan masa dengan menyepi. Rayyan yang sibuk dengan telefonnya, Jannah pula banyak termenung.
'Ah bosan lah! Kalau setakat duduk lepastu makan tak borak apa-apa baik makan dekat rumah je.'
'Tak boleh jadi. Aku kena ajak Rayyan berbual juga. Tak kisah lah aku faham ke tak bahasa isyarat. Asalkan aku tak mati kebosanan dekat sini.'
"Awak."
Rayyan memandang Jannah.
"Awak betul ke nak kahwin dengan saya? Tapi kenapa? Maksud saya, saya rasa selama ni pun awak tak kenal saya kan. Kita pun tak pernah berjumpa. Tapi awak tetap nak kahwin dengan saya?"
Rayyan tidak bereaksi. Dia hanya memandang Jannah. Kemudian dia kembali menatap skrin telefon sambil menaip sesuatu.
'Hish dia palau je soalan aku?'
Tiba-tiba Rayyan menghulur skrin telefon di hadapan muka Jannah.
'Saya yakin dengan pilihan ibu saya. Saya tetap akan kahwin dengan awak. Sebab saya nampak keikhlasan awak terima saya yang serba kekurangan ini.'
Jannah terpaku. Baiklah kalau ini jawapan daripada Rayyan. Dia juga akan terima Rayyan sebagai suami dia. InshaAllah, pilihan mama dan abahnya adalah terbaik.
YOU ARE READING
[3]Cinta Jannah ✔
RomanceAndainya mampu kan ku ukir. Namamu dan namaku di bulan. Agar satu dunia melihat, restui cinta kita. Hafiz Suip- Kisah Cinta Kita🎵 Start: 20/5/2019 (16:35) End: 25/5/2019 (01:35)