𝐓𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐨𝐥𝐝.
𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓽 𝓵𝓵𝓵 : 𝓑𝓾𝓽𝓽𝓮𝓻𝓯𝓵𝔂
╔═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╗
❀ Violet Kim ❀
╚═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╝
" Maaf sebab terpaksa cancel date kita harini. "
Wonwoo tersenyum kecil apabila mendengar suara kesal tunangnya di talian yang satu lagi. Matanya pula sedang fokus memandang ke hadapan, maklumlah tengah memandulah katakan.
Tapi jangan salah anggap pula satu tangan Wonwoo memegang telefon. Oh hello, tolonglah. Sesungguhnya sekeping Jeon Wonwoo ini masih sayangkan nyawanya dan masih mahu bernafas di atas muka bumi ini di samping ingin mempunyai cahaya mata dengan si pilihan hati. Maka sudah pastinya dia tidak akan berani untuk membuat sesuatu yang boleh mengancam nyawanya.
Der, dunia dah canggih sekarang. Dengan alat yang rupanya seperti earphone tanpa wayar yang diletakkan ditelinganya, Wonwoo tidak perlu merepotkan diri untuk memegang telefon dan meletakkannya dekat pada telinga untuk menjawab panggilan si kesayangan. Benda yang mudah lebih elok jangan disusahkan tak gitu ?
" Tak apa. Tak payah nak rasa bersalah pun. Lebih - lebih lagi awak kata nak belajar untuk test minggu depan kan ? Utamakan pelajaran awak dulu, lain hari pun kita masih boleh jumpa. "
Wonwoo bersuara lembut, cuba menenangkan hati Violet yang kedengaran masih merasa bersalah kerana membatalkan temu janji mereka di saat - saat akhir. Tipulah kalau Wonwoo cakap kalau dia tak rasa apa - apa pun tentang hal tersebut. Hei, dia pun manusia jugak apa.
Sejujurnya dia memang rasa agak terkilan dan kecewa pada mulanya, namun perasaan itu cepat - cepat ditepis. Dia tak boleh bersikap egois tentang masa yang diluangkan oleh tunangnya untuk mereka berdua. Dia sedar yang Violet juga sibuk dengan urusan peribadinya. Tambahan pula apabila gadis manis itu telah berada di tahun akhir pengajiannya. Makin kuranglah waktu untuk Wonwoo ingin bermanja dan mengusik pemilik mutlak hati kecilnya.
Termasuk hari ini, sudah dua minggu Wonwoo tidak bertemu dengan kesayangannya itu. Rasa rindu itu tak usahlah dibincangkan. Memang perasaan rindu itu membuak - buak dan sesungguhnya saat ini yang Wonwoo mahu hanyalah pelukan hangat dari sang kekasih walaupun hanya untuk sebentar, cukup untuk menghilangkan perasaan yang tidak enak yang menganggu fikirannya akhir - akhir ini.
Tapi, Wonwoo juga faham yang dia perlu bersikap matang. Violet bukan sengaja mengelak atau membuat alasan untuk tidak bertemu dengannya, tapi semua ini untuk kebaikan masa depan tunangnya juga. Dia mahu tunangnya bahagia dengan sijil keputusan yang akan digengamnya kelak dan dia tidak mahu menjadi punca kegagalan Violet kerana sikapnya yang mementingkan diri.
YOU ARE READING
the truth untold.
Fanfiction❝ 𝑨𝒑𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒚𝒊𝒌𝒂𝒏 ? ❞ ──• guanlinudin- 2019 / 2020 ♛° on-going ♛° applyfiction ft. multifandom