║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║
Mira berjalan masuk ke dalam pejabatnya dengan langkah longlai. Entah kenapa hari itu tubuhnya dirasakan lansung tidak bermaya, mungkin berkat tiada lagi mesej dari kesayangan yang sentiasa menanyakan khabarnya dari semasa ke semasa. Ataupun sesekali mengirimkan gambar yang mampu membuatkan dirinya menjadi lebih bertenaga dan bersemangat untuk melangkah jauh.
Sofa kulit berwarna hitam yang kelihatan begitu megah dan mewah itu merupakan destinasi utama Mira untuk merebahkan tubuhnya yang kepenatan. Matanya sudah menjadi kuyu dan bila - bila sahaja akan tertutup untuk menuju ke alam mimpi, sehinggalah...
" Amboi, penat sangat ke sampai tak sedar kewujudan aku yang cantik ni dari tadi. "
Bagaikan muka disimbah air sejuk semasa dalam tidur yang lena, Mira segera bangun akibat terkejut dengan kehadiran suara itu. Dia menggosok matanya cepat lalu cuba memfokuskan deria mata untuk melihat gerangan siapakah yang sedang duduk berhadapan dengannya sambil bersilang kaki.
" Lah, sejak bila kau ada kat dalam bilik ni, Rin ? Ganggu aku nak tidur je tau. " Mira mendengus sebal apabila telah berjaya mengenali figura tersebut. Well, siapa lagi kalau bukan rakan seperjuangannya melewati hari - hari penuh pancaroba, Lee Airin.
" Duh, kau ingat aku datang sini nak jumpa kau ke ? Dari jumpa kau, lebih baik aku keluar date dengan Yohan. Dah lah comel, baik, sedap je mata memandang. Bukan macam kau, boring. " Airin mencebik sambil menghirup teh hangat yang dihidangkan untuknya sebelum Mira tiba tadi dengan penuh elegan.
" Aik, bukan haritu tak silap aku kau tengah murung sebab cinta kau dengan si kuali, eh Kuanlin tu tak kesampaian sebab dia kena sambung belajar di Australia ke ? Dahsyat betul kelajuan kau move on ni. "
Mira hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai miang keladi teman baiknya yang satu itu. Airin hanya membalasnya dengan senyuman tidak bersalah.
" Eh cakap pasal Australia, apa khabar dengan mamat Aussie kau tu ? Dah berbaik dengan dia ke ? "
Mood Mira yang sejak tadi sudah sendu makin bertambah sendu apabila mendengar topik yang dibicarakan Airin. Dia menghela nafas panjang sebelum menyandarkan diri ke sofa.
" Berbaik apanya ? Dia ajak break up adalah. " Pelan aja suara Mira menjawab. Macam nak nangis pun ada.
" Hah ? Apa ? Break up ? Kenapa pula ? Setahu aku hubungan kau dengan dia tak ada masalah pun selama ni. Haritu kau mengadu dekat aku pasal korang gaduh pun aku terkejut tau, dah lah tu pergaduhan besar pertama korang. What happened ? "
Intonasi suara Airin kali kedengaran lebih lembut dan prihatin. Mungkin turut bersedih apabila melihat keadaan temannya yang sudah seperti kehilangan tujuan hidup itu. Hal itu membuatkan Mira tiba - tiba rasa terharu, mungkin kerana ada jugak orang yang sanggup mendengar luahan hatinya yang sedang bermuram durja.
" I don't know. Dia tetiba cakap nak break up sebab status kami tak setaraf and another idiot things that doesn't even make any sense. Aku rasa dia memang cuba nak sembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku and try to come out with some stupid reasons to end our relationship. Tapi benda apa dia nak sembunyikan sampai perlu nak putuskan hubungan kami ? "
Mira meraup wajahnya kasar. Airin memandangnya dengan wajah simpati.
" Who knows ? Mungkin dia buat semua ini untuk kebaikan korang berdua jugak, Aku just nak nasihatkan for the time being, try not to judge him quickly for his actions. We will never know what someone is dealing with behind closed doors. "
Airin menyuarakan pendapatnya dengan tenang dan Mira hanya membalasnya dengan sebuah anggukan, sepertinya sudah tidak tahu mahu merespon apa apabila temannya itu sudah mengeluarkan kata - kata hikmatnya.
Mereka sama - sama terdiam buat seketika sebelum Airin kembali menghangatkan suasana.
" Jadi, dah boleh kena rembat lah Felix ni kan ? " soal Airin sambil tersenyum nakal.
" Kau sehari tak cari gaduh dengan aku memang tak sah lah kan ? "
Baru sahaja Mira berura - ura untuk mem-flip meja yang menjadi penghadang antara mereka berdua, bunyi mesin faks yang menandakan ada pesanan faks baru dihantar membuatkan tindakannya terbantut. Airin yang sedar bahawa inilah masanya untuk melarikan diri segera membuka langkah menuju ke tempat mesin faks itu diletakkan.
Kepingan kertas yang keluar dari mesin faks itu diambil dan dibaca isinya.
" Oh my god, Mira ! Ini benda gila. You have to see this. " Airin menjerit kecil lalu kertas itu segera bertukar tangan.
Dan apabila melihat apa yang tertulis pada kertas itu, jantung Mira seakan berhenti berdegup untuk seketika.
Dear Our Lovely Kwon Mira,
Your Target For The Next Mission Is :
LEE FELIX.
║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║
Ye gais aku masih bernafas dekat dunia whatpadd ni so jeng jeng jeng i'm back gaiss yuhuuuu :D.
Maaf lama menyepi, idea memang ada tapi sejak otak makin tintong lepas lama duduk rumah ni ayat aku jadi tunggang terbalik so aku terpaksa banyak kali delete dan buat balik :") Harapnya masih boleh difahami lah ayat yang aku tulis hendaknya hm.
Anyways aku nak bagitau The Dreams tu bukan entertainment eh salah taip haritu uhuks. Dia ni satu company yang akan merealisasikan impian clientnya dengan apa cara sekalipun. Walaupun dengan cara kotor 😈✨.
Jadi apa kena mengenanya dengan Felix ? Entahlah mana saya tahu hehehe.
Orait itu sahaja untuk setakat ni, aku nak taip part baru sementara masih dalam fasa PKP. Sebelum itu izinkan aku untuk ketawa jahat dulu 🌚.
YOU ARE READING
the truth untold.
Fanfiction❝ 𝑨𝒑𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒄𝒖𝒃𝒂 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒚𝒊𝒌𝒂𝒏 ? ❞ ──• guanlinudin- 2019 / 2020 ♛° on-going ♛° applyfiction ft. multifandom