MSB3

48 4 2
                                    

"Ha!?"

"Alaa.. bolehla Haura.Ikut aku pergi tengok movie dengan boyfriend aku." pujuk Balkish sambil menggoyang goyangkan lengan Haura.

"Habistu kalau saya ikut awak nak saya tengok je orang buat drama korea kat depan mata saya?" soal Haura sinis.

"Alaaa takdenya.. Dia nanti bawak Ayden. Dia kalau ada Ayden mesti tak layan aku punya."balas Balkish.

Eleh...ye latu

Haura memandang Balkish dengan riak tidak percaya.

"Jom je la.. nanti aku belanja kau makan!" Balkish masih lagi memujuk Haura untuk mengikutnya.

"Eiii yelah..janji eh belanja makan?" gurau Haura sambil menaikkan bulu keningnya sebelah.

"Yee aku janji!" balas Balkish sambil mengangkat tangan kanannya seperti 'ikrar'.

"Okay cun. Nanti awak ambil saya kat rumah. Bye!pakcik saya dah tunggu dah tu."

"Bye!"

############################

Haura memilih sweatshirt yang berwarna light pink dan dipadankan dengan cap adidas berwarna hitam bersama jeans.

Dia keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. Air tin Nescafe Latte dikeluarkan dari peti ais. Dia memang suka air yang seperti ini. Berderet deret air Nescafe tersebut di dalam peti ais.

Haura berjalan menuju ke pintu rumah. Air yang berada ditangannya di teguk sedikit. Baru sahaja dia mahu membuka pintu rumah, suara mak ciknya terus kedengaran.

"Ha! nak pergi mana tu? tak reti nak lekat kat rumah?!"jerkah Puan Sarah.

Bahu Haura terhinjut apabila suara makciknya itu memenuhi rumah agam tersebut.

"Err Haura nak pergi keluar sekejap makcik."

"Kau pun nak ikut jejak mak bapak kau ke? merayau aje.Dah tahu kerja kat luar negara tu bawaklah anak sekali. Ni tak, dibiarnya anak kat rumah orang." perli Puan Sarah.

"Haura pergi dulu ye makcik. Assalamualaikum." tanpa melengahkan masa, Haura terus keluar dari rumah tersebut. Malas mahu memanjangkan pergaduhan.

Kasut adidas yang berwarna putih diambil dari rak kasut lantas disarungkan. Beg silangnya dibuka dan mengeluarkan perfume sebelum disemburkan ke bajunya, pergelangan tangan dan leher.

Cap yang berada di tangan dipakai. Rambutnya yang separas bahu dibiar lepas.

Pin! pin!

Haura terus keluar dari perkarangan rumah apabila terdengar bunyi hon. Kereta Audi r8 menyapa pandangan matanya. Dia terus membuka pintu penumpang belakang dan masuk kedalam. Kereta mewah itu terus membelah jalan raya.

Semasa dalam perjalanan,suara Hariz dan Balkish sahaja yang memenuhi ruang kereta. Dia memandang sebelah. Seorang lelaki berhoodie hitam bersama cap yang bertulis Ayden dipandang Haura.

Mukanya yang tidak kelihatan disebabkan capnya yang menutupi sebahagian wajahnya.

So, inilah Ayden? Haura mengintai sedikit wajah lelaki itu. Lelaki itu sedang tidur dengan wajahnya yang ditundukkan. Muncung bibir Haura kerana tidak dapat melihat sepenuhnya wajah lelaki itu.

"Kau takyah la nak ngintai muka si Ayden tu Haura. Dia memang macamtu, tidur je tau." tersentak Haura apabila Balkish menegurnya.

Rasa berbahang wajahnya apabila tertangkap menyengodeng(skodeng) anak teruna orang. First time buat,first time kantoi.

My Seductive Badboy[HIATUS]Where stories live. Discover now