TIPS HADAPI MASALAH/STRESS
1)YAKIN KPD ALLAH & YAKIN KPD DIRI.
Allah hanya uji atas kemampuan kita.
Allah Maha Adil & sekali² takkan menzalimi hambaNya.
Kita pasti mampu atasi semua masalah/ujian tu dgn syarat kita yakin diri sendiri.
Allah SWT mengingatkan kita..
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا..)
Terjemahan:
Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
{Al-Baqarah:Ayat 286}Bila Allah dah kata kita mampu, jangan kita give up, jangan lemah semangat.
2)BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH
Kita sbg hamba kena sangka baik dgn Allah sebab itu tanda keimanan kita kpd Allah, Dia adalah Maha Pencipta & Maha Mengetahui seluruh perkara yg berlaku hatta sehelai daun yg gugur pun.
Jadi setiap perkara/ujian yg berlaku mesti ada hikmahnya yg kita tak tau/belum tahu.
Dlm satu hadis qudsi, dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah SWT berfirman,
{أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى}
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).Bersangka baiklah sentiasa kpd Allah, jika kita yakin Allah bantu kita maka pastilah Allah bantu. Camtu la ok.
3)UJIAN UNTUK JADI KUAT
Semua ujian tu utk kuatkan kita, bukan lemahkan kita. Baginda Rasulullah ﷺ lagi diuji kuat beribu kali ganda dr kita, baginda yatim piatu dari kecik, bila dewasa berdakwah dihina, dikeji, dipulaukan masyarakat sampai tahap dipukul & hampir dibunuh.
Kita x sampai tahap mcm baginda kan?
Ujian tu semua menguatkan lagi jiwa Nabi & para sahabat. Setiap masalah/ujian itu jadi peneguh jiwa kita jadi lebih kuat! 💪
=========================
Habis Tu.. Camne Pulak Nak Atasi Masalah/ujian Yg Bertimpa-Timpa?Cara menghadapi masalah/ujian ialah kita KUATKAN SABAR & CEPAT KEMBALI KPD ALLAH. JANGAN TANGGUH²..
Allah-lah sumber kekuatan kita, segala kekuatan adalah dari Allah, Dia-lah Maha Kuat, manusia mcm kita ni lemah je.Caranya;
1-Istighfar & berdoa byk² pd Allah mohon kekuatan & tunjuk jalan penyelesaian.
2-Mintak mak ayah doakan kita. Ingat, doa mak ayah utk kita Allah makbul terus.
3-Kalau tak mampu selesaikan sendiri baru mintak tolong org lain "yg dipercayai".
4-Terus dekatkan diri dgn Allah di waktu senang & susah.Jangan bila dh selesai masalah terus lupa Allah, kufur nikmat tu.
Insya Allah berhasil.
Wallahu a'lam.Saudara-mu;
Aɦʍaɖ Haʀis @ahmadharis
°°°°°°°°°°°°°°°°☪ @ahmadharischannel
Twitter : @ahmad_haariss
YOU ARE READING
Tulis Dari Hati
Non-Fiction🍃Hanya sebuah buku yang memaparkan kata-kata motivasi yang ditulis sendiri dan dipetik dari pelbagai sumber.🍃 Start:24/3/2019