Menegur jangan sampai menghina
Bergurau jangan sampai mengguris hati orang lain... Sentiasa ingat setiap apa yang kita lakukan akan menjadi cerminan sikap kita kepada mereka.Jikalau nak menegur tu, gunalah tutur kata yang sopan... Jangan sesekali tegur sampai hina dia macam-macam... Apa yang kita akan dapat kalau buat macam tu? Rasanya dia boleh terima ke teguran kita? ABSOLUTELY NO!!!!! How comes orang tu nak berubah kalau kita dok hina dia?
For example : Eh, hang ni dahlaa bodoh lepastu pemalas tak cantik pulak tu memang sesuailaa dengan hang...
Berdasarkan situasi ni, rasa-rasa orang tu nak berubah ke? Pada awalnya memang niat kita nak tegur dia untuk BUANG SIFAT MALAS... Tapi bila kita lontarkan perkataan macam tu rasa-rasa ada ke orang nak berubah... Yes memang ada... Tapi peratus dia tak banyak daripada ada... Sebab dia akan ingat "Buat apa aku nak berubah aku ni dahlaa tak cantik bodoh pulak tu kalau aku rajin belum tentu lagi aku pandai"
So ubahlah ayat teguran kita dengan memuji. Contoh dia "Hang ni sebenarnya boleh jaa berjaya... Tapi hang kena RAJIN... Bila hang dah buang sifat malas hang tu InsyaAllah hang boleh berjaya... Bila hang dah berjaya nanti mesti banyak duit kan?? Haaa masa tu laaa hang boleh ubah hidup hang... Macam beli produk kecantikan kaaa.. Mesti hang BERTAMBAH CANTIK. "
Kalau kita nak melawak atau bergurau dengan kawan kita tu kena jaga adab sama... Yes memang dia tu kawan kita... TAPI DIA BUKAN ROBOT... Dia ada perasaan... Jangan fikir nak hiburkan hati kita dengan membahan orang lain...
Contoh dia banyak sangat... Saya pon tak tahu nak pilih yang mana paling sesuai... So, ni tips saya untuk bergurau atau melawak dengan rakan... "Cuba letakkan diri kita dengan tempat si dia yang jadi bahan gurauan/jenaka kita"
P/s : Setiap manusia tak terlepas dari membuat kesilapan... Sama-samalah kita berusaha membaiki diri kita kearah yang lebih baik.😊
YOU ARE READING
Tulis Dari Hati
Non-Fiction🍃Hanya sebuah buku yang memaparkan kata-kata motivasi yang ditulis sendiri dan dipetik dari pelbagai sumber.🍃 Start:24/3/2019